Wednesday, February 14, 2007

Nikmat Paling Lazat - TIDUR

Mengantuklah.

Kalaulah aku penulis bijak atau rajin, tentu aku sekarang sedang mengingat proses kimia dalam diri yang berlaku hingga terjadinya kantuk kan. (Malangnya aku tidak). Sebenarnya aku rasa mata aku ni rasa mahu terkatup dan tangan rasa berat nak diangkat. Anehnya aku tidak membayangkan tilam atau katil, tapi aku teringatkan impian yang dah lama aku pasang. Idea datang ketika aku bosan di sebuah kompleks membeli belah ketika bersama kekasih lama dulu. (Ah si bedebah itu!)

Oh ya, fasal impian dan mengantuk kan. Begini, kalaulah.

Kalau satu hari nanti aku sewa satu premis dalam pusat membeli belah, kemudian aku bahagikan kepada dua bilik; satu untuk lelaki, satu untuk perempuan. Di dalam bilik itu aku letak pula langsir sebagai pembahagi, ada 8 katil misalnya. Dengan bayaran RM10 untuk setengah jam, kau boleh tidur sementara orang rumah membawa anak-anak membeli pakaian atau kau boleh merehatkan kaki setelah penat membeli tingkap. Kau rasa kau berminat tak?

Bagi tahu aku, mana orang lelaki yang betah menemi perempuan membeli belah? (Kalau ada pun itu mungkin di awal fasa dating atau berumah tangga). Lelaki lazimnya akan terus menuju ke tempat barang yang dicari, acukan pada badan kalau hendak membeli baju misalnya, kemudian terus bayar kalau berkenan. Habis kuat pun, mereka akan mencuba di fitting room.

Kalau perempuan, kita perlu meneliti setiap urat dan ira yang ada pada barang. Maklumlah, kita kan orang teliti dan tidak semborono.

Tapi itulah, kau berminat tak?

13 comments:

blackpurple said...

Bagi aku, aku bukan tidak suka menemani perempuan bershoppiong tapi akhir-akhirnya cuma akan menjadi tempat bertanya pendapat yang perempuan itu sudah tau jawapan dan pilihannya. Lelaki mengangguk cuma untuk mengesahkannya saja, tidakpun untuk menjaga hati.. Bukan beli apapun, cuma penyangkut baju..!!!!

Wah...wah... bila sudah putus bergelar bedebah pulak ekk... he he he..

Nazri said...

depend jugak.

Kalau dia nak belikan aku baju, aku oke je.

Pa'chik said...

bila dah lama.. kau sediakan pulak khidmat mengurut sekali.. haha..

Pa'chik said...

err.. kamu... agak rajin juga sekarang ni. kan? haha..

Inilah Saya said...

iyer...iyer...saya berminat

Zzzz...Zzzz...Zzzz

Iyer...kebelakangan ini kamu sangat rajin sekali. Sambil menepuk2 bahu pa'chik. Alah elek lah pa'chik kita kan kawan baik...

ha ha ha

kingbinjai said...

nimat paling lazt - tidur? yeke? oh kau belum kawin kan? patut la... ha ha ha

zizie ali said...

bapa adalah orang yg paling dipercayainya. Sebab itulah bila ayahnya berkata perkara yg paling nikmat ialah makan buah durian dia amat percaya. Namun amat mengejutkan bila sebaik sahaja dia berkahwin. Habis pokok durian di kebun ayahnya ditebang. Sejak hari itu dia tak percaya lagi pada bapanya.

pst..setuju juga cadangan menyediakan khidmat tempat tidur di pusat beli belah. malah patut juga disediakan di stesen bas, stesen keretapi, komuter, lrt..

INDERA KENCANA said...

Amboi, si bedebah dipanggilnya..??

Berminat apa? Shopping ke idea membuka bilik tidur tu..??

Inilah Saya said...

Lupa mau tanya. Bila boleh naik status dari "baru suka" kepada "dah kenal"?

tuan tanah said...

Idea bagus ni.

Dulu - Saya bosan ya amat kalau temankan mak atau mak lang saya shopping, berjam2. Belinya tak. Tapi sekarang saya rasa saya pun dah mewarisi genetik itu juga.

Tapi memang idea kamu tu bagus sangat. Kalau kamu nak buka di pejabat saya pun saya alu-alukan, tapi FOC la ye! ;)

sinaganaga said...

Kat dalam bilik tu - ada pelayan yang tepuk2kan bontot aku sebelum nak tidur tak weh?

areyoung said...

Blackpurple ~ 'Huh, alassann!'

Nazri ~ 'Manyak kacakk?'

Pa'chik ~ Tukang urut tua boleh? Sebab kata sorat kabar kebanyakan tukang urut muda tiada pengetahuan dan silap urut, bawak bahaya.

Rajinnn. Ikut perangai sapa..?

Itulah dia ~ Belum sempat saya jawab kamu udah tidur?

Kingbinjai ~ Dah kawen tak tidur ke? Ops.

Zizie Ali ~ Isk2. Apa yg tak kena ngan bapa kingbinjai tu?

Di stesen bas, stesen keretapi, komuter, lrt.. takyah sediakan pun boleh tidur jugak kan.

areyoung said...

Indera ~ Berminat tak nak tido kat bilik tu masa isteri tengah shopping?

Itulah dia ~ Kena jumpa dululah ;)

Tuan tanah ~ Pssst! Kamu tak pernah tidur bawah meja kat pejabat ke?

Naga ~ Haha. Tepuk pakai kaki bleh..?