Wednesday, December 27, 2006

Sukati

Aku bukan rajin sangat update blog. Ntah-ntah, ni entry terakhir untuk tahun ni.

Bukannn. Bukan aku nak tulis pasal azam tahun barulah, malu je.

Sebenarnya, makin banyak tahun beranjak, makin banyak perkara baru yang aku tau psl diri sendiri.

Kalau aku sendiri pun masih cuba mengenali diri, patut pun kebanyakan orang lain pun tak paham pasal aku kan, hiks.

Apa pun, ni antara perkara yang aku baru sedar tentang diri aku :

1) Aku takleh berborak masa tengah makan maruku atau keropok. Pasal, bunyi kunyahan dalam mulut & suara orang bercakap yang bertingkah boleh menyebabkan fikiran aku serabut.

2) Jangan pakai parfum yang berbau rempah pastu dok dekat-dekat aku. Ngilu gigi oi!!

3) Tolonglah. Kalau pun kau suka penyanyi Latin macam Marc Anthony dan Enrique Iglesias, jangan pasang lagu dorang kuat-kuat. Suara Enrique terutamanya, terlalu lemak sampai aku rasa nak muntah. Serius!

p/s Kalau nak pasang klip lagu dorang, pastu tekan mute, takpe ;P

4) Pertama kali naik kereta dengan aku? Jangan kecik ati kalau aku cuma kiamkan tangan, dok diam-diam & buat muka serius pandang luar tingkap je. Itu tandanya aku suka. Kalau aku banyak bercakap, maknanya aku cuma berpura-pura sebab takut ko fikir aku sombong.

5) Bila aku dah terbenam kat tilam angin tengok dvd, janganlah soh aku bangun atas apa alasan sekali pun, plisss...

6) Bila cakap kat henfon jangan letak dulu sebelum aku letak kecuali ko dah sebut bye ye. Kecik ati tau, huhu

7) Jangan nak hantar sms tapi bagi ayat-ayat macam Tekalh sapa ni , Hi blh kenal x?, Ello & yg seumpamanya.

(Menghantar sms Elyana adalh punk yang cute secara tiba-tiba adalah dimaafkan, tapi bermungkinan besar tidak akan dibalas)

8) Jangan nak cakap kasar ngan aku. Kalau aku tak marah balik, aku mungkin akan nangis.

9) Kadang-kadang (je) kalau aku ajak pegi makan kat satu tempat tu, aku mungkin akan berubah fikiran plak bila dah sampai sebab takde meja kat luar. Hei, sabar separuh daripada iman.

10) Aku memang ngada-ngada. Tak suka, sudah.









Ah, kena suka jugak-jugak.

Monday, December 18, 2006

Bapak Romanticism

Sayang
selamat malam

Sayang
selamat tidur

Sayang
mimpi indah
tentang kau & aku

Panggil namaku
sebelum tidur

Agar kuhadir
dalam mimpimu

Kita kan terbang di atas awan
berdua selalu berdua

Sayang, matikan enjin saya nak dengar bunyi violin.

Susahkah?

Thursday, December 14, 2006

Pen, Bangle, Lighter & Kunci

Hasil kajian mendapati ada dua objek je dalam dunia ni yang benar-benar dijaga oleh lelaki & ditakuti mereka akan hilang :

1) Kereta
2) Kotak rokok

Sekian, terima kasih.

Tuesday, December 12, 2006

Pengaruh Filem Ke Atas Minda Remaja

Ya, kepada siapa yang tak tahu aku dah pun bertukar dari majalah hiburan kepada ilmiah. (Sapa yang kata tak tanya pun tu.. shadap you!!)

Apa pun ada satu kenangan yang aku takkan lupa selama aku bersama ngan majalah lama. Sebagai peminat Jack Black & Stephen Chow, surat ni meninggalkan kesan yang sama seperti setelah aku usai menonton filem2 adihero kegemaran aku tu. (Waah, perhatikan pengayaan tatabahasa aku sekarang, hnss)

Kat** Ibrahim,
Rawang, Selangor.

Assalamua'laikum,

Suatu petang pada hari Jumaat, semasa perjalanan pulang dari sekolah hati saya mundar-mandir berkata 'nak beli K*** ke tak nak' sebab duit dalam poket saya ni bukannya banyak sangat. Namun disebabkan rasa sayang saya pun singgah ke kedai & terus membelinya.

Sambil berjalan kaki saya terus menyelak ke ruangan Q-K*** yang sering membuat saya terkilan. Alangkah terperanjatnya saya, surat saya yang bertajuk ' Nak Info Emma Watson' telah tersiar. Air mata mencurah-curah, saya menangis & bersyukur kepada Allah, akhirnya Kak Areyoung tunaikan juga permintaan saya. Saya terus berlari pulang.

Selepas mandi saya sembahyang & berdoa, "Ya Allah, akhirnya Kau 'temukan' juga kawan sepermainan semasa aku kecil dahulu. Kak Areyoung telah membantu saya mencari alamat mereka. Ya Allah, kau panjangkanlah umur Kak Areyoung & Kau selamatkanlah perjalanan pergi & pulangnya di mana saja di muka bumi ini. Amin."

Kak Areyoung mesti rasa hairan kenapa semasa berdoa saya kata, 'Akhirnya Kau temukan juga kawan sepermainan semasa aku kecil dahulu' bukan? Saya nak bagi tau Kak Areyoung satu rahsia tapi saya harap akak tak sebarkan rahsia ni kepada orang lain. Kalau saya tahu rahsia ni diketahui oleh orang yang selain dari akak, nahas!!!

Kenapa saya minat sangat dengan Emma & sanggup hantar surat banyak kali untuk mendapatkan alamat rumahnya? Begini...

Memanglah saya dilahirkan di sini tetapi semasa saya berusia 7 tahun kami sekeluarga telah berpindah ke England kerana ayah saya dinaikkan pangkat. Sesampai di sana (ayah saya memang dah siap2 booking rumah kat sana) kami sibuk mengemas barang. Di sebelah petang ada jiran sebelah yang sudi membantu kami mengemas barang, nama pakcik sebelah tu Uncle Watson.

Semasa saya mengeluarkan bantal peluk & anak patung dari kereta, tiba2 saya terdengar suara, "Hei, that's a beauty doll, can I see please?" saya ternampak sorang budak yang sangat comel & mempunyai warna rambut keemasan. Kata budak tu lagi, "I'm Emma Charlotte Watson. You can call me Emma.." Sejak itulah kami berkawan & bermain bersama, walaupun kami berlainan sekolah.

Setelah beberapa bulan Emma mengajak saya ke Jalan Street Duble untuk memperkenalkan saya kepada seseorg. Alah, takdelah jauh sangat dari rumah saya. Sampai di sana saya terlihat 2 budak lelaki, sorang mempunyai rambut kuning keemasan seperti Emma & sorang lagi berambut coklat terkebil-kebil memandang saya. Saya & budak2 lelaki tu berjabat tangan setelah Emma memperkenalkan kami.

Lelaki berambut kuning tu berkata. "Hi Kat*, I'm Rupert Grind, nice to meet you" manakala yang sorang lagi tersenyum sambil berkata, "You are so beautiful like an angel, I mean your eyes." Betapa terkejutnya saya, tak pernah saya dipuji sebegitu indah sekali apatah lagi oleh orang asing. Akak tahu tak dia siapa? Tak lain tak bukan dialah Daniel Radcliffe!

Sejak hari tu kami berempat selalu bermain bersama. Tapi satu hari, telah berlaku kejadian buruk ke atas keluarga saya. Sudah adat dunia, di sebalik kegembiraan mesti ada terselit ujian.

Keluarga saya jatuh miskin. Ini kerana syarikat tempat ayah bekerja telah menuduhnya mencuri satu formula reka bentuk kereta & telah menjualnya kepada syarikat yang lain. Sebenarnya bukan salah ayah saya sebab ada 2 orang lagi (rakyat England) yang jaga formula tu. Ayah saya pun ditangkap polis.

Namun tuhan tu maha adil, akhirnya tertangkap juga penjenayah sebenarnya. Ayah saya dibebaskan, namun dia selalu dipulaukan kerana ramai rakan sepejabat tak mempercayainya lagi. Kalau selalunya ayah saya pegang projek besar2, sekarang kerjanya cuma menaip & menyusun fail2 keluaran kereta sahaja. Disebabkan duit pun makin hari makin sikit, akhirnya kami sekeluarga balik ke Malaysia.

Oleh kerana Kak Areyoung telah menolong saya, saya ada sertakan hadiah khas buat akak. Harap akak suka. Sebenarnya aksesori yang saya kasi tu datangnya dari pasaraya mak saya. Saya juga ada kasi baju sekali. Asalnya saya beli baju ni untuk saya sebab saya suka benar dengan warnanya yang sama seperti rambut Emma Watson. Walaupun harganya mahal, saya beli juga menggunakan duit biasiswa saya. Kalau baju tu tak muat akak jangan kasi kat orang lain tau. Pulangkanlah semula kepada saya ye...

Akak boleh bantu saya lagi tak? Begini, saya ingin buat surprise kepada Emma, Rupert & Daniel dengan cara menghantar surat kepada mereka menggunakan pos laju secara serentak jadi mereka menerimanya di hari yang sama. Masalahnya, saya tak ada alamat Rupert & Daniel. Tak dapat alamat Rupert tu alamat Daniel jadilah sebab rumah mereka berdekatan jadi Daniel boleh berikan pada Rupert surat tu kelak. Yang penting sekarang, alamat Daniel.

Tolonglak kak, saya mesti kabarkan kepada mereka saya masih hidup lagi di muka bumi ini. Semua hadiah2 ini pun bukan untuk mengampu akak, tapi ikhlas kerana akak telah membantu membuatkan tangisan yang sering membasahi pipi saya ini terhenti.

Bila saya besar nanti & sudah bekerja, saya akan melanggan K*** untuk setahun, tak perlu lagi berjalan kaki ke kedai untuk membelinya.

Saya akan terus menunggu jawapan dari akak. Bye..

















'You crayyyyy seeeeee.. ' - Jack Black

* * Budak ni bagus amat. Membaca suratnya buat aku rasa bangga, resah, marah, geram, biol & memacam lagi. Kalau aku peroleh semua ni dari satu filem, aku akan anggap ia sebuah filem yang bagus.

Thursday, December 07, 2006

Tugasan Kedua

Peningkatan globalisasi dan liberasi tanpa limitasi hasil anjakan paradigma....

Kebejatan sahsiah kesan teknologi membolehkan pornografi yang menjadi pemangkin utama jenayah juvana seperti rogol. ..

.... perlu dibendung dari akar umbi dan tidak dipandang enteng.

Walhasilnya, telefon bimbit hanya mendatangkan...

Uhuk! Uhuk!

Wednesday, December 06, 2006

Tugasan Pertama

Kat satu sekolah ni.

Ada Awek yang baru 5 bulan masuk kerana bertukar dari Johor. Oh, tak lengkap lagi. Ada pulak Balak ni, pelajar paling popular di sekolah tu.

Nama Awek dan Balak 3 suku kata, ada huruf E & Z tentunya. Sorang bermata hazel, sorang lagi plak bermata hijau sementelah ibu kepada pak menakan Tok Ciknya orang Caucasion.

Balak ajak Awek balik sekolah bersama. (Ya betul, Balak a.k.a pelajar lelaki paling popular menyimpan hati pada Awek) .

Maka keluarlah ayat2 mengusik dari Awek, apakah Balak tak ada berkenan pada sekian ramai pelajar perempuan yang tergila2kannya kat sekolah tu?

Ada, jawab Balak. 'Tapi entahlah dia pun suka saya ke tak..?'

Isk. Aku boleh tahan lagi.

Awek pun buat2 getik mencadangkan supaya Balak cubalah propose perempuan yang dia suka tu. Balak tu pun cuba mengusik, 'Macam mana dengan awak? Kalau perempuan tu adalah awak, awak terima tak?'

Ceh, bulu pipi aku dah meremang.

Tiba2 Awek kena sawan khinzir hutan. Dia lari cepat2 naik bas dengan air mata bercucuran. Sebelum tu sempat dia jerit kat Balak pasal SPM yang dah nak dekat.

'LAGIPUN SAYA ADA...' kata2 tu tak dihabiskan oleh Awek, meninggalkan gema di telinga Balak yang mula menarik2 rambut terpacaknya.

Macam haram!

Okey, siapa2 yang mengamalkan budaya membaca kat Malaysia ni tolong beritahu aku. Apa pasal Awek tu berkelakuan camtu & mana satu ending bagi cerita Balak dan Awek ni?

a) Awek sakit barah otak. Akhirnya Balak tau keluhuran hati Awek, tak nak terima cintanya sebab tamo Balak menempuh kecewa kerana saat kematiannya yang kian hampir.. ohhh

B) Awek sebenarnya perisik German yang menyamar sebagai budak sekolah dalam usaha menyelidik desas desus pembuatan fission bomb kat satu kilang di Segambut Dalam

C) Awek sakit Alzheimer

Jap, aku nak gi muntah!

Friday, December 01, 2006

Semalam Yang Drastik

Semalam.

"Awak, blabla.. dia tipon.. blabla.. masalah.. " (baca - tunggu sini sat, nak pi jumpa kawan).

Aku melangutkan kepala. Tanpa kata pinggangnya kupeluk erat sambil menghentak2kan kaki ala2 manja gitu.

"Ok, ok"

Dia itu - badan kurus tinggi. Rambut Takeshi Kaneshiro. Baju kait melapisi t-shirt kuning yang separuh terjulur. (Jeans rebehnya sempat aku naikkan sebelum memeluk tadi. Isk!)

Pagi ni.

Aku bangun sambil tersengih. Tau apa?

Kadang-kadang mimpi yang asing pun boleh buat kita bahagia. Mulai sekarang aku akan FOKUS!