Friday, July 28, 2006

Yuck!

Hiss... pasal apa ah. Aku melayu jugak, orang kampung jugak.. malah lagi kampung dari engkau barangkali.

Dah lama aku tak paham, kenapa ada yang sanggup menggadai nyawa.. & berlagak seolah2 ustazah kat sekolah tak pernah ajar pasal najis mukhoffafah. (Ok, ok. Yang part najis tu aku ngaku saja tulis sebab nak bagi ayat lagi sedap)

Tiap kali masuk toilet aku benci betul bila tengok ada hamba Allah mana tah tak reti2 nak buang tisu yang dah digunakan, sebaliknya mendalah tu ditaruk molek je kat atas tempat flush. Helloooo! Ko fikir ada orang yang sanggup buang tisu bekas ko lap tahapa2 tu dalam lubang jamban untuk ko?

Camtu gak bila tengok ada kesan tapak kasut kat atas pelapik mangkung tandas. Adui.. makhluk manalah yang sanggup bertenggek kat atas tu.. kan ke dah tahap membahayakan nyawa namanya tu?

Tahlah ek.. masa kebanyakan tandas awam kat Malaysia dulu jenis cangkung, kita rasa geli nak masuk sebab lantainya yang berair & berlendir. Sekarang ni bila kebanyakannya jenis duduk pulak, dah orang tak reti guna pulak dah.

Lain kali aku kena ingat, selesaikan segala hajat sebelum keluar rumah!

8 comments:

yusairi said...

hi aida,
entah siapalah arjuna tu ?
tentang hal tandas ni kan pernah masuk parlimen. harharharhar. nampaknya skrg ni aida semakin bersikap kritis. baru nampak siapa diri aida sebenar. beginilah penulis yang dimahukan oleh negara kita. keep it up. kalau bengang sangat, selamba je mohon citer pasal tandas kat cover depan majalah atau suratkhabar. kita lihat apa reaksi menteri2. hehehehe. how is your lfie now ?. masih di karangkraf ke ?

Rjuna said...

Hai Yusairi selamat berkenalan,

kenalkan saya RJUNA* (Ex-Gigolo Aida*)

*bukan nama sebenar

-dah tentu ni JAMBAN karangkraf kan?

-kalau ko jengah JAMBAN lelaki, lagi best, ada lukisan ZAKAR, TAHI tak flush, aromanya membawa syahdu

thesandman said...

haha!

aku gelak.

vovin said...

bukan tandas opis ko je Aida...

hmmmm...

aku nak cite terpaksa kembalikan memori silam...

taknaklah kembalikan memori silam...

areyoung said...

Tapi tandas tetap tersenarai sebagai salah satu 'hot spot' paling popular kan.. ngehngeh

yusairi said...

hotspot....

uderhood said...

Very best site. Keep working. Will return in the near future.
»

psonica said...

Hey what a great site keep up the work its excellent.
»