Monday, November 26, 2007

perjalanan baru bermula

BERITA BESAR! INI BERITA BESAR!

Nak tau apa?

Ehem, semalam saya bawa kereta dari rumah ke ofis, dan dari ofis balik ke rumah.

Hah. Kamu muntah? (Peduli apa saya. Btw, ada saya bagi tau ianya kereta oto?)

Apa-apa pun pun, ringankanlah hati untuk menyedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham Hussein Abu Hassan yang kembali ke rahmatullah lewat pagi tadi kerana komplikasi buah pinggang ya.

Sekian.

14 comments:

Pa'chik said...

al-fatihah.

err... tak muntah... temok ada la skit... eekeke...

Anonymous said...

hmm..
TAHNIAH!!
(read: ucapan itu sengaja ditaip dengan huruf besar beserta denga tanda seru sebagai tanda yang ianya satu ucapan yang 'besar' dan penuh emosi)

Haryani Kamilan said...

Aku percaya kau boleh memandu lebih jauh lagi!
Yakin Boleh!

blackpurple @ jowopinter said...

Itu baru kereta. belum lori lagi. He he he.

Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga roh almarhum dicucuri rahmat.

zizie ali said...

satu pencapaian yg amat membanggakan. tahniah.

Meen Zuleyka said...

x kira, kena gak letak iklan motor bacaria tu kat blog u yg glamer ni...tq syg...

sinaganaga said...

aku naik LRT yang tergelincir tu. *muntah*

Nazri said...

Tahniah. Ambil masa 3 tahun untuk kau buat begitu.

Maka kita tunggu 5 tahun lagi untuk ko pergi depan tol Karak dan mungkin 10 tahun lagi untuk sampai ke kampung.

Huahuahua...

Larikkkkk! Aida baling meja kat aku!

areyoung said...

pa'chik ~ temok tu apa?

rena ~ TERIMA KASIH ; )

raden ~ Tahniah juga sebab berjaya dalam pertandingan esei Fair & Lovely tu. Haryani Kamilan go! :D

blackpurple ~ lori tak kot ;p

zizie ~ aku dapat merasakan keikhlasan itu. terima kasih ; )

meen ~ ok, siapa nak menang motor sila klik meenzuleyka.blogspot.com utk tau cara-caranya @ dapatkan Bacaria dengar kadar segera yach. Pantasss! ;D

naga ~ ah. kau selalu bernasib baik. hidup kau tentu penuh warna kan. hehe.

nazri ~ dud, kadang-kadang takdir dah tentukan begini. 3 tahun aku mencuba, baru sekarang keberanian tu ada.

dan kau?

takdir menentukan belum masanya untuk kau dakap Elyana, Mandy Moore, dan yang lain-lain..

BWEKKKK!

boe~ said...

ya... takdir aku pun belum sampai nak bwk jet pejuang, terbang rendah di permukaan laut

~inilah saya~ said...

Selamat pagi cik!

kingbinjai said...

cis. itu je aku ingat ko dah start muntah muntah ha ha ha

maman said...

huuuuu...
heiii maman tak kate ey aida punye khaki tak sampe...ha...tu dusta saja..

Al-fatihah!

areyoung said...

oe~ wow, tinggi cita-cita tu..

inilah ~ err.. saya sudah bergelar puan ;p

kingbinjai ~ haha!

maman ~ sudah laa.. hmph!