Thursday, November 22, 2007

perkara ke berapa

Aku tak suka sebab bila dia bawak watak lelaki gatal, menjadi sungguh.

Aku tak suka sebab dengar kabar, dia poyo (siap letakkan nama dia pada motor dan kereta lagi!).

Aku tak suka sebab dia pernah kena tipu sebab nak nampak muda dan dapat gelaran.

Most of all, aku benci sungguh ayat 'kuat la pulokk!'

TAPI HARI ITU PERSEPSI AKU BERUBAH.

Apa yang aku nampak ialah seorang tua yang mengerah seluruh kudrat untuk nampak kuat (la pulokk!)

Aku lihat seorang lelaki tua dengan rambut beruban, terkial-kial untuk memakai gigi palsu.

Aku lihat kasih sayang seorang ayah pada anak dan isteri-isterinya.

Sesungguhnya, aku melihat warna-warni seorang manusia.

6 comments:

oe~ said...
This comment has been removed by the author.
oe~ said...

warnailah hidup anda..
aku pun cuba mewarnai hidup aku supaya tidak pudar.

blackpurple @ jowopinter said...

Memanglah. Bayi baru lahir saja yang warna putih bersih. Bila semakin tua, jadi warna-warnilah. :D

sinaganaga said...

aku pun tak seperti yang kau sangkakan. Ha ha.

Pa'chik said...

yang aku dengar dia berlakon dalam klip ini bukan budaya kita... itu kabar-kabar yang bertiup lah... entah dari mana sumber asal...

areyoung said...

oe~ mmg banyak warna dalam hidup saya ;)

black ~ cantik ke tak aje warna tu yg menjadi persoalan kan? ;p

naga ~ kau fikir, aku sangka apa? Ha Ha.

pa'chik ~ tak pernah dengar pula. waa, tau lebih dari wartawan hiburan ni ;p