Friday, August 11, 2006

Kenapa Curang..?


















Waah.. rupanya aku dah silap menilai filem2 Hindi. Banyak yang dah bagus sekarang, antaranya baru aku saksikan pagi tadi, Kabhi Alvida Naa Kehna (Never Say GudBye).

Filem ke4 Karan Johar ni cukup mengagumkan peminat drama cam aku. Gila! Gila!

Sapa2 tlg bagi tau macam mana si Karan ni boleh buat filem yang sarat ngan konflik jiwa yang sangat2 benar ni? Mana dia dapat buat skrip yg sangat2 real ni? Gila!!

Filem ni berkisar tentang Dev (SRK) & Maya (Rani) yang bertemu buat kali pertama beberapa minit sebelum perkahwinan Maya. Maya ni pompuan yg tak pernah merasa jatuh cinta & bakal berkahwin ngan kawan sejak kecik, Rishi (Abishek) manakala Dev plak lelaki yg berlawak kasar & dah berkawin ngan Rhea (Preity). Pendekkan cite, si Dev soh Rani kawin je ngan Rishi tu.. tok sah tunggu cinta pasal kalau kita tunggu cinta belum tentu kita akan jumpa, silap2 tak kawin sampai ke sudah.

Tak lama pastu Dev eksiden & kejadian tu mula mengubah pendangan Dev terhadap hidup. Siot.. betul sungguh. Kadang2 walaupun kita dah ditemukan dengan org yg baik kat kita, kita terlalu mengada2 sampai sibuk nak gali kata2 pasangan kita sampai ke akar walaupun dia kadang2 tak bagi kita ayat bermetafora bagai.

Si Dev yg ego sbb hilang keupayaan sbg ketua keluarga rasa tak berguna & melindungi kelemahannya dengan menjadi perengus manakala si Maya ni plak terlalu emo, sibuk bertanya kat hati camana agaknya bila jatuh cinta.

Bila kau tak bersyukur ngan apa yang tuhan dah bagi, setan memang senang sangat nak menyusup. Kau namakan itu prsahabatan, kononnya atas dasar nak bertukar bicara hati, sudahnya sama2 hanyut.

Melihat Dev & Maya menemui kegembiraan apabila menjalin hubungan terlarang membuat aku merasa sedih. Sungguh benar sekali. Kau tau kenapa orang boleh curang walaupun pasangannya perfect? Sebab aku rasa camni. Masa kau bercinta kau rasa nak tau sangat tentang diri dia. Bila kau berborak ngan dia, berkongsi cerita.. kau dengar sungguh2 sebab memang berminat. Alah, ko fikir macam ni ajelah. Kat ofis kau ada sorang awek cun. Satu hari kau nampak dia menangis kat tangga, masa tu tak ada orang. Ko tanya dia kenapa? Dia pun ceritalah, balak dia mat rempit, pastu pukul & pau duit dia.. dia nak berubah.. bla bla bla.. masa tu ko tentu akan cair kan. Balik rumah malam tu silap2 takleh tido pikir macam mana nak selamatkan hidup awek cun tu kan?

Tapi bayangkan pulak masa ko balik rumah tiap2 hari.. pastu bini ko merungut pasal makanan kat kafe ofis dia tak sedap, dia teringin nak cat umah kaler purple muda, nak pergi tengok filem remake kat wayang... berapa kerat yang akan dengar penuh minat & respon macam yang diharapkan? Itulah yang Maya tak dapat daripada suaminya. Dan Dev.. kesibukan bini dia buat dia kian tercabar.

Curang biasanya bermula daripada perasaan rasa terabai. Perasaan ni akan melahirkan berontak yang akhirnya membuatkan kita rasa tak salah walaupun crang. Bila dah curang & kita rasa bersalah pun, akan ada perkataan TAPI yang akan menghalalkan tindakan kita tu akhirnya.

Aku nak tengok balik filem ni.

Karan Johar.. I LOVE YOU-lah!!!

13 comments:

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

hi aida,

thanks for giving some info filem hindi yang terbaru ini. yus mmg menanti sgt filem terbaru SRK. Tentu ia filem yang hebat dan mempunyai lagu2 yang menyayat hati. tak kisahlah kisah curang or whatever, tentu ada sebab ia difilemkan sebegitu. tentang karan johar, dia mmg pengarah yang hebat. dia ada team utk mengarang dan menulis citer2 yang hebat ini. apapun, everything perlu berbincang antara satu sama mereka. baru wujud file2 sebegini... keep it up.

p/s: aida, filem ni bila akan dilaunching ?

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

yus sdg cari vide klip or trailer filem ini. boleh selit kat blog yus. thanks...

areyoung said...

Yus, filem ni dah start tayang 11 Ogos tu hari.. paginya press preview, kul 2pm dah setat dibuka utk tayangan umum : )

Unknown said...

Yusairi jom tengok wayang sesama

Opis I dekat pintu gerbang simpang empat TLDM-Lumut tu je-lihat kiri ada 1 lot rumah kedai-Taman Permata

pastu kita gi Arasu* yek

Note: Arasu ialah satu-satunya pawagam lama/kuno di Sitiawan

kalau sesiapa ada wang nak jadi kaya, bukalah 1 pawagam moden diantara MANJUNG-LUMUT-SITIAWAN

areyoung said...

Rjuna, sepupu aku kije kat Fajar.. baru putus tunang tu hari ;P

Unknown said...

Sepupu aku kerja kat Fajar..baru putus tunang

Maksud Tersirat:Kenal2 la ngan dia yek..mana la tau nanti kawen leh la jumpa ko, payah betul nak jumpa ko ni.

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

hi aida & arjuna...
arjuna ni betul ke stay kat taman permata tu. hmmm, yus stay kat area2 belakang fajar. yus ni pun pernah putus tunang bbrp tahun lalu. kini sdg mencari teman utk kenal2. :) so, aida utk arjuna je ke ?. hehehehehe... untuk yus takleh ke ?????.

p/s: yus masih menanti VCD filem KANK tu. sesambil tu skrg ni sdg asyik dgn Tamara Blezinski. Senyuman dia mcm aida. :)

Delly said...

Aida, I would recommend you to watch Kal Ho Naa Ho and Hum Tum too...filem moden macam KANK jugak :). Kadang-kadang berat pemikiran to go for english movies je, apatah lagi filem Beneath Still Water ekk...heh..heh..so sesekali layan hindustan ada pekdahnya. Lagipun hindustan sekarang dah so much advanced, lagu2 pun dah kurang and issue is more relevant to reality..taklah asyik cinta antara dua darjat je.. :) keep on watching the next, next karan's movies.

areyoung said...

[R-juna]
Ada aku mention sepupu aku tu pompuan?

[Yus]
Aida? Tamara Bleszynski? Jap2.. nak lap air mata ni...

[Me!]
Aku nak tengok sampai bila ko rajin apdet blog..

[Dellyzz]
Err.. pinjam vcd/dvd bleh..?

Delly said...

VCD/DVD takde arr...citer tu dah lama..tunggu main kat tv nanti ek masa raya...tapi yang Kal Ho Naa Ho tu dah main ape masa raya ari tu...

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

"aida, kenapa pula kena lap air mata ni ?. Ada masalah ke dgn mata aida waktu tu ?", getus hati yus ingin cuba menanyakan kpd aida yang sedang makan mee goreng mamak yang telah dibeli kat warung di area pejabatnya.

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

yus dah nonton kal ho na ho & hum tum. dedua dilakonkan oleh preity zinta. sebuah filem yang berunsurkan cinta dan sukar nak jangka apa kesudahan cerita tu, pernuh debaran dan sensasi. apapun, this story tell us about live & love relationship.

Unknown said...

[14 Komen]

Tahniah anda berjaya membuat Rjuna merasa jeles dengan 14 komen-1 artikel

maybe aku patut tutup mesej box aku pas ni