Wednesday, December 27, 2006

Sukati

Aku bukan rajin sangat update blog. Ntah-ntah, ni entry terakhir untuk tahun ni.

Bukannn. Bukan aku nak tulis pasal azam tahun barulah, malu je.

Sebenarnya, makin banyak tahun beranjak, makin banyak perkara baru yang aku tau psl diri sendiri.

Kalau aku sendiri pun masih cuba mengenali diri, patut pun kebanyakan orang lain pun tak paham pasal aku kan, hiks.

Apa pun, ni antara perkara yang aku baru sedar tentang diri aku :

1) Aku takleh berborak masa tengah makan maruku atau keropok. Pasal, bunyi kunyahan dalam mulut & suara orang bercakap yang bertingkah boleh menyebabkan fikiran aku serabut.

2) Jangan pakai parfum yang berbau rempah pastu dok dekat-dekat aku. Ngilu gigi oi!!

3) Tolonglah. Kalau pun kau suka penyanyi Latin macam Marc Anthony dan Enrique Iglesias, jangan pasang lagu dorang kuat-kuat. Suara Enrique terutamanya, terlalu lemak sampai aku rasa nak muntah. Serius!

p/s Kalau nak pasang klip lagu dorang, pastu tekan mute, takpe ;P

4) Pertama kali naik kereta dengan aku? Jangan kecik ati kalau aku cuma kiamkan tangan, dok diam-diam & buat muka serius pandang luar tingkap je. Itu tandanya aku suka. Kalau aku banyak bercakap, maknanya aku cuma berpura-pura sebab takut ko fikir aku sombong.

5) Bila aku dah terbenam kat tilam angin tengok dvd, janganlah soh aku bangun atas apa alasan sekali pun, plisss...

6) Bila cakap kat henfon jangan letak dulu sebelum aku letak kecuali ko dah sebut bye ye. Kecik ati tau, huhu

7) Jangan nak hantar sms tapi bagi ayat-ayat macam Tekalh sapa ni , Hi blh kenal x?, Ello & yg seumpamanya.

(Menghantar sms Elyana adalh punk yang cute secara tiba-tiba adalah dimaafkan, tapi bermungkinan besar tidak akan dibalas)

8) Jangan nak cakap kasar ngan aku. Kalau aku tak marah balik, aku mungkin akan nangis.

9) Kadang-kadang (je) kalau aku ajak pegi makan kat satu tempat tu, aku mungkin akan berubah fikiran plak bila dah sampai sebab takde meja kat luar. Hei, sabar separuh daripada iman.

10) Aku memang ngada-ngada. Tak suka, sudah.









Ah, kena suka jugak-jugak.

7 comments:

Pa'chik said...

lain kali kamu cuba bawak meja dan kerusi. buleh duduk kat luar :A

Rjuna said...

Aku suka orang pelik.

Kategori(ngada2) ko ni leh buat aku menyampah.

Kebenaran & Kejujuran sememangnya menyakitkan :P

sinaganaga said...

Aku suka kau, jugakjugak! Ha ha.

vovin said...

Elyana adalh punk cute!!!

Aku juge suke kome!

Bila mau turun minum?

thesandman said...

ni girlfriend sapa ni... cuba angkat tangan sikit???

;p

areyoung said...

Pa'chik ~ Alaa, kamu la tlg bawakkan...

Rjuna ~ Huh, nyampah.

Naga ~ Aku? Suka? Kau? Jugak..heheh

Vovin ~ Aku tau ko terpaksa suka jugak2. Bila mau turun s alam?

Sandman ~ Serius. Tlg jgn tanya soalan ni kuat2 kat kafe ofis k?

eimzam said...

yang no 10 tu

jawapnya "bagi pelempang je'
heheheheheeheheheheheheheheheh

tak suka rumput basah, tapi bila ko sorang pertani ,itu lah tanda sejuk hati...