Wednesday, February 28, 2007

Hantu Jeruk Perut Yang Melebih2

Oleh kerana Ghost Rider dah diwarnai merah - aku, Maman dan Addin tergaru-garu (kepala) memikirkan apa yang berbaloi dengan RM10 kami. Aku teringin jugak nak tengok Puaka Tebing Biru, tapi sebab Maman dah bagi amaran dia tak nak aku menyesal seperti dia beberapa hari sebelumnya, hasrat tu dibatalkan.
Akhirnya kami sepakat memilih Hantu Jeruk Perut. "Dengar kata ni filem paling seram kat Indon," kata aku menimbulkan perasaan teruja di hati kedua2 jejaka metroseksual tersebut dengan jayanya.
Maka, 40 minit kemudian terperangkaplah kami bertiga bersama puluhan yang lain dalam sebuah pengalaman yang seram (dan geram).
....
Hantu Jeruk Perut.
Cerita dimulakan oleh seorang pakcik tua yang sedang mencari frekuensi dangdut pada radio buruknya di tepi kawasan perkuburan Jeruk Perut (ceh! sebelum tu aku bayangkan jeruk perut merujuk kepada usus yang disimpan oleh seekor hantu perempuan berambut panjang kusut dalam balang di rumahnya). Tak taulah apa kenanya pakcik tu jadi bodoh duduk di situ (barangkali penjaga kubur agaknya) tapi yang paling penting adegan itu memperkenalkan kepada kami hantu paderi tanpa kepala yang bakal menjadi 'lead hantu' dalam filem ini (sepatutnyalah -nanti aku ceritakan kat bawah). Walau bagaimana pun, ini adalah satu-satunya scene di mana hantu paderi ini menunjukkan sifat baik dan kelakarnya kerana meminta api sahaja daripada orang tua tu sedangkan dengan watak-watak lain dia menjadi bukan main kejam lagi.
p/s kebodohan pakcik tua yang melepak di kawasan perkuburan tu akan menjadi biasa setelah cerita ini berjalan kerana rupa2nya ramai yang lagi bodoh dan gila daripadanya akan dipersembahkan selepas ini.
Apabila beberapa orang anak muda mengambil keputusan ke kubur berkenaan (ha kan!) selepas clubbing, Maman di sebelah dah mula menceceh. Macam tak logik aja, katanya. Aku pujuk dia dengan menyatakan budak2 tu tengah khayal, sebab tu buat kerja gila. Semata-mata nak tengok hantu maka budak bertiga ni mengelilingi kawasan kubur selama 7 kali. Sudahnya kesemua mereka mati dengan ngeri apabila sebuah kereta tiba-tiba muncul dan mencetuskan tragedi kematian tragis ala-ala Final Destination. 'Oh baguslah mati awal, dorang tak pandai berlakon,' aku masih cuba memujuk hati.
Kisah kemudiannya berkisar kepada Anna, penulis yang sedang membuat research untuk novel paranormalnya. Apabila dia berminat untuk mengkaji dan menulis tentang Hantu Jeruk Perut, dia mula diganggu oleh hantu perempuan persis Sadako. Oh dia bukan watak utama rupanya, sekejapan sahaja dia pun mati namun sebelum mati dia sempat menalifon Airin, seorang pelajar perempuan yang berminat untuk menjadi penulis novel popular sepertinya dan berpesan supaya Airin meneruskan kajian yang tak sempat dia sudahkan. Sejak itu Airin pun mula diganggu oleh sosok hantu perempuan berkenaan yang setiap kali muncul akan membawa bersamanya bunyi2an seperti air (selain atas dasar menimbulkan elemen seram tah apa kena mengenanya bunyi tu ngan hantu tu tak taulah) di samping hantu paderi tanpa kepala sekali sekala.
Barangkali pengarahnya tau setakat hantu paderi takde kepala belum cukup untuk mendatangkan jeritan di kalangan penonton, maka dia memasukkan juga hantu 'Sadako' berkenaan kat sini. Bilik air, bilik tidur, makmal sains dan hospital turut digunakan sehabis2nya untuk mengadakan pelbagai scene seram dengan mengabaikan sama sekali unsur logika. Hantu merangkak dari dinding, bola jadi kepala, hantu belakang jururawat, hantu belakang tirai mandi.. ah tak perlu tengok filem2 seram Hollywood, Korea dan Jepun lama2 sebab semua scene seram dalam filem2 tu dah dilambakkan kat sini!
Untuk mengambil hati penonton yang terkejut tapi rasa bodoh dengan scene2 tipikal ini agaknya, diadakan pula dialog seorang doktor stylo yang ironinya, menerangkan bahawa hospital yang menggunakan lampu malap dan ruang kecemasan sempit dan nampak lecah itu memang bakal ditutup kerana keuzurannya. Haha! (Belum masuk soal skirt pendek budak2 pelajar tu - apa di seberang pelajarnya boleh berskirt pendek bawah punggung?, pemilihan pelakon yang muda tapi memegang watak emak, rumah yang dah macam muzium dan aku sangat2lah tak paham kenapa orang2 dalam filem seram ni suka sangat buat kerja dalam gelap dan tidur di merata tempat dalam rumah?)
Diadakan juga watak2 berkonflik bagi menjadikan premis cerita nampak lebih 'sibuk' seperti cinta diam2 boyfren kawan Airin kepadanya dan si emak yang sering melayan depresi, namun semua ini masih tidak berupaya untuk menjadikan filem ini nampak bijak.
Sayang, pelakon yang baik seperti Angia Yulia (Virgin- filem yang ramai kata cuba menjadi seni sedangkan bermain dengan unsur seks tapi bagi aku masih bagus), berperan dalam filem yang terlalu berusaha untuk jadi seram namun hasilnya menjadi mengada dan melebih-lebih pula.
Yach, filem horror yang dimomokkan oleh syarikat produksinya sebagai filem terhorror di Indonesia ini memang 'horror' siot!





Katil (?), lampu merah, kerusi roda, bangku, troli, signboard bilik mayat.. asal boleh sinonim ngan elemen seram semuanya dilambakkan dalam ruang yang sempit ketika hantu bawak kepala lalu!

21 comments:

doff said...

errr citer poka tebing biru x best eh?? baru plan nak g tengok

Nazri said...

Siot, tak ajak aku tengok Ghost Rider!

(Ko plan tengok Ghost Rider memula kan? Kan? Kan?)

Aku ingat nak masuk kelas Yoga la. Nak kempiskan perut.

afzza said...

satu riview yang kelakar
macam bukan cerita seram

Sri Diah said...

Kat bilik air opis tu ada hantu lagi tak? cuba pandang belakang.. .ada tak?

INDERA KENCANA said...

Jap3x.. Areyoung,
Areyoung tak nyatakan pendapat Areyoung tentang filem ni...

Menyesal tak, tengok..??

pengeran cinta said...

Ada gak ide nak buat citer 'Hantu Jeruk Cili Padi' atau 'hantu Jeruk Bawang Putih'! Citernya siapa ske makan 2 resepi ni akan mati ngeri atau diberi kuasa oleh sang hantu untuk jadik Chef terkenal lawan Chef Wan. Mengarut tak pendapat aku...

Aida...
A'ah, aku kat Melaka, dah jadik orang gomen skang ni.

Pa'chik said...

hantu tu datang tak masa ko nak tidur? kalau tak.. tak seram la...

david santos said...

Hello!
All good
Thank you

13may said...

huiii...seram betoi!

hahha...

kingbinjai said...

kan ke dalam suratkhabar dah cakap cerita ni meleret leret?

blackpurple said...

Ha ha ha.

Itu yang aku malas nak tengok tu. Puaka Tebing Biru kau tak tengok..? He he he

thesandman said...

puaka tebing biru OK, breakthrough jugak...

Osman Ali la, come on!

areyoung said...

Doff ~ Maman kata tak best, aku tak kata apa lagi sebab masih belum tengok ;)

nazri ~ Baguslah.

Eh, Norma Norell tu, ada bukak kelas tak?

afzza ~ Cerita ni memang genrenya 'seram2 kelakar'

kak sri ~ Saya jarang pegi toilet yg banyak2 tu sebab takut. Biasanya pegi toilet yg 'single' kat bawah tangga tu je ;)

Btw, trailer Jangan Pandang Belakang nampak seram.

indera ~ MENYESAL!

pengeran cinta ~ Ko ni memang klaka, macam dulu jugak ;)

Oh, dah jadi org gomen. Baru ingat nak mintak check-in free, haha

pa'chik ~ Hantu akan datang kalau kita jadi bodoh gi cari dia macam budak2 dalam citer ni, haha

13Mei ~ Memang seram gile, hahah

kingbinjai ~ NIlah akibatnya kalo tgk wayang tak baca review dulu ;)

blackpurple ~ Aku tetap nak tengok jugak hasil kerja Osman Ali tu camana, insya-Allah

sandman ~ Tipu! Tipu! KO kan takut tgk citer antu?

p/s ingat lagi kisah masa preview Amityville Horror? Haha!

zizie ali said...

dlam bahasa indon, 'jeruk' membawa maksud buah mempelam atau manggo atau yg sespesis dgnnya. 'jeruk perut' mungkin salah satu species mempelam.
sekian. untuk makluman.

~inilah saya~ said...

ha ha ha

kamu mengulas dengan begitu manja nyer...

areyoung said...

Zizie ~ Itu yg aku fikir juga. Cuma, aku sangka perut tu merujuk kepada usus.. haha

Itulah kamu ~ Manja tang mana tak taww laaa tu

tomodachi said...

tulah, tengok wayang tak ajak orang sebelah..kan dah tak best..tapi betul ke memang tak syok cite tu?..tak tau pula wukud cite tutak pernah diuar-iarkan pong..ke abok yang tak mengikuti perkembangan semasa..hmm..
disebabkan pernah mengalami perasan tersebut yang kadang2 boleh menaikkan darah tinggi abok yang tak berapa tinggi ni,dah lama abok banned cite unsur genre ni setelah tengok cite2 seumpamanya dari Korea dan Jepun yang terkenal dengan hantu versi merangkaknya..contohnya A Tale of Two sisters, sampai sekarang tak faham2 jalan cite yang cuba disampaikan..aisey..so tempiasnya kena gak ler kat cite Indon...memang i takkan tengok lagi cite dari kedua-dua negara ' serumpun' ni...never ever...

areyoung said...

Abok ~ Biasanya citer bergenre cegini kalau bikinan Thailand ok lagi

yussman said...

best! best! aida bgtau sume orang citer ni tak best!

komfem, tak best la puake tebing biru hantu hijau yang dah ilang sket warna hijau nye tu...huhuhu

areyoung said...

Yussman ~ Tak apa maman, nanti aida cari yg cetak rompak tgk betul ke tak. Haha.

info8 said...

Norma Norell memang pun ada kelas untuk training tapi semua nya by appointment only, sebab beliau anggap semua clients nya adalah VIP. Kalau nak tau nombornya kenalah tanya media massa(tv, surat khabar atau majallah). Clients nya lah yg jadi living advertisers untuk syarikat Norma Norell.Kalau minat cubalah!