Friday, March 21, 2008

Akhirat yang hazab

AKU sangkakan perasaan benci akan kebah memandangkan aku menonton Akhirat lewat Selasa lepas. Tapi tak.

Bayangkan. Habis saja tayangan aku membuat beberapa kesimpulan. Pertama, aku membuat rumusan bahawa inilah filem paling tepat untuk menimbulkan ketegangan kaum, fikiran atau apa saja yang seumpamanya. Sebab, selepas habis menontonnya kau akan rasa nak merusuh. Kedua, bagi tau aku apa kata makian paling sucks yang boleh diberikan kepada sesuatu produk yang mengecewakan. Sebab kalau ada, aku mahu kalungkan di leher pengarahnya.

Aku tak tau apa yang ada dalam fikiran Vanidah Imran sampai dia mau membintangi filem ni. Kata seorang kakak, Vanidah tak bersalah sebab skrip yang mula-mula diberi kepadanya tidak sama apabila penggambaran berlangsung. Aku rasa, itulah alasan paling baik boleh terluah dari mulut Vanida sebab dia pun mesti malu melihat hasil filem ini.

Akhirat mempersembahkan sinopsis yang cukup menarik. Katanya: Akhirat merupakan senaskhah coretan tinta hitam yang membelenggu kehidupan seorang wanita suci kerana nafsu serakah manusia durjana. Akibat dari tragedi malang itu kehidupan Mira semakin pudar setelah dia disahkan menghidap penyakit yang amat menggerunkan. Konflik melanda apabila dia tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai isteri...

WAH, WAH , WAH. Kemain lagi sinopsisnya. Taglinenya pulak – the beginning of the end katanya. Tang mana akhiratnya dalam ini cerita, aku pun tatau!

Pernah dengar bagaimana filem dengan elemen porno nyaris-nyaris meruntuhkan industri perfileman Indonesia dan membuatkan filem-filem Bollywood menjadi murahan? Bagi aku, inilah filem yang boleh menjadikan trend ini terjebak ke Malaysia jika dibiarkan. Plot sukati pakcik dia, skrip huru-hara, skor muzik ketinggalan zaman dan aku tak nampak tang mana best-nya sinematografi bagi filem ini sekali pun pengarah fotografinya diambik nun dari Mumbai. Kalut.

Jalan cerita bancai. Tau siapa paling aku kesian? Ustaz Asri dari kumpulan nasyid Rabbani tu. Tah sapa punya kerja, dipanggilnya ustaz yang tak bersalah ni untuk membaca doa bagi kesejahteraan filem ini sebelum tayangan. Aku pasti, ustaz mesti beristighfar apabila perlu menonton bagaimana unsur seks dimainkan untuk membeliakkan mata penonton kemudiannya. Hello... kalau betul filem ini mahu memasukkan elemen moral, Mira takkan senang-senang pakaikan adiknya dengan baju terbelah sampai bontot pastu disuruh tidur dalam biliknya. (Itu lagi menyeksa laki adalah ;P). Untuk mengaburi mata, dipakaikan pula bapak Mira (Jins Dhamsuddin) dengan songkok, pastu Mira dan suaminya berbusana batik tanpa mengira waktu.

Tau kenapa aku marah sangat? Kerana aku pernah menonton Virgin, filem yang berkisar bagaimana seorang gadis cuba mempertahankan daranya, yang dibikin di Indonesia, namun unsur seks yang dieksploitasi di dalam situ pun tidak sebusuk Akhirat. Sama ada penulis skrip dan pengarahnya terlalu risau yang penonton Malaysia ini bangang sehingga susah nak faham maka perjalanan cerita terlalu tertumpu untuk memahamkan audien bahawa Mira tak dapat main dengan suaminya kerana HIV positif; atau dia memang mahu menggunakan seks sebagai senjata pelaris filem ini, tak tahulah aku.

Yang nyata, ia dilakukan secara keterlaluan. ‘Balik hantar bil air’, ‘I wanna make love with u’, ‘sori pasal pagi tadi..’, ‘kita dah lama tak bersama..’ dan banyak lagi diungkapkan semata-mata mahu menunjukkan betapa gersangnya husben si Mira ini tadi. Akibat terlalu lama dan syok menumpukan perhatian dalam soal memahamkan penonton tentang hal inilah, berlaku kebodohan melampau apabila plot bergerak macam siput tapi huru-hara. Jalaludin Hasan muncul dalam dua scene sebagai ketua penyangak penuh misteri, pastu wataknya lenyap begitu sahaja. Adi Putra pula ditampilkan kemain samseng, tapi kena tangkap polis sekelip mata. Dan apa gunanya lagu-lagu dalam filem ini? Tolonglah. Biarkan Bollywood dengan cara mereka dan belajarlah dari kegagalan teruk Diva.

Aku fikir begini. Mungkin masa mula-mula nak buat filem ini mereka mahu sesuatu yang melankolik dan boleh mengalirkan air mata. Di pertengahan produksi, mereka mungkin bertukar fikiran dan mahukannya lebih kepada muzikal tapi sudahnya, mereka terfikir pula untuk memasukkan unsur komedi. Agaknya itulah pasal laki Mira mengungkapkan dialog ‘Mira demam dan cirit birit dari tadi’ ketika mahu memberitahu isterinya itu perlu dihantar ke hospital a.s.a.p.

Kalau tanya pendapat aku, jangan la pergi tengok filem ni. Tapi kalau rasa dah kemaruk sangat dengan serba sikit elemen seks yang terhidu di dalamnya, pergi cari bisidi kaler langit lagi baik!

32 comments:

Meen Zuleyka said...

tulisan ni utk sinar ke....

sinaganaga said...

errr.... ada sex oral tak?

Pa'chik said...

wujud jugak pilem macam ni?

err... cakap ngan pengarah dia... buat pilem untuk henset dah lah... ekekeke....

areyoung said...

meen ~ i wish

naga ~ 'i'm a sex addict' lagi mulia dr ini filem rasanya ;P

pa'chik ~ tak besa tgk kat henpon kot.. tu yg jadi lagu ni.. hahah

Delly said...

Err..heroin dia vanidah ke? :P

Delly said...

Sayang, sawang dah takde ok! Come visit me.

Lily Abdullah said...

Young,
Fuh..nasib baik x pergi nonton lagi. Tgk publisiti cam best je.

Wahai pembikin filem...Filem P. Ramli tak perlu exploit sex dan wanita; nasih digemari hingga kini.

Haahaha. Salam kenal.

Lily Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ini bkn filem akhirat.
filem neraka kot. hehehe

Pa'chik said...

liliair,
piramli pun ada pilim seksi... hahah... teringat cerita yang norazizah pegang dua watak tu, hamidah dan rafidah... pastu pilim doktor rushdi.. sophia ibrahim... haha.. yang ni... seksi maut lah untuk sebuah pilim melayu...

Lily Abdullah said...

Yes..aku terlepas pandang chik

Meen Zuleyka said...

Congrat! I dah baca Sinar...headingnya sahaja sudah cukup menceritakan segala2nya dan i tak perlu baca sampai habis.

Tok Rimau said...

Filem dakwah rupanya. Aku fikirkan filem iklan promosi batik malaysia.


Friendly Reminder: Deadline 1 April makin hampir.

Diktator Gangguan Teksual.

Amyz! said...

Tengok poster pun tak lalu nak tengok movienya.

Haha.

boe~ said...

"bodoh bangang bangsat". nak kata seni jauh sekali. nak kata sbb bisnes? boleh laku ke kalau mcm ni? ni bkn zaman 80an..susah nk cari bahan. skrg kt hp pun ada. malu lah.. takde idea lain ke. 'ooi pengarah n penulis filem, pergi la kursus dulu baru bikin filem.' ilmu takde.. ek elehh!!! tgk thundercat lagi bagus. BOIKOT!!

areyoung said...
This comment has been removed by the author.
areyoung said...

delly ~ iye.. dia patut dpt razzie award tahun ni utk akhirat!

eh ye la.. sawang dah bersih ;D

waterlily ~ salam. errr, penah tgk dr rushdi? ;P

kelambu ~ mmg pun. hahah.

pa'chik ~ baju tido sarimah dalam tu.. gila ah ding dong!

meen ~ haha.

i blom baca lagi psl tok mun dlm bacaria. kata dak sinar yg ke terengganu hari tu, byk gak citer menarik psl dia.

tok ~ faham tok.. hihi

amyz ~ tau takpe!

oe ~ ni marah sgt ni.. dah pegi tengok ye? ;P

boe~ said...
This comment has been removed by the author.
boe~ said...

tertengok kt melodi. heroin tu kata "jgn campurkan perasaan dgn kerja"(berlakon la tu). berlakon tidak boleh menghalalkan cara. nak cium, nak raba, nak mabuk, nak romen bini org... alah berlakon je.. mana boleh!! kalau boleh aku pun nak berlakon. dapat cium jenifer aniston ke, cameron diaz ke.. dapat romen evolet 10,000bc ke... tapi mana boleh!! CARA BARAT LAIN. CARA KITA LAIN. jgn sesekali benarkan idea barat ni masuk ke dlm kehidupan kita. rosak nanti...

Nazim Masnawi said...

"Pertama, aku membuat rumusan bahawa inilah filem paling tepat untuk menimbulkan ketegangan kaum, fikiran atau apa saja yang seumpamanya. Sebab, selepas habis menontonnya kau akan rasa nak merusuh."

Ha! Ha! Now that's classic.

areyoung said...

Oe ~ Matlamat tak menghalalkan cara.

Titik.

Nazim ~ Dud, aku sungguh tak sangka kau akan ke sini ; )

boe~ said...

maksudnya?

jagoan said...

Kalau gitu, lebih baik buat VCD pendidikan seks je :D

Tok Rimau said...

1. Hampir separuh gagal menepati garisan mati. Saya faham kamu ada komitmen lain. Oleh itu, garisan mati dilanjutkan ke 7 April 2008.

2. Jika ada masalah kewangan, hantar Doc dulu. Bila along dah bagi pinjam wang, baru hulur wang pula.

3. Bagi yang sudah hantar, saya ucapkan terimakasih. Saya sempat membaca sekali lalu semua entri. Amat teruja. Tak sabar nak terbit.


Yang Benar
Tok Rimau

LATEST UPDATE
http://gangguan.blogspot.com

areyoung said...

Oe ~ aha?

ah tok ~ no komen...

tok ~ i-i sir!

zizie ali said...

terima kasih. kau telah jalankan tugas seumpama tukang kecap makanan raja. kalau ada racun kau mati dulu.
menontonlah filim-filim baru kita. buat prebiu. untuk elakkan kami tertelan racun.

Delly said...

eh blog aida plak yang bersawang ni....

orang kampung said...

fuyoooo....sama sekali membantutkan deria rasa aku untuk tengok cerita ni. memula tu rasa nak tengok sebab aku nak tau apa yang best sinematografi akhirat ni, ye la kan sebab ambil kameramen langkau beberapa buah negara dan laut.

--kensellllllll--

anjang

shazrol said...

Tulah, kalau nak buat filem test lah dulu buat independen,
macam ni

http://filemindipenden.blogspot.com/


Bedebar tunggu kritikan Aida.;)

Tok Rimau said...

Saya tahu anda berusaha keras.

Jika manuskrip Gangguan Teksual anda tidak sampai kepada saya pada 13 April 2008 12 tgh, maka saya akan rizab penyertaan anda ke projek buku lain yang akan datang.

Gangguan Teksual perlu diproses tanpa anda bagi membolehkan ia diterbitkan pada 1 Mei 2008.

C'mon cayang. You can do it! Buktikan wanita juga boleh. Buktikan benda ini kacang bagi kamu! Buktikan kau cinta pada aku! Yakin boleh!

Cek http://gangguan.blogspot.com/ untuk perkembangan terkini! Cover buku yg cun!

13may said...

ishhh....rasanya penah datang sini dulu...

maaf, rasanya saya kehilangan URL anda...

have a nice day!

:)

satu sen said...

saya budak baru belajar. meh tgk blog saya www.ringgitsatusen.bolgspot.com