Tuesday, August 08, 2006

Aku Perempuan

Ko pernah tak rasa apa yang aku alami ni?

Macam ni.. ko rasa bila ko borak ngan satu orang tu kan, ko dapat rasakan ko sangat2 faham apa yg dia nak katakan walaupun ayat dia belum abis. Bila dia bercerita, ko boleh nampak emosi yang nak dia sampaikan melalui matanya aje. Kalau dia semangat, ko rasa pancaran semangat dari mata dia tu hampir buat kau rentung!

Tapi ngan satu orang ni pulak, ko rasa kekok abis. Bila dia bercakap ngan ko, ko dapat tengok anak mata dia cam lari-lari.. rasa tak selesa sangat macam kita ni ada skandal ngan bapak dia. Pastu bila dia wat lawak, kita gelak tak seikhlas hati.. gelak sebab kita sama-sama Melayu je. Kita nak buat lawak ngan dia? Takde feel lah!

Pastu bayangkan camni pulak. Ko nak suruh orang terdekat ngan ko bagi semangat ni. Ko pun ceritalah ko plan tu.. plan ni... nak buat tu.. nak buat ni... tapi orang terdekat tu tak bagi respon yang ko harapkan. Ko hangin. Ko nak suruh dia berubah. Ko sepatutnya cuma kata kat dia, "Supportive la sikit.. nanti saya pun wat camtu kat awak, okey?" (sambil tersenyum manja). Jadi dia pun akan kata, "Eh mana ada.. takdela..." dan keadaan jadi biasa, tak tegang, tak girang.

Masalahnya ko tak cakap camtu. Nak suruh dia jadi supportive je, tapi ko sibuk mukadimah berjela2. Ko ceritakan kat dia tentang kisah ko masa kecik-kecik dulu... masa ayah rotan ko depan kawan-kawan, pastu ko jadi marah.. & bertekad nak satu hari nanti nak ada famili yang bahagia.. bla bla bla.. by the time sampai part nak suruh dia jadi supportive tu muka dia dah biru bosan!

Sebenarnya apa masalahnya kat sini? Mula-mula ko akan fikir orang terdekat tu bukan dalam kelompok orang para dua.. tapi kemudiannya ko akan mula risau..

.. barangkali ko yang berlebih-lebih!

3 comments:

yusairi said...

hi aida@areyoung,

bila aku membaca setiap situasi itu, aku terfikir nak tambah situasi je.

pernah rasa tak bila kita jelaskan sesuatu padanya dengan harapan kita mahu dia minat dgn apa yg kita ckpkan tapi dia kelihatan tidak minat lalu nampak mcm2 minat je. kekadang rasa mcm bosan je dgn org mcm tu. selain supportive kdg2 si pencerita memerlukan perhatian yang khusus dan kalau si dia tidak minat, ikhlas berterus-terang. takdelah menipu kedua-dua pihak. :D

sorry aida, buat menyibuk je tambah2 situasi kat blog aida.

apapun, yus rasa situasi kedua sering berlaku dan ia disebabkan tiada persefahaman dan minat yg sama. YUCK...

regards,
yusairi

Zack said...

aku slalu jek rasa camtuh. tp di sebabkan aku ni dah kawin, nak buat camner..

eh lupa, nanti aku link ke blog aku ye. baru jek jumpa blog kau ni.

areyoung said...

[Yus]
Pernah sangat-sangat...

[Zack]
Tima kasey la Zack.. hiks