Wednesday, December 21, 2005

Azam

(Bukann! Ni bukan sempena tahun baru! )

Tatkala :
...dateline lambat lagi
...dah bosan jenguk setiap blog yang disisip di favorites
...mata dah rasa kabur sebab kontek lens free tak cukup power
& semestinya cuaca kat luar mendung (sebelum ujan)

Waktu tulah aku akan rasa nak jadi wanita paling solehah:
...lap abuk kat rak tv
...mop lantai sampai rumah berbau epal
& sangkut baju mengikut saiz panjang lengan.

Bila dah sampai rumah..?
(ko pun tau endingnya)

Sinambungan

Isnin, 19 Disember.

Tengok wayang sorang2 lagi, naik tren (pun sorang2 lagi). Bebas memang bebas, tapi yang lebihnya, letih.

Asalnya nak tengok Harry Potter tapi mak datuk punyalah panjang barisan, rasa cam nak nangis. Pastu dok congak2 Narnia ke Rock. Narnia jap je dah kluar dvd tapi kalau Rock?

Rock memang Rock (kangkang).

Rock ou..!

Friday, December 16, 2005

Sekali Sekala

Selasa tu hari aku menyedari satu perkara tentang aku :

naik tren seorang diri membuatkan aku rasa tambah konfiden & bebas!

Monday, December 05, 2005

Demi

Setelah lama berfikir akhirnya aku memutuskan mereka lebih penting dari Narnia.

Maka dengan relanya aku serahkan 2 keping tiket tayangan eksklusif malam ni kepada Diana. Tak apalah... filem akan sentiasa berlangsung sedangkan masa berkualiti tu bukan selalunya ada.

Atau mungkin untuk mengubat terkilan ni, aku nak ajak B pergi kedai DVD kat Sri Hartamas yang heaven tu.

Uaa...!

Wednesday, November 23, 2005

Risau

Susah hati aku.

Sejak akhir2 ni... err okey maybe macam selalu aku mula rasa rimas dengan bising.

Satu waktu dulu aku tak kesah dengan bising. Aku boleh hadam bunyi tekno yang menggetarkan saraf otak sambil merenung jauh manusia2 kalut di sekeliling aku. (Dan aku masih tenang). Aneh sungguh.

Memang sejak kecik aku tak suka bunyi air paip yang tak tertutup rapat, tapi tak sangka dah sampai satu waktu ni aku tak suka lagi apa sahaja bunyi yang boleh buat aku serabut. Paling tak tahan, bunyi orang bercakap banyak tapi maksudnya sama saja. Makin lama makin elergik & doa aku, TuhanKu jauhkan diri ini dari menjadi golongan sebegini. Annoying betul!

Mujurlah. Habis saja meeting hari ni hari sudah petang & nyaman. Dan aku tenang semula.

(Moga B tak bertanya antara cd Ari Lasso yang pertama @ kedua, mana lagi best waktu perjalanan balik nanti).

Thursday, November 17, 2005

Tiba-tiba

Alamak, dateline tinggal 3 hari bekerja!

Setelah puas melenjan cuti tahun, sedar2 dateline yang dilajakkan sikit isu ni tetap menyaksikan aku & kawan-kawan lemak macam sebelum2 ni jugak, hehe...

Dari dulu aku kalau kerja memang macam ni. Tanam la setinggi mana pun azam nak siapkan kerja awal2, selagi tak ada 'tekanan' selagi tu idea tak mari. (Ya, aku memang Melayu sejati).

Ruang kerja yang bersepah, perasaan berdebar2 sewaktu mencari bahan sebab otak tengah fikir apa menda nak dicari bercampur dengan angka2 tarikh... semuanya mencukupkan pakej cabaran dalam ruang lingkup kerja aku ni.

'Tak thrill mana seronok beb!'

Wednesday, November 16, 2005

Masuk Dalam

Dia adik yang terjal. Memang dalam ramai2 adik badik B, dia lain sket. Walaupun sopan dengan keluarga & mak yang dah tua, dia ligat di luar rumah.

Semalam kali ke2. Setelah aku dibawa B melawat Ijat seminggu sebelum raya, semalam aku ikut serta lagi dalam perjumpaan keluarga itu. Dia yang selama ini bebas, mungkin yang paling bebas antara kami, terkurung di balik sana.

Sama seperti sebelum ini, aku lihat wajahnya makin gelap. Mungkin selalu berpanas kot kat dalam tu. Katanya sebilik dengan bekas anggota JI. Ceritanya menjadi juru latih kawad mengetuai kawan2 baru yang lain. Hm, cerita manusia sentiasa ada walaupun terkurung.

Tak lama pun lagi dia kat dalam tu. Hujung bulan depan keluarlah. Masa dia masuk ke dalam dulu, aku rasa gembira. Kalau B tau ini yang aku rasa, mungkin muka dia biru kot. Tapi memang aku rasa macam tu. Kerana aku tau, itu saja caranya untuk dia berpatah balik sebelum terlewat. Sebelum member2 dia yang berambut blonde tu menjahanamkan hidup dia, sebelum dia terpikat ngan pondan & tak reti balik rumah lagi... elok dia 'berehat' sebentar, untung2 dia tersedar.

Alhamdulillah, dengarnya dah 3, 4 kali khatam al-Qur'an.

Sebelum balik Kak Long tanya kalau2 ada perkara yang aku nak bisikkan kepada dia di balik sana menerusi gagang yang dia pegang tapi aku senyum sambil geleng kepala saja. Lagi pun aku dah ucapkan Selamat Hari Raya kat dia tadi. Kami semua melambai sampai dia hilang dari celahan besi & kaca.

'B, kat dalam tu dorang boleh baca paper @ tengok tv tak?'
'Ntah... napa?'
'Lupa nak soh dia pesan kat member sebilik dia... Dr Azhari dah takde..'

Abang

Petang ni tetiba rasa hangin plak bila dapat tau nama aku dah black list pasal jadi guarantor keta abang. Yelah, dulu cakap cuma jadi reference je... tup2 ngan nama aku skali black list kat bank.

'Sabar... sabar...' aku pujuk ati. Baru semalam aku rasa cam jadi aida yang baru pasal rajin gile kemas rumah, masak & sentiasa senyum masa Kak Long datang, tetiba hari ni cam ada tanda2 nak transfom jadi moody balik plak.

Aku tau abang serba salah pasal dia tipon & mesej aku, walaupun tak cakap sorry. Aku rasa dia saja nak keep in touch ngan aku bila tau aku tengah hangin kat dia la tu.

Bila dah hangin, mula la sume mende rasa serabut!

Tiba2 tadi, 'Alamak, ada mesej la pulak...' nada sora mesej yang aku donlod dari henpon ehsan bunyik.

ABANG MINTAK MAAF LA SBB BUATKN NAMA HANG BLACKLIST NANTI LEPAS KAWIN ABG SETELKAN

Hati aku serta merta bagai disiram salju. Cair segala amarah. Segala pengorbanan abang kat aku yang bukan sedikit bagaikan slide powerpoint kat dalam minda.

'Abang, kami maafkan...'

Friday, November 11, 2005

Assalamua'laikum

Aku terfikir dah banyak kali tapi hari ini jemari bergerak juga untuk menulis semula. Mungkin setelah si editor (aku gunakan si sebab dia pun suka gunakan ganti awalan tu pada kami) menegur sebab kami dah banyak lemak sejak pulang beraya.

Eh bukan lemak yang itu… walaupun itu memang banyak bertambah sampai aku pun naik risau. Dia maksudkan lemak pasal baru sembilan artikel yang ada dalam folder untuk dia edit. Aku buat2 bizi kemas meja. Buat2 berminat bercerita pasal kebodohan filem Melayu Hari Raya kat tv… dan sekarang aku buat2 bizi menaip plak.

Takpelah. Walaupun aku tak menaip artikel, tapi apa yang aku taip ni pun ada kepentingannya untuk kerja gak. Warm up untuk buat artikel dan err…. apa2lah...