Tuesday, June 03, 2008

Letih

Huaa... lama tak update kan?

Betul, aku bz.

Sebetulnya, nak kata bz sangat tu tidaklah. Tapi beberapa minggu kebelakangan boleh dikatakan aku tak duduk rumah setiap kali cuti, dan ada juga minggu yang aku tak sempat cuti pun kerana menggantikan member yang cuti bersanding.

Oh, projek yang memerlukan aku mencari tempat makan tempoh hari tu pun tak dapat aku habiskan kerana tak terhambat dek kerja seharian. Tak apalah, mungkin tak ada rezeki kot.

Tapi, sempat jugalah aku ke Johor menggeledah tempat makan yang disarankan oleh Tok Rimau. Paling best, Kg Senibonglah. Cuma tak sempat nak merasa belangkas black pepper tempoh hari sebab tiba waktu kedai-kedai pun dah nak ditutup.

Macam mana cara percutian yang terbaik? Percutian yang aku impikan ialah pilih satu destinasi - Perlis misalnya, kemudian terus ke sana dan explore sendiri apa yang menarik.

Hm, bilalah nak jadi kenyataan lagi agaknya.

2 comments:

afza said...

jadi ni kena suggest tempat percutian pulak kah? :)

boe~ said...

aku teringin nak bercuti ke tempat yg aku boleh berjalan kaki jauh2(hiking). Ada sungai yg jernih, dataran yg lapang,gunung batuan yg tegak lurus atau di tebing tinggi yg dibawahnya ada laut. lokasi: australia ada kut.