Wednesday, February 07, 2007

*Motor - Panggung Wayang - Escapism

Aku tak ingat bila kali terakhir aku membonceng motor tapi sedar-sedar semalam aku dah berada kat highway cuba mengimbangi badan daripada meleret melekap ke belakang badan alin yang menunggang skuternya dengan sungguh otai sekali.

Keras jugaklah Yan menunggu aku & Alin depan Poh Kong Bukit Raja tu, dalam pukul 8.15pm baru kitorang sampai. Yan nak tengok Hantu Jeruk Perut, tapi sian kat Alin pulak sebab dia tinggal sorang sekarang, Maman nak tengok Night At The Museum tapi aku dah tengok, sudahnya suara majoriti memilih The Holiday. Aku memang teruja gile nak tengok movie tu mengenangkan Jack Black berlakon kan.

Tak taulah sebab movie ni memang dragging atau perasaan aku je sebab tengok wayang dah malam, 2 jam 15 minit terasa lambat sekali berlalu. Ditambah aircond yang sejuk macam nak gila, scene pulak kebanyakannya melibatkan suasana sejuk, pundi kencing aku berfungsi dengan sungguh cemerlang.

Secara ringkasnya The Holiday berkisar kisah 2 wanita; Amanda, ceo kompeni buat trailer-editing yang berjaya dan Iris, penulis kolum Daily Telegraph yang bagus, tapi pathetic dalam bab cinta. Iris menjadi bodoh kerana menjadi hamba cinta kepada sorang lelaki di tempat kerjanya manakala Amanda punya masalah plak kehilangan 'feel' merasai kasih sayang sejak ayahnya meninggalkn rumah setelah berpisah ngan mak dia. Sebagai escapism, Amanda & Iris bertukar rumah ketika cuti Krismas untuk melupakan permasalahan yang melanda mereka. Amanda ke cottage comel milik Iris manakala Iris plak ke rumah mewah milik Amanda.

Kerana Amanda ini penuh dengan keberuntungan dari segi material, cottage kecil milik Iris itu barangkali boleh dibayangkan sebagai kebahagiaan yang tak tersangka, boleh berada di mana-mana, dengan cara yang tak terduga. Dengan apa yang ada pada dirinya Amanda boleh jadi kuat menerima apa sahaja possibility yang berlaku dalam hidup, namun lama kelamaan dia mula rasa macam batu. Di saat dia sepatutnya menangis, air mata sudah tidak mahu keluar lagi.

Manakala apabila Iris, yang sudah 4 tahun setia (&) gila kepada (so-cal) kekasihnya dan perasaannya mudah benar terbuai-buai walaupun apabila si jantan mengingatkannya kepada bikini merah (hello! lelaki mana yang tak teringat mende-mende gitu?) tiba di rumah serba lengkap milik Amanda, aku memandang yang kehidupan yang senang kadangkala mampu menjadikan kita seorang yang realistik dalam membuat atau menerima keputusan dalam hidup.

Tapi itulah, aircond yang sejuk -sedangkan scene kebanyakannya berlatarkan cuaca winter & windy, membuatkan aku menggeletar dan menguap beberapa kali. Mujurlah, Graham (Jude Law) sangattt hensem (kecuali masa bulu dadanya terpamer semasa dia berborak ngan Amanda di atas katil -euu!) dan Miles (Jack Black) masih menghiburkan.

Cuma kerana Diaz tu lebih popular dan langsing daripada Winslet agaknya, aku rasakan skrip yang memang dibuat khas untuk 4 pendukung watak utama ni lebih kepada Diaz. Akan tetapi, karakter Iris melontarkan banyak quotes yang indah-indah dan sungguh tepat sekali dengan realiti dunia kehidupan (yelah, dia kan penulis sedangkan si Amanda tu apa) jadi kemunculannya lebih diingati.

Setiap karakter berjaya memperlihatkan 'kepelbagaian' masing-masing, tapi The Holiday cacat sedikit kerana membiarkan kita tertunggu-tunggu terlalu lama untuk melihat sesuatu yang kita sudah tahu akan berlaku.

Menanti Graham dan Miles muncul, kita dihidangkan terlalu banyak scene yang tak berapa penting. Antaranya, ketika Iris berada dalam kapal terbang tambang-murahnya manakala Amanda dalam kelas pertama penerbangan untuk menunjukkan perbezaan antara mereka, tidak perlu sebenarnya kerana melihat jalan masuk ke rumah mereka pun sudah jelas perbezaan itu.

Kejutan pertama (yang tak berapa terkejut pun sebenarnya) apabila Amanda muncul di bar menghilangkan terus perasaan yang sepatutnya timbul semasa Amanda membuat kejutan ke rumah Miles. Dan Jack Black, biar pun menghiburkan, dia perlu buat sesuatu supaya orang (yang tak seminat aku kat dia) tak merasa bosan dengan karakternya yang itu-itulah.

Pada aku, apa yang membuatkan penonton akan terus melekat menonton The Holiday adalah, mungkin sebab nak tengok baju Cameron Diaz, muka hensem Jude Law dan.. apa lagi ye? Erm, mungkin adegan comolot kot. Apa pun, ni cuma pandangan orang yang BUTA FILEM macam akulah.


























Oh, ni ada beberapa quotes dari The Holiday yang aku rasa banyak berlaku dalam kehidupan kebanyakan kita~

Because you're hoping you're wrong. And every time she does something that tells you she's no good, you ignore it. And every time she comes through and suprises you, she wins you over, and you lose that argument with yourself, that she's not for you - Iris

Iris, in the movies, we have leading ladies and we have the best friend. You, I can tell, are a leading lady, but for some reason, you're behaving like the best friend - Arthur Abbott

@ sweet! sangat~

Iris, if you were melody... I used only the good notes - Graham
*aku sebenarnya nak taruk tajuk 'Percutian Bukan Escapism' tapi takut ada member terasa plak ;P

20 comments:

~inilah saya~ said...

Gambar tak kuar.

areyoung said...

Itulah Awak ~ Dah dibetulkan, tima kasih : )

Pa'chik said...

woit, bikini merah? yang mana? tak ingat la.
hahaha...
Tengok teaser poster yang Sheih Kickdefella buat, lawak sungguh.

sinaganaga said...

>>>*aku sebenarnya nak taruk tajuk 'Percutian Bukan Escapism' tapi takut ada member terasa plak ;P

Kita orang tak pergi Bali. Kita orang pergi Balakong. So, tak terasa sangatlah.

HA HA.

INDERA KENCANA said...

Hmmm... areyoung boleh jadi pengkritik filem yang berjaya...

Nazri said...

Tak terasa pun.

Kahkahkahkah!

$%#@&^%*%$#$!

sayangselasih said...

lama tak borak ngan aida ni..sekarang dah ajar dak2 SPM plak..dulu penah sebilik, tapi masa dan keadaan dulu dah tak sama macam skarang.

Kan aida?

MaMan said...

yup! memang best ar citer tu...
sejuk memang sejukan aida... sori la citer tu best sangat sampe maman lupa nak jadi lelaki budiman, lupa nak bagi baju sejuk maman ek?!

apa2 pong, malam tadi tu i jadi ladies! jangan jeles! huhuu

shazrol said...

..sori tak baca ulasan Aida lagik,...nak tengok cite dulu...

Pasal korang naik motor tu giler cool...;)

debikdebuk said...

KO pegi kat Poh KOng yang kena rompak tu ke???

kingbinjai said...

aku pulak nak terkucil rasanya bila baca entry ni

13may said...

aku rasa aku nak bercuti....satu
Percutian Bukan Escapism:)

Fairul Nizam said...

I mahu menonton filem ini kerana ada Kate Winslet. :). Dia sangat err... chunky. Haha.

blackpurple @ jowopinter said...

Aku jarang ke panggung .... Kalau nak tengok tunggulah format VCD/DVD (baca : cetak rompak) keluar....

Aku cuti tak cuti sama saja...!

he he he

zizie ali said...

kau 'buta filem'? jangan buat lawak. cara kau ulas 'the holiday' macam shebby singh ulas manchester united vs chelsea.

tuan tanah said...

Alamak... Lamanya sudah tidak menonton wayang! Rugi je bayar direct debit ke Cinemaworld tu bulan2.

*Tiada kaitan dengan entri. Saja meluahkan perasaan dalam blog orang lain. ;p

areyoung said...

Pa'chik ~ Kau lelaki baik, pa'chik. Aku tau ; )

Naga ~ Err.. aku ada mention Bali ke? Hiks

Indera ~ Tima kasih (walaupun cam tak caya je).Heheh.

Vovin ~ Eh, mmg takde kena mengena ngan.. err ko.

Sayang selasih ~ Nanie..?

Maman ~ I know u dud.. heh

Abg Roy ~ Tak se-cool naik beskal tua. Peh!

DebikDebuk ~ Yg lain kot? Tahlah. Takde sesapa nak ajak aku pegi ke? (Mana-mana Poh Kong pun boleh).

King Binjai ~ Memang sejuk ya amat!

13Mei ~ Bercutilah. Mana tau jumpa awek best masa bercuti tu.. hehe

Roy ~ Ya ya, Kate Winslet mmg chunky. And, she likes corny ;)

Blackpurple ~ Aku pun dah lupa sbnrnya movie terakhir aku tengok kat panggung be4 The Holiday ;P

Zizie ~ Oh.. (lap air mata)

Tuan tanah ~ Oloh, bz sangat ke. Sbnrnya bz pun takpe kalau kita suka dgn apa yg kita buat. Kalau tak bz pun tp semedang tension wat apa kan.

*Tiada kaitan ngan entry gak. Sekadar meluahkan perasaan, haha

areyoung said...
This comment has been removed by the author.
cik puan daun said...

aku sudah menontonnya.. Aku suka lah.. :)

areyoung said...

Mesti Daun ni pompuan kan.. heheh