Tuesday, July 08, 2008

'Sepi Itu Indah'

HARI ini, lahir sebuah filem yang berjaya memberi keterujaan kepada penggemar filem tempatan; tidak kiralah sama ada ia berjaya meraih kutipan yang membanggakan mahu pun tidak kelak. Manakan tidak, kesemua penonton terutamanya mereka yang pernah mengagumi filem Cinta pasti ternanti-nanti apakah Kabir Bhatia, karyawan yang dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia tahun ini mampu mengulangi keindahan Cinta yang masih sukar dilupakan.

Jawapannya, ya. Namun biarpun berkali-kali Kabir serta penulis skrip, Ara dan Mira Mustafa mengingatkan audien agar tidak mengenang Cinta ketika menonton Sepi, ada satu faktor yang membuatkan elemen Cinta terus diingati. Pautan cerita tidak boleh dijadikan persamaan kerana dalam Cinta, kelima-lima kisah boleh hidup tanpa bantuan kisah lain manakala dalam Sepi pula, terdapat satu babak yang memberi nyawa kepada ketiga-tiga watak di dalamnya.

Apa yang sama ialah ‘signature’ Kabir iaitu kesempurnaan dari sudut visual atau kerja kamera. Cerewet Kabir dapat dilihat apabila dia menyatakan ketidakpuasan hatinya pada visual ketika tayangan perdana bersama media dan ‘bloggers’ baru-baru ini sedangkan kecacatan itu kurang ketara pada pandangan mereka yang hadir menonton pada hari berkenaan. Pendirian Kabir terhadap soal visual juga terpercik dari nota produksi yang dititipkannya bersama CD yang mengandungi babak dan siaran akhbar Sepi. Menurut pengarah yang yang juga suami Mira ini, dia percaya penonton yang mengeluarkan RM10 perlu dihiburkan dengan visual yang tidak diperolehi mereka dengan menonton televisyen di rumah.

Tiga subjek utama di dalam Sepi ialah Adam, Sufi dan Imaan. Adam, seorang chef pastri yang hidupnya dilingkari kawan-kawan dan keluarga yang ‘happening’ tetapi dia sebenarnya kesunyian tanpa teman hidup. Sufi pula seorang suami yang terbeban dengan penyesalan setelah kehilangan orang yang paling disayangi dalam hidup dalam keadaan tidak terjangka. Manakala Imaan pula, gadis manis yang tidak mahu melepaskan cinta yang telah pergi kerana takut sepi.

Kedatangan Ilyana dan Suzie, Marya dan Zain serta Khalif dan Ean merubah warna hidup Adam, Sufi dan Imaan namun keindahan penceritaan yang dicantumkan dengan baik oleh Kabir ini tentunya perlu dinikmati sendiri pembaca yang mahu menonton Sepi kelak tanpa sebarang ‘spoiler’ di dalam ulasan ini. Pun demikian, kecemerlangan Afdlin membawa watak Adam yang selamba, Nasha dengan watak Suzie yang kecoh dan Pierre sebagai Khalif antara yang paling menyerlah bagi penulis.

Terdapat faktor ‘x’ sebenarnya yang membuka hati Adam, Sufi dan Imaan untuk keluar dari kesepian dalam hidup mereka. Sama ada kita sedar atau tidak, daya penarik seseorang individu lain kepada kita biasanya tidak sama biar pun secara asasnya kecantikan lahiriah menjadi imbasan pertama yang mengundang minat. Dalam Sepi, ada haruman kamelia, ‘humming’ Aku Bukan Untukmu dan bait puisi yang berjaya menjentik rasa di hati karakter utamanya dan faktor ‘x’ ini bagi penulis, bagai kudap-kudapan yang menyedapkan lagi filem ini.

Dari sudut lain, Eja masih cemerlang sebagai Marya yang hidup dalam kesedihan, cuma barangkali impak lakonannya menjadi sederhana setelah sekian banyak watak sedemikian telah ditanganinya. Ean yang dipertanggungjawabkan kepada Syed Hussain pula, boleh dianggap bagai persembahan yang biasa-biasa sahaja namun tidaklah sampai mencacatkan. Mungkin atas sebab pengalaman yang lebih dasar, watak Zain lakonan Riezman Khuzaimi yang hanya muncul dalam beberapa babak ternyata lebih mendatangkan kesan.
** ~ **
Sebenarnya, ulasan (kalau layak digelar demikian) ini aku dah lama aku buat untuk siaran Sinar Harian.
Tapi, sesuatu yang ingin aku rekodkan kat sini... sesuatu yang lebih menjentik aku dalam Sepi.
Ntah napa, aku tidak dapat melupakan Suzie (Nasha Aziz) dan anak Sufi yang bagi aku lebih malang sebab cinta mereka tidak mendapat tempat yang sewajarnya. Suzie dijadikan objek escapism oleh jejaka yang dia puja dan ditinggalkan begitu sahaja apabila si jejaka itu mendapat apa yang dia mahu manakala Sufi pula, lebih sibuk menangisi cinta yang pergi dan memancing cinta baru daripada menghargai kasih seorang anak yang sudah tentu lebih luhur.
Tapi itulah, dunia ini kan bukan simetri. Jangan cari keseimbangan sebab hanya Yang Di Atas saja yang ada hak untuk menjawab tentang itu.

15 comments:

Pegawai Khalwat said...

Ya cik puan.
Aku setuju sangat.
Lama dah aku tak teruja untuk menonton filem Melayu (walau pengarahnya bukan Melayu).

Aku rasa berbaloi sangat dengan RM7yang aku bayar untuk tonton filem ni (aku bukan di KL).

oe~ said...

smlm aku ke alamanda. nk tgk kungfu panda. tapi dah habis. jadi pilihan kedua ialah hancock atau sepi. dan aku pilih hancock w'pun aku penah tgk cinta dan terhibur. nanti carik cd lah... tgk kat rumah sorg2 baru la sepi sikitt.

Mohd Fazli said...

akak nape letak nick saya anak polis..
nk tergelak tengok..

pengeran cinta said...

gembira dengan kejayaan ko dapat lucky draw...

Hmmm...cuma rindu nak lepak macam dulu...

Sri Diah said...

Huwaaa... memang berhajat nak tengok Sepi tapi seisi rumah ini bukan jiwa Sepi. Harap-harap dapat tengok sebelum, ia habis di panggung. Tahniah dpt lucky draw tu. Boleh tumpang duduk sebelah?

kingbinjai said...

aaaaa pening

oe~ said...
This comment has been removed by the author.
oe~ said...

dear u... senyap je... dah lama tak jenguk blog saya yg sepi tu. nape... sedih woooo

areyoung said...

pegawai ~ Tapi dengarnya, kutipan tak brapa memberangsangkan. (Ala.. tak terkejut pun kan ;P)

oe ~ Hari tu tengok Hell Boy 2. Best jugak : )

pali ~ Alaa.. pe salahnya. Anak polis yang 'mengetuai crime'.. ironi kan? Haha!

pengeran ~ Melaka pun tempat yang best utk melepak ; )

k. sri ~ My Pleasure : D

king ~ awatnya?

oe ~ Blog u i tengok takdelah sepi sgt apa semenjak dua menjak ni ;P

areyoung said...

oe ~ Btw, macam mana peminat Jack Black bole miss tgk Kungfu Panda? Huaaa!!!

meenzuleyka said...

sepi itu menakutkan aku...lebih2 lagi selepas tgk film JPB...

oe~ said...

nanti nk cari cd... thanks:)

Rjuna said...

Sedang menunggu vcd/dvd filem ini release (Afdlinisme)

Pawagam di tempat ku mengamalkan diskriminasi, filem WANTED (tahi) lebih diagung-agungkan.

S.YanaZ said...

aku juga kepingin menonton sepi...

tp bila yea.:(

Mr PenyuBiru said...

tak berkesempatan layan citer nie.mungkin kena tunggu lepas 44 hari. huhu..