Wednesday, April 05, 2006

Ayah Sayang Kaulah..!
















~ Orang tua ngan mata sedihnya

Aku mungkin rasa nak nangis menyaksikan sorang ibu mengendong anak melalui titi gantung semata2 untuk bagi rawatan terbaik kepada anaknya yang sakit; tapi ada lagi perkara lain yang menyentuh hati ni. Emak –macam yang semua orang pun tau –akan sanggup berbuat apa saja untuk anaknya. Ayah? Sayang kat anak, tapi sesetengah keadaan takkan mampu mendahulukan anak daripada dirinya. Maaf, tapi bagi aku itulah.

Kerana tu, masa nak pergi sekolah pagi masa zaman belajar dulu aku cukup syahdu bila tengok ada ayah yang membonceng kadang2 bukan satu –tapi 4 anak naik motor untuk dihantar ke sekolah. (Jangan cakap pasal isu keselamatan, itu cerita lain oke).

Oh, aku dah jauh melalut.

‘Riding Alone for Thousands of Miles’ (menunggang seorang diri untuk berbatu2 jauhnya – kata translator GSC) menyentuh hati aku. Aku fikir bila direktornya Zhang Yimou (Hero, House of Flying Daggers) dah tentu ceritanya mesti ada sinematografi cantik, unsur drama sikit & ada sedikit aksi untuk menjadikannya sesuai dengan arus perdana. Aku silap.

Sinematografi? Ada laut, bukit & batu & kampung tapi bukan itu yang mencantikkan filem ini. Mula2 tengok lagi aku dah rasa sikit goyah pasal mainan kamera terlalu biasa2 & tak ada @ tak perasan pun yang diambil mengikut kaki pelakonnya berjalan @ menerusi celahan daun @ dinding @ bumbung.

Beberapa minit pertama gak aku asyik tertanya2 bila Pokcik Takada (Takakura Ken) nak bercakap. Dia ngan perangai orang tuanya yang mudah merajuk (lari keluar dari hospital bila dia dengar anak dia tak nak jumpa dia) & keegoannya (menantu dia emo gile cerita tentang Ken-ichi tapi dia cuma mendengar) buat aku terdetik, “Keraslah aku tengok drama yang watak utamanya dahlah tua… tak reti bercakap plak tu!”.

Simple. Orang tua yang suka menyimpan perasaan tu apabila mendapat tau betapa sukanya anak dia pada Opera Bertopeng Cina, hingga bercadang datang ke China semula untuk memfilemkan nyanyian Li Jiamin, membuatkan dia memutuskan mahu menyiapkan impian anaknya tu –sebagai tanda kasih yang selama ni tak terucap.

Dari sini flow cerita mula membuatkan aku rasa best.

Di China, Takada terpaksa berdepan ngan kesusahan yang tak disangka (selain masalah bahasa yang dah tentu). Semuanya jadi caca marba bila si Li Jiamin yang cam bagus tu kena tangkap plak membuatkan Takada terpaksa berurusan dengan pelbagai pihak ngan susah payahnya demi memastikan rancangannya tak tergendala cam tu aje.

Dan aku takleh menahan perasaan hiba apabila melihat Takada memegang kain tertulis kaligrafi terima kasih yang menutupi mukanya, hanya kerutan dahi yang merah padam tanda dia menangis ketika merayu agar dia dibenarkan berjumpa Li Jiamin dalam penjara. Betapa dia, mula belajar menjadi manusia yang mampu melepaskan perasaannya apabila terpaksa. (Sepertimana dia mula belajar untuk menunjukkan kasih sayangnya hanya setelah mengetahui anaknya akan pergi).

Dalam pencarian tu Takada mula belajar tentang anaknya & dapat dilihat, kalaulah anaknya tu panjang umurnya tentu dia akan menjadi ayah yang sama cam Takada. Kedua2nya suka memandang gunung @ laut & diam di tengah keriuhan -kata anaknya Opera Bertopeng itu jambatan untuk dia bercerita tentang kesunyiannya & Takada juga mula faham mengapa anaknya tu suka ke China -yang membuatkannya rasa asing. Janji anaknya untuk memfilemkan nyanyian Li Jiamin sebenarnya hanya untuk menjaga hati; hakikat sebenarnya dia gembira apabila berada dalam masyarakat yang tahu menghargai kehadiran & usahanya.

Pertemuan Takada & anak luar nikah Li Jiamin, Yang Yang menguatkan lagi kebenaran yang mula disedari Takada. Betapa anak harus difahami & dihormati perasaannya. Kejauhan akan membuatkan sang anak benci kerana kerinduannya tak berbalas. Sayang, kemuncak perasaan sedarnya -ketika Yang Yang yang menjadi perlambangan anaknya sendiri satu ketika dulu tertidur & didakapnya kemas di balik batu; orang yang sepatutnya menerima pelukan itu pun pergi buat selamanya.

Cerita tak habis kerana Zhang Yimou mahu menunjukkan kepada kita Li Jiamin pun harus belajar apa itu tanggung jawab sebagai ayah yang peduli jadi Takada kembali ke penjara -bukan untuk memfilemkan nyanyian Li Jiamin tapi untuk menunjukkan slide gambar (semua orang tertunggu2 bila slide Yang Yang sedang berak akan keluar :P) sekaligus menunjukkan kepadanya inilah anak yang ko harus hargai supaya tak jadi cam aku.

Judulnya… cerita… pelakon.. segalanya aku suka. Aku benci jalan berdebu, batu2 bosan tapi itu sebenarnya elemen yang menguatkan emosi dalam filem ni sebab ngan cara tu ko akan cuma fokus pada apa yang hendak disampaikan. Takada yang dingin & serius dineutralkan oleh ‘translator’nya yang lawak -reti cakap Jepun sikit2 & asyik tersasul menyebut perkataan english apabila bercakap ngan Takada.

Lakonan budak yang pegang watak Yang Yang pun cemerlang sekali (dia terpilih daripada 70,000 budak2 yang datang audition!) & setiap langkahnya dalam filem ni aku turuti dengan bisikan hati, “Budak2 yang tak dapat kasih sayang normal takkan buat camni..” (dia tak menangis ketika berlari mengejar kereta Takada sambil meniup wisel) & dia tak buat itu & satu ketika aku terdetik, “Oh, sekarang dia mesti melepaskan perasannya sebab budak2 takkan mampu menahan ini.” (menangis bila disergah ketua kampung sedangkan dia tak tau nak jelaskan maksud hatinya) dan itulah yang aku dapat tonton.

Ok, aku sayang ayah aku. (Dan cerita ini aku suka sebab aku melihat ayah di dalamnya.)