Tuesday, September 04, 2007

Ditikam (aku mahu menulis 'rindu' tapi takut engkau muntah)

Percaya pada magis zaman kanak-kanak?

Demi tuhan, dahulu aku selalu merasakan zaman kanak-kanak aku adalah yang paling buruk, sedih dan basi berbanding mereka yang ditakdirkan untuk merasa makanan dan pakaian yang bagus-bagus sejak lahir dalam dingin air-cond, bersaksikan para doktor dan jururawat yang tersenyum tenang tanpa kalut-kalut menyahut teriakan pesakit di katil sebelah.

Aku juga fikir, menangguk ikan karin dan udang transparen dalam tudung saji emak, di bawah rembang matahari pagi yang sinarnya begitu mesra apabila sebati dengan kulit, tidak cool berbanding menyikat rambut Barbie di dalam bilik serba pink.

Hari ini, aku tidak tahu dan sungguh-sungguh tidak faham, kenapa pula kenangan-kenangan kampung yang tidak cool itu, terasa sangat basah dan menyenangkan apabila diingat kembali.

Malah, paya kecil yang mengalir ke kubur, kalbet sejuk yang redup dipayung pelepah sawit dan semak belakang rumah Mak Cik Mah sering menjadi escapism apabila aku rasa aku mahu lari dari masa. (Sampai sekarang aku juga hairan kenapa setiap kali bermimpikan kampung, semak belakang rumah Mak Cik Mah itu akan berulangkali muncul, terutama jika aku dikejar hantu atau berlari tanpa maksud).

Tahu kenapa aku tiba-tiba menulis entri ini dengan dada yang sarat dengan rasa rindu, kasih, damai, sebak dan segala bagai rasa syahdu? Kerana sejak ahir-akhir ini, aku begitu ingin menggenggam cita-cita, yang aku sedar aku mahukan itu sejak di bangku darjah 3, iaitu menulis!

Dan sebuah buku bertajuk Laskar Pelangi, karangannya Mas Andrea Hirata membuatkan rasa itu tidak terbendung lagi, membuatkan aku terlalu ingin menumpahkan segala rasa yang tidak pandai aku luahkan ketika kecil dahulu, dalam sebuah buku. Mungkin juga kerana ketika kecil dahulu, aku selalu merasa aku ini tidak difahami, justeru aku sangat ingin menyentuh hati kanak-kanak yang merasakan perasaan yang sama itu dengan membaca karya aku kelak.

Sebenarnya, aku malas membaca sejak meninggalkan sekolah namun dalam timbunan buku yang tidak banyak itu, aku benar-benar maklum ada sebuah karya yang paling aku sanjung - Totto Chan : Gadis Kecil Tepi Jendela.

Dan apabila membaca Laskar Pelangi, aku tahu bukan target untuk menjadi penulis best seller yang disasarkan oleh penulis kedua buku ini, namun niat yang wahid ialah membongkar emosi paling dalam yang tidak pernah karat dalam otak, agar sesudah itu mereka boleh tenang seolah-olah berjaya melangsaikan hutang pertama yang dibuat kepada teman sebelah di bangku darjah satu dulu. (Sekurang-kurangnya, itulah teori dalam angan-angan aku).

Barangkali bodoh untuk aku kongsikan di sini impian untuk menulis buku persis Mas Andrea dan Tetsuko Kuroyonagi dengan bakat serba comot yang aku ada. Tulisan ini juga sudah tentu bunyinya mengarut kerana aku menulis ini secara melulu, tergesa-gesa mahu melempiaskan perasaan yang terlalu sarat dalam hati ini sekian lama, tapi peduli apa.

Ini blog aku kan?

19 comments:

doff said...

tapi aku suka baca tulisan dengan bakat serba comot ko dan bahasa yang bunyinya mengarut itu.

kingbinjai said...

berapa bulan dah? hoooooooooooooooooooooo

Rjuna said...

tulisan kau yang hanya difahami kau sahaja , jangan mimpi ingin bergelar penulis jualan terlaris

Baiki tulisan kau, dan TULIS, cakap sahaja tak guna beb, aku cabar kau.

kel@mbu said...

aku penulis gagal.
alahai.

Pa'chik said...

aku suka baca cerita ko.. sungguh...

zaman kanak-kanak dengan selut dan lumpur... lagi besttttt....

nak buat karya bestselling... kena pandai ilmu jurujual...

blackpurple @ jowopinter said...

Menulis adalah satu kebebasan ekspresi. Tulisan kamu, bahasa jiwa kamu. Apa nak ditakutkan. Tulis saja!

Radenputri said...

Kalau aku boleh kuar 2 novel ko mesti boleh punya. Gaya penulisan ko lebih hebat dari aku beb, you are my idol! aku serius ni!

leez said...

i love totto chan, she's my idol.

areyoung said...

doff ~ terima kasih.

kingbinjai ~ bulan apa nih? ;P

rjuna ~ aku suka komen ni.

kel@mbu ~ gagal sebelum atau selepas menulis?

pa'chik ~ aku takde ciri-ciri jurujuallah..

blackpurple ~ betul! hmph.

radenputri ~ alahai.. terima kasih.

leez ~ leez! I baca blog u masa mula-mula terlibat ngan xtvt pemblog-gan lagi. (kalu tak silap orang la.. heheh)

*aku menggunakan perkataan terima kasih sebab aku dalam mood melankolia. Huhu.

TheBlogMaster said...

masih sedap dibaca.

takpe.. comot itu seni.
tapi comolot lain..

areyoung said...

theblogmaster ~ tapi masih ada satu yg sama dalam kedua-dua soal itu kan ;P

Mersik said...

Tak mengapa..

Sesekali perlu juga mendengar dari dalam diri..

areyoung said...

mersik ~ ya. ya. kalaulah aku boleh 'mute' kan suara itu kadang2 ; )

rena said...

yer.. ini blog kamu. maka tulis saja apa yang kamu mahu tulis.
yieehaa!!

areyoung said...

rena ~ lama tak nampak ;P

oe~ said...

bila aku menulis pasal klcc. sebolehnya aku nak org sampai boleh menyentuh, merasai dan memeluk klcc itu. bukan sekadar membayangkan saja

areyoung said...

Tulislah pasal satu subjek yang boleh dipeluk ;P

tuan tanah said...

Saya suka Totto Chan!

Gadis di Tepi Tingkap said...

Ok. Aku lambat setahun bila entri ini ditulis.
Tapi aku selalu rasa kau memang si kecil yang sangat istimewa. Sangat. :)