Tuesday, December 12, 2006

Pengaruh Filem Ke Atas Minda Remaja

Ya, kepada siapa yang tak tahu aku dah pun bertukar dari majalah hiburan kepada ilmiah. (Sapa yang kata tak tanya pun tu.. shadap you!!)

Apa pun ada satu kenangan yang aku takkan lupa selama aku bersama ngan majalah lama. Sebagai peminat Jack Black & Stephen Chow, surat ni meninggalkan kesan yang sama seperti setelah aku usai menonton filem2 adihero kegemaran aku tu. (Waah, perhatikan pengayaan tatabahasa aku sekarang, hnss)

Kat** Ibrahim,
Rawang, Selangor.

Assalamua'laikum,

Suatu petang pada hari Jumaat, semasa perjalanan pulang dari sekolah hati saya mundar-mandir berkata 'nak beli K*** ke tak nak' sebab duit dalam poket saya ni bukannya banyak sangat. Namun disebabkan rasa sayang saya pun singgah ke kedai & terus membelinya.

Sambil berjalan kaki saya terus menyelak ke ruangan Q-K*** yang sering membuat saya terkilan. Alangkah terperanjatnya saya, surat saya yang bertajuk ' Nak Info Emma Watson' telah tersiar. Air mata mencurah-curah, saya menangis & bersyukur kepada Allah, akhirnya Kak Areyoung tunaikan juga permintaan saya. Saya terus berlari pulang.

Selepas mandi saya sembahyang & berdoa, "Ya Allah, akhirnya Kau 'temukan' juga kawan sepermainan semasa aku kecil dahulu. Kak Areyoung telah membantu saya mencari alamat mereka. Ya Allah, kau panjangkanlah umur Kak Areyoung & Kau selamatkanlah perjalanan pergi & pulangnya di mana saja di muka bumi ini. Amin."

Kak Areyoung mesti rasa hairan kenapa semasa berdoa saya kata, 'Akhirnya Kau temukan juga kawan sepermainan semasa aku kecil dahulu' bukan? Saya nak bagi tau Kak Areyoung satu rahsia tapi saya harap akak tak sebarkan rahsia ni kepada orang lain. Kalau saya tahu rahsia ni diketahui oleh orang yang selain dari akak, nahas!!!

Kenapa saya minat sangat dengan Emma & sanggup hantar surat banyak kali untuk mendapatkan alamat rumahnya? Begini...

Memanglah saya dilahirkan di sini tetapi semasa saya berusia 7 tahun kami sekeluarga telah berpindah ke England kerana ayah saya dinaikkan pangkat. Sesampai di sana (ayah saya memang dah siap2 booking rumah kat sana) kami sibuk mengemas barang. Di sebelah petang ada jiran sebelah yang sudi membantu kami mengemas barang, nama pakcik sebelah tu Uncle Watson.

Semasa saya mengeluarkan bantal peluk & anak patung dari kereta, tiba2 saya terdengar suara, "Hei, that's a beauty doll, can I see please?" saya ternampak sorang budak yang sangat comel & mempunyai warna rambut keemasan. Kata budak tu lagi, "I'm Emma Charlotte Watson. You can call me Emma.." Sejak itulah kami berkawan & bermain bersama, walaupun kami berlainan sekolah.

Setelah beberapa bulan Emma mengajak saya ke Jalan Street Duble untuk memperkenalkan saya kepada seseorg. Alah, takdelah jauh sangat dari rumah saya. Sampai di sana saya terlihat 2 budak lelaki, sorang mempunyai rambut kuning keemasan seperti Emma & sorang lagi berambut coklat terkebil-kebil memandang saya. Saya & budak2 lelaki tu berjabat tangan setelah Emma memperkenalkan kami.

Lelaki berambut kuning tu berkata. "Hi Kat*, I'm Rupert Grind, nice to meet you" manakala yang sorang lagi tersenyum sambil berkata, "You are so beautiful like an angel, I mean your eyes." Betapa terkejutnya saya, tak pernah saya dipuji sebegitu indah sekali apatah lagi oleh orang asing. Akak tahu tak dia siapa? Tak lain tak bukan dialah Daniel Radcliffe!

Sejak hari tu kami berempat selalu bermain bersama. Tapi satu hari, telah berlaku kejadian buruk ke atas keluarga saya. Sudah adat dunia, di sebalik kegembiraan mesti ada terselit ujian.

Keluarga saya jatuh miskin. Ini kerana syarikat tempat ayah bekerja telah menuduhnya mencuri satu formula reka bentuk kereta & telah menjualnya kepada syarikat yang lain. Sebenarnya bukan salah ayah saya sebab ada 2 orang lagi (rakyat England) yang jaga formula tu. Ayah saya pun ditangkap polis.

Namun tuhan tu maha adil, akhirnya tertangkap juga penjenayah sebenarnya. Ayah saya dibebaskan, namun dia selalu dipulaukan kerana ramai rakan sepejabat tak mempercayainya lagi. Kalau selalunya ayah saya pegang projek besar2, sekarang kerjanya cuma menaip & menyusun fail2 keluaran kereta sahaja. Disebabkan duit pun makin hari makin sikit, akhirnya kami sekeluarga balik ke Malaysia.

Oleh kerana Kak Areyoung telah menolong saya, saya ada sertakan hadiah khas buat akak. Harap akak suka. Sebenarnya aksesori yang saya kasi tu datangnya dari pasaraya mak saya. Saya juga ada kasi baju sekali. Asalnya saya beli baju ni untuk saya sebab saya suka benar dengan warnanya yang sama seperti rambut Emma Watson. Walaupun harganya mahal, saya beli juga menggunakan duit biasiswa saya. Kalau baju tu tak muat akak jangan kasi kat orang lain tau. Pulangkanlah semula kepada saya ye...

Akak boleh bantu saya lagi tak? Begini, saya ingin buat surprise kepada Emma, Rupert & Daniel dengan cara menghantar surat kepada mereka menggunakan pos laju secara serentak jadi mereka menerimanya di hari yang sama. Masalahnya, saya tak ada alamat Rupert & Daniel. Tak dapat alamat Rupert tu alamat Daniel jadilah sebab rumah mereka berdekatan jadi Daniel boleh berikan pada Rupert surat tu kelak. Yang penting sekarang, alamat Daniel.

Tolonglak kak, saya mesti kabarkan kepada mereka saya masih hidup lagi di muka bumi ini. Semua hadiah2 ini pun bukan untuk mengampu akak, tapi ikhlas kerana akak telah membantu membuatkan tangisan yang sering membasahi pipi saya ini terhenti.

Bila saya besar nanti & sudah bekerja, saya akan melanggan K*** untuk setahun, tak perlu lagi berjalan kaki ke kedai untuk membelinya.

Saya akan terus menunggu jawapan dari akak. Bye..

















'You crayyyyy seeeeee.. ' - Jack Black

* * Budak ni bagus amat. Membaca suratnya buat aku rasa bangga, resah, marah, geram, biol & memacam lagi. Kalau aku peroleh semua ni dari satu filem, aku akan anggap ia sebuah filem yang bagus.

9 comments:

vovin said...

Aku sepupu Johnny Depp

Pa'chik said...

kamu siarkan rahsia budak tu ye?
marah nanti dia tu... hohoho

Qasseh-Hati said...

ni kesah realiti betul ke atau kesah realiti buatan?

Delly said...

MMM...I read the original version of that letter...satu jelah nak cakap, imaginasi budak ni memang terpuji. Bravo! Sekali baca memang tak logik, baca dua kali rasa macam...you rock, sis!! Lagipun dia tunaikan janji dia nak bagi hadiah kat hang. Entah-entah dia memang cakap betul kottttt????? Sapa tau....

areyoung said...

Vovin ~ Belah.

Pa'chik ~ Shhht..!

Qasseh ~ Takde yg benar melainkn yg benar belaka.. lenguh tangan taip balik tau ;P

Delly ~ Sbnrnya aida pun ada gak rasa camtu mulanya tp bila start dia kata ayah dia susun fail, nampak loket Daniel, Emma & Rupert kat tv sama cam dia (edited)terus rasa... macam-macam.

Pa'chik said...

Majalah buah tu ko baca tak? yang tu pun ilmiah jugak, boleh belajar anatomy manusia, ada juga soal jawab ugama, petikan hadith. Banyak la jugak ilmunya.

areyoung said...

Walaupun banyak ilmu kat dalam tu tapi aku percaya kebanyakan pembaca (sila ganti kpd - pelihat) mejalah tu lebih suka bab anatomi ;P

Zack said...

Anatomi dan interior design kak. :P

Nak tergelak pun ada sebab tinggi betul imaginasi dia!

areyoung said...

Zack ~ Tambah lagi 1.. kebiruan air kolam renang ;P

Budak tu.. bukan nak gelak lagi dah, rasa nak nangis pun ada! Haha.