Thursday, December 07, 2006

Tugasan Kedua

Peningkatan globalisasi dan liberasi tanpa limitasi hasil anjakan paradigma....

Kebejatan sahsiah kesan teknologi membolehkan pornografi yang menjadi pemangkin utama jenayah juvana seperti rogol. ..

.... perlu dibendung dari akar umbi dan tidak dipandang enteng.

Walhasilnya, telefon bimbit hanya mendatangkan...

Uhuk! Uhuk!

13 comments:

Unknown said...

globali+sasi
libera+si
limita+si

Fonsel+si

..hanya mendatangkan keburukan dari kebaikan.

rudy bluehikari said...

yang buruk-buruk itu seronok dijadikan kajian.lestarikan....

Apai said...

"cikgu aida... yang pornografi tu tolong jelaskan lagi, saya x berapa nak fahamlah"... ujar karim yang sejak dari awal lagi langsung tidak menumpukan perhatian di dalam kelas ekonomi.

sinaganaga said...

Wo! Kau dah beli buku edisi limitasi tu? Murah je, wo!

Ha ha.

debikdebuk said...

globali+sasi
libera+si
limita+si
na+si
ba+si
be+si
beri+si
ka+si
dan macam2 lagi...

Tok Rimau said...

Siang aku tengok kartun Winx Club. Seksi gila kartun tu. Nampak peha. Pusat dan clevagesasi.

Malam aku tengok berita TV, anak-anak muda di tangkap kerana berpakaian tak senonoh di Melaka.

boe~ said...

".... perlu dibendung dari akar umbi dan tidak dipandang enteng."

sangat setuju.. kalau lah boleh dirombak sikit sistem pendidikan / sukatan matapelajaran kan bagus.. cuba wujudkan kelas "Taqwa" di peringkat sekolah supaya budak2 ni membesar dlm ilmu dan suasana taqwa. nanti dah besar boleh jadi seorang yg profesional yg bertaqwa. so.. apa jenis +sasi pun yg dtg, Insya Allah boleh ditangani..

areyoung said...

rjuna ~ .. malah boleh menyebabkan berlakunya kebejatan fulus-i

rudy ~ lama tak dengar lagu lestari.. hahah

selipar ~ "Kamu ni apai.. susah benar nak masuk pelajaran. Kurangkan sikit tengok benda bukan-bukan!"

naga ~ Dengar kata diskaunsi-nya ada validitasi? Hi hi.

debik ~ Iya. Dia ingat dengan di si si si -kannya tu kedengaran best kot ;P

oe~ Masalah ketagihan nikotina juga perlu dirungkai dari akar umbi dan tidak dipandang enteng.. ;P

areyoung said...

Tok Rimau ~ (Ups, tertinggal plak) Ya tok. Masalah cleavagisasi kian meruncing dewasa ini. Jika tidak diperhalusi boleh meruntuhkn keutuhan institusi.. hahah

Pa'chik said...

ni soalan apa sebnarnya ni?

nak dijawab panjang sangat soalannya.
Dapat 0 la ni...

Nazri said...

Yang gila adalah aku!

~inilah saya~ said...

Macam soalan peksa SPM aje.

areyoung said...

Pa'chik ~ Ni bukan soalan, ni cetusan pendapat ;P

Vovin ~ Habis selama ni kau fikir?

Qasseh ~ Ni hasil kerja budak2 yg nak ambik SPM