Thursday, May 01, 2008

Ayat Ayat Cinta

Sepatutnya aku ke KLCC menonton Ayat-Ayat Cinta semalam. Tapi itulah. Hidup akan sentiasa berwarna-warni kalau aku bersama beberapa manusia yang sudah aku kenal pasti salah seorangnya adalah Botak.

Apa yang berlaku, kebaikan hatinya telah membantu seorang manusia lain dan dalam masa yang sama, meluluhkan harapan manusia yang lain; yakni aku.

Maka, kami masih berpusing-pusing di KLCC ketka jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Untuk menyenangkan hati sendiri dan dalam masa yang sama menyakitkan hatinya, aku membuka Klasik.fm.

Apa yang berlaku, manusia berwarna warni itu masih mampu membuka mulutnya tanpa henti dan bercerita soal sejarah Malaysia yang tidak tepat, perempuan eksotik berdada tipis dan misi hidupnya untuk bergelar haji.

Dalam perkembangan lain, aku memerlukan maklumat daripada siapa-siapa yang baik hatinya (seperti Botak) untuk memberitahu aku tempat makan yang femes, sedap atau unik di mana-mana tidak kira di KL, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak atau Sarawak.

Tolong aku, dan aku akan bayarkan teh tarik kamu kalau kita ada jodoh untuk bertemu nanti. Ok.

13 comments:

Delly said...

Ya akak sudah tonton Ayat-Ayat Cinta tapi bisidi pirated jelah. Emm...mengecewakan, not as good as the novel. The main character memang disappointing habis, yang bagus sikit cuma watak maria dan aisyah. Filem Islam tebaik kata Pak Yudhoyono kerana dia pun pergi menonton sambil menitis-nitis air mata, tapi nilaikan sendiri nanti ok.

areyoung said...

Ingat nanti nak cari pirate gak nanti ;P

Apa tempat makan best kat melaka tu eh.. uhuhu

Delly said...

Ni apsal sibuk cari tempat makan nih? :) Kalau di Melaka yang bestnya cam biasalah ikan bakar. Cari di medan ikan bakar serkam atau umbai.

Tok Rimau said...

JB.

Makanan johor: Gerai depan masjid Kg Melayu.

Seafood: Anjung Senibong/ Restoran bintang- Kg. Senibong

Kalau ada sesi foodtasting, bawak Tok.

areyoung said...

Tima kasih tok :)

sinaganaga said...

Oit2! Aku tao satu tempat makan yang best kat Jepun. So, mcm mana ni, kita pergi ke sana, tiket kapalterbang dan penginapan siapa mao bayar?

areyoung said...

Takmolah.

(Sah-sah aku kena tinggal sementara dia pegi jumpa Miyuki karang)

oe~ said...

kat bangi ada bnyk kedai yg cantik2 dan unik2. tapi kesedapan makanannya masih diragui.

areyoung said...

tulah masalahnya... banyak kedai yang cantik tapi makanannya kureng ;P

afza said...

cuba try test restoran murni ss2 pj

areyoung said...

Afza ~ thanks. Nak cuba nanti ;)

cik daun said...

ni bukan entri pasal mkn tapi sumer orang tulis pasal tpt makan...

Di Taman Megah belakang Lim Kok Wing lama.. William's.. Western food. Tempat sangat tak cantik. Tapi makanan super sedap!

Hantu said...

Salam,

Anda harus membaca novel 'Ayat Ayat Cinta'. Menyebakkan hati!

Sudah membaca versi Malaysia, tetapi menyukai yang asal.

Kucari yang asal dalam bahasa Indonesia tak jumpa, apa boleh buat, muat turun sahaja daripada internet dan baca e-book novel itu.

P.S Senyuman kamu manis dong!
P.S.S Tempat makan yang paling sedap ialah perut yang lapar.