Wednesday, June 04, 2008

fatamorgana

Ketika di Utopia dulu, aku pernah keluar assignment dengan Wan; peminat irama keras yang terpaksa menggalas tugas sebagai fotografer kerana err.. sebab kompeni memang tak ada fotografer masa tu.
"Yang mana satu artis karang? Aku tak kenallah wei," itulah pertanyaan dengan nada suara cuak yang diulang-ulang Wan sejak dia mengundurkan kereta untuk meninggalkan ofis, sampailah kami masuk parking hotel.
"Kalau tak kenal, ko tangkap je gambar sapa-sapa pun yang pakai baju 'glamer' kat situ. Balik ofis kita kenal pasti," aku bagi cadangan kat Wan yang terus buat muka cuak.
Sebenarnya, aku tau bukan sebab tak kenal artis saja Wan menyampah nak keluar assignment. Sebagai teman sebelah meja, serba sedikit aku dapat menganalisa yang dia ni kurang suka mengikuti dunia artis tempatan. Habis kuat pun dia cuma berminat untuk tahu siapa nama artis wanita yang jadi penghias muka depan Pancaindera aje.
"Da!" Wan gamit aku.
Aku syak, dia dah bosan gile walaupun nampak enak duduk di tepi sebatang tiang, di luar bilik function.
"Apa kau dengar?" tanya dia sambil ketuk-ketuk tiang.
Aku buat muka konfius. Memang konfius pun.
"Macam mana kosong bunyi tiang ni, macam itulah dorang-dorang ni semua ," kata Wan sambil memuncungkan mulut kepada mereka-mereka di sekeliling kami. Kebanyakannya mengepil rokok di jari, macam Wan jugak.
Oh cuma bezanya; mereka semua kelihatan sangat riang dan memakai baju yang 'glamer'!

7 comments:

Meooo Comicore Club said...

em, minyak naik tinggi sgt....

areyoung said...

Kat shah alam semalam, kereta penuh kat stesen2 minyak nak penuhkan tank masing2 sblm kul 12mlm. Yang hampehnya, minyak naik on the dot.. tak tunggu2 dah. Eiii.

sinaganaga said...

Da,
Kau tahu, masa Hari Seniman baru2 ni, siapa-siapa yang memenuhi dewan? Mereka tu jugak aahhhh!!!!

"Eh, artis grafik tu seniman ke, enche?" tanya seorang petugas di situ.

Aku blah! Pergi The Mall.

boe~ said...

aku nak jadi fotografer sambilan boleh? kalau boleh, nanti aku gi kursus.

miss cloudy said...

tumpang lalu....

saudagar gaRAM.. said...

dapat ke si WAN kenal pasti yang mana ARTIS beb?

atau dia main tangkap muat jek gambar?

areyoung said...

naga ~ kira ada cubaan jugak ke utk masuk ke kelompok seniman? ;P

oe ~ pergi la kursus dulu kalo dah minat..

king ~ erm

miss ~ erm

saudagar ~ ha ha!