Kat satu sekolah ni.
Ada Awek yang baru 5 bulan masuk kerana bertukar dari Johor. Oh, tak lengkap lagi. Ada pulak Balak ni, pelajar paling popular di sekolah tu.
Nama Awek dan Balak 3 suku kata, ada huruf E & Z tentunya. Sorang bermata hazel, sorang lagi plak bermata hijau sementelah ibu kepada pak menakan Tok Ciknya orang Caucasion.
Balak ajak Awek balik sekolah bersama. (Ya betul, Balak a.k.a pelajar lelaki paling popular menyimpan hati pada Awek) .
Maka keluarlah ayat2 mengusik dari Awek, apakah Balak tak ada berkenan pada sekian ramai pelajar perempuan yang tergila2kannya kat sekolah tu?
Ada, jawab Balak. 'Tapi entahlah dia pun suka saya ke tak..?'
Isk. Aku boleh tahan lagi.
Awek pun buat2 getik mencadangkan supaya Balak cubalah propose perempuan yang dia suka tu. Balak tu pun cuba mengusik, 'Macam mana dengan awak? Kalau perempuan tu adalah awak, awak terima tak?'
Ceh, bulu pipi aku dah meremang.
Tiba2 Awek kena sawan khinzir hutan. Dia lari cepat2 naik bas dengan air mata bercucuran. Sebelum tu sempat dia jerit kat Balak pasal SPM yang dah nak dekat.
'LAGIPUN SAYA ADA...' kata2 tu tak dihabiskan oleh Awek, meninggalkan gema di telinga Balak yang mula menarik2 rambut terpacaknya.
Macam haram!
Okey, siapa2 yang mengamalkan budaya membaca kat Malaysia ni tolong beritahu aku. Apa pasal Awek tu berkelakuan camtu & mana satu ending bagi cerita Balak dan Awek ni?
a) Awek sakit barah otak. Akhirnya Balak tau keluhuran hati Awek, tak nak terima cintanya sebab tamo Balak menempuh kecewa kerana saat kematiannya yang kian hampir.. ohhh
B) Awek sebenarnya perisik German yang menyamar sebagai budak sekolah dalam usaha menyelidik desas desus pembuatan fission bomb kat satu kilang di Segambut Dalam
C) Awek sakit Alzheimer
Jap, aku nak gi muntah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
D A H K E N A L
B A R U S U K A
- joe jauh
- gaban ke
- raja buah
- itulah dia
- dunia rena
- kau kenapa
- limau nipis
- bukan bank
- bang indera
- mental weng
- lelaki normal
- budak biadap
- longgok puisi
- longgok cerita
- 2 pemuda gila
- mummy pinat
- skrin berdarah
- bicara kamarul
- rjuna setia-wan
- mak andeh & co.
- jawa tepi hi-way
- rajin pakcik rajin
- rimau pakai spek
- pojok enche dolah
- tanah untuk dibaca
- dak lipis yang klaka
- ensiklopedia bergerak
7 comments:
Aku pilih-
B) Awek sebenarnya perisik German yang menyamar sebagai budak sekolah dalam usaha menyelidik desas desus pembuatan fission bomb kat satu kilang di Segambut Dalam
AKU BENCI TIPIKAL!
a) Awek sakit barah otak. Akhirnya Balak tau keluhuran hati Awek, tak nak terima cintanya sebab tamo Balak menempuh kecewa kerana saat kematiannya yang kian hampir..
- if u r talking abt ceritarama melayu, pelakon melayu, lokasi malaysia, that should be the ending, always...
Aku buat pilihan aku sendiri,
Aku rasa perempuan tuh buat2 giler. Sbb apa? Sbb bila mamat tu melakonkan aksi propose tuh, baru awek tuh sedar yang mamat tuh sebenarnya takde gigi, pastu nafas dia siap berbau lagi. Airmata yang mengalir tuh hanya sebagai taktik untuk menutup ketidak sanggupan awek tu untuk bersama lelaki tuh.
Pasal ayat tak abih tuh, Lagipun saya ada....sebenarnya awek tuh baru teringat yang dia ada kelas tuisyen matematik moden. Dialog lengkap sepatutnya begini,
"Lagipun saya ada kelas tuisyen matematik moden, dah lah cikgu yang mengajar tuh mak aku sendiri, kalau aku lambat mampus aku kena leter ngan mak aku...byeeee"
*Hahahahahah, sowey yer owner. makan space sket.
D)Dia ada paper esoknya.
Ha ha. Filem apa yang kau tengok ni weh? Macam gampang je jalan ceritanya... Wey wey, jom gi tengok SpongeBob, meh!
Rjuna ~ Tapi yang tipikal itulah yang orang suka kan ;)
Delly ~ Pandai akak!
Qasseh ~ Kalaulah kita boleh buat pilihan...
Pa'chik ~ Kalau itu jawapannya, tak tipikal tapi skema.. heheh
SiNaga ~ Bukan filem, tapi cerpen nukilan pelajar yang aku kena taip.. SpongeBob? Tanak ah, SinChan ok gak ;P
D) awek tu ada penyakit suka kencing malam. bukan saja kencing malam malah penyakit yang lagi kronik... suka kencing kawan.
aida... kau jangan pandai2 ubah cerita budak tu... jawapan dia yang sebenar C kan?. aku tau.... muahahaha
Post a Comment