Tuesday, February 13, 2007

Karya Pertama

Kejap-kejap ketuk kotak-kotak kekunci, kemudian berhenti. Ketuk-ketuk lagi, garu belakang telinga. Terlebih garu, pedih sebab kulit di situ nipis.

Tap! Tap!

Tapppppppp! Backspace ditekan.

Ah susah rupanya! Rasa nak menjerit tapi kang ganggu orang sebelah pula. Kalau di rumah barangkali aku sudah menyembam ke dalam bantal sofa. Jerit kuat-kuat sampai hati puas. Tapi lumrahlah, kita ini bukankah macam sesumpah. Ok, perempuan mana yang tak pernah sendawa? Tapi, apakah engkau akan berbuat begitu di depan kawan-kawan? Ah, lelaki pun sama juga. Mencarut sana sini, jumpa perempuan letak tangan atas meja, keluarkan falsafah macam dialah Giacomo Casanova.

Acap kali, aku naik hairan memikirkan macam mana waktu di tingkatan 3 dulu aku boleh terfikir nak berhenti sekolah untuk hidup dengan menulis dan melukis kartun saja (kononnya). Tiap-tiap malam aku ketuk mesin taip second hand hadiah daripada mak dan taip macam-macam cerpen dan sajak.

Passion. Mungkin itu yang aku hilang agaknya. Dulu, hati aku membuak-buak rasa nak menulis. Nak-nak bila cerpen pertama yang aku karang dan hantar ke sebuah majalah komik keluar dalam majalah tu isu September '95. Punyalah kecewa aku bila tup-tup nama penulis pada cerpen tajuk 'Kebarung Hijau Pucuk Pisang' tu, ditaruk Adi Wijaya. Malulah wei, cerpen tu dibuat oleh sorang budak menengah rendah!

Hari ni bila kesempatan dah ada, tak jadi-jadi jugak. Mungkin jugak sebab aku risau kot. Aku dapati karya-karya sekarang penuh dengan perkataan atau frasa yang kadangkala buat aku tertanya-tanya, ‘Walawei, dia orang ni hafal semua falsafah dan terms biologi dalam otak setiap masa ke?’. Aku cuba-cuba juga 'google' sambil mengarang tapi sudahnya rasa macam apa-apa.

Ah, persetanlah dengan penulisan-penulisan yang membayangkan engkau dah mengembara ke serata pelosok dunia, pernah mendayung perahu di setiap lautan terkemuka, kenal jenis-jenis peluru dan punat pesawat segala!

Aku cuma nak menulis apa yang di depan mata. Apa yang aku, engkau, engkau, engkau dan dia tahu dan rasa. Okey, mungkin engkau lebih tau daripada aku, tapi siapa suruh engkau tak mau jadi penulis? (Ya, mungkin penulis yang menghafal nama-nama peluru itu sebenarnya memang jauh lebih pandai daripada aku, memang mereka pernah masuk sekolah tentera di mana-mana, cuma aku yang tak tau).

Aku mau menulis karya ringan saja sebenarnya, tapi bebas. Yang aku risaukan, terlalu banyak karya-karya 'tingkat tinggi' menguasai pasaran. Di sebelah sini ketinggian tahap imaginasinya hingga hero engkau perlu bersajak di balai ketibaan, di sebelah sana pula tahap pemikirannya sampai engkau perlu menulis tentang kedut katil selepas senggama. Aku mahu berada pada garis halus di tengah-tengah, namun mampukah aku dilihat nanti?

‘Wei, cerpen untuk tiga muka surat perlu berapa patah perkataan ha?

...................................

* Jadi macam satu tanggung jawab pulak bila aku ala-ala berjanji ngan sorang kawan nak join projek buku dia. Terpaksa aku cuba membuang sumpahan malas dalam diri, tapi ini je hasilnya. Weh, aku cuba tau!

9 comments:

kingbinjai said...

kau naktulis yang ringan? tulis aje tentang "Ptbhhh!"

Pa'chik said...

kau tulis cerita pasal kapas... ringan..

aku rasa kau dah terlebih rajin masa sekolah dulu... tu yang malas sekarang ni...

sinaganaga said...
This comment has been removed by the author.
sinaganaga said...

Berhentilah dulu! Mari bersama aku; minum teh tarik.
:)

13may said...

tulis buku hapa nih????

areyoung said...

King Binjai ~ Ptbhhh! ->>ini bukan ekspresi gembira.

Pa'chik ~ Tak, aku ingat nak tulis pasal kuman.

Sbnrnya, masa sekolah dulu pun bukanlah aku rajin sangat.. rajin hal2 yg tahapa2 jek ;P

Naga ~ Ala, Vovin cakap dia pun dah lama tak jumpa Naga sbb memasing bz.

(Rupa2nya bz entertain awek jepun ye.. hahah)

13Mei ~ Tak tau nak jawab apa ;P

~inilah saya~ said...

Susun cantik-cantik yer.

Ahh! mungkin membaca dan membuat sedikit kajian boleh membantu. Pastikan kamu mendapat sumber yang 'authentic'.

Jangan lupa...susun cantik-cantik yer.

boe~ said...

ada org menulis dgn fakta
ada org menulis dgn khayalan
ada org menulis dgn peristiwa
ada org menulis dgn pengalaman
ada org menulis dgn kajian

dan ada juga org yg menulis
dengan rasa...

areyoung said...

Itulah dia ~ Satu daripada susunan yg cantik tu aku jumpa kat entry 'telanjang' dalam blog sapa tah ;P

Oe ~ Selamat kembali ;)