Tuesday, July 31, 2007

Haru Biru

Tadi satu-satunya manusia yang biasanya paham apabila aku mengarut telefon. Satu yang aku suka dengan kawan yang seorang ini, dia tidak pernah jemu menalifon aku walaupun aku tak angkat panggilan telefon sebelumnya, haha.

Sudah, aku bukan nak cerita pasal kau, Nazri!

Oke, tadi aku katakan pada nazri, aku cinta sama Haru Biru. Katanya, kau tak baca blog aku eh? (Helloo... lu sapa? Haha.)

Jadi tadi, aku buka blog dia. Dan baca ulasannya pasal Haru Biru. Dan ulasan itu kembali mengingatkan bagaimana aku memuja (terlalu poyo perkataan tu, maafkan aku) filem ini setelah usai menontonnya. (Ya, secara percuma nok -jangan jeles).

Gila!

Gila!

Aku tak pernah fikir akan ada filem segila ini akan keluar di pawagam Malaysia dalam waktu terdekat ini, ketika aku belum bersedia untuk menerimanya.. haha.

APA PUN sebelum korang yang baca tulisan aku ini merasa teruja dan pergi menonton Haru Biru kemudian angkat jari hantu kat aku sebab ia tidaklah seagung mana, biar aku jelaskan.

Raja Azmi penerbitnya? Melihat pada ideologinya sebelum ini, aku tidak expect filem ini aku akan suka. Tapi bila dengar Adlin yang buat skripnya, aku fikir aku harus mencuba.

Dalam masa yang sama, aku risau juga jika dia mengecewakan aku seperti Saniboey dulu. Saniboey dahulu, aku cukup gemar baca ulasannya tentang filem dan lagu, namun bila dia buat 7 perhentian bersama David Teo, aku berasa sedikit kecewa (kecewa juga kenapa dia berhenti setakat itu ha? Aku masih teringin melihat hasil kerja seorang pengkritik ;P).

Sebelum tayangan, aku beli McD untuk dijamah ketika tayangan. Apa yang berlaku, aku tak sempat makan burger tu sampai ke sudah sebab aku terlalu sayang untuk tunduk mengambil burger tu. Percaya tak?

Sejak intronya ketika Que tengah dapor, pastu bunyi kereta berlanggar diikuti siren polis.. dah cukup untuk buat aku melopong.

Dan ya Nazri, aku juga 'suka gila' (aku perlu taruk calit tu supaya korang tak salah faham) bila Dynaz beristighfar sebelum dia menyerahkan diri pada Kid. Hisap dadah lebih teruk dari berzina? Cukup dikatakan, ini adalah lambang 'kejujuran' skrip Adlin ini.

Dud, aku fikir cuma orang yang pernah duduk dalam kepompong boleh tulis kisah rama-rama dengan bagus kan? Haha!

Dan harus aku katakan di sini, aku juga cukup tabik pada kualiti gambar filem ini yang compang camping. Haru Biru betullah!

Tahniah Adlin. Tahniah Shadan. Dan tahniah paling besar aku kalungkan pada Que Haidar dengan bakatnya yang gb tu!

Ada beberapa scene masih belum terjawab kan? Oke, mari kita nantikan sekuelnya kalau filem ini boleh jual k (syhttt.. nanti aku kena marah sama Raja Azmi)

WEI. Filem ni lagi baik dari filem P Ramlee tau! (Dr Rushdi? Haha.)

Minta maaf, tulisan ini dibuat dalam keadaan teruja dan tergesa-gesa. Tengoklah berapa banyak (!) yang aku taruk dalam tulisan ni ;P

23 comments:

Pa'chik said...

oit.. cerita la ditel sikit...


err.. dr rushdi.. lucah!!

Rjuna said...

aku pun mahu menonton filem ini selepas membaca ulasan si vovin

ya vovin aku suka kamu.

kingbinjai said...

aku terlalu kecewa dengan 7 perhentian

meenzuleyka said...

Bila penerbitnya Raja Azmi, lagi i suka tonton...sebab akan ada banyak kontroversi selepas itu...percayalah...

areyoung said...

pa'chik ~ tengok la.. baru tau ;P

rjuna ~ aku? ;P

kingbinjai ~ aku kecewa saja ; )

areyoung said...

meen ~ ya. raja azmi dan kontroversi itu kan akrab ;P

blackpurple said...

Wah! Cara kamu bercerita ini macam bagus sangat cerita itu. Ini yang membuat aku bernafsu untuk menengoknya. Tapi....... nanti-nantilah, bila keluar dalam format DVD. :D

[Dr Rushdi itu filem seorang doktor yang paling tak berpedoman pernah aku tonton. Huh!]

Pa'chik said...

ko paham tak tempat aku neh takde tempat untuk tengok wayang??

err... alasan untuk beli sidi pairet.. kekeke....

faridmw said...

best sangat ka cerita tu....

tegezoot said...

Awak membuat hati saya tergerak utk menonton.

areyoung said...

blackpurple ~ tak berpedoman.. ya, tu perkataannya!

pa'chik ~ sudahlah pa'chik. ko mmg ada je alasannya.. hiks.

farid ~ best. bagi aku la ; )

tegezoot ~ tak suka jgn salahkn saya plak ;P

amyz! said...

owhh. Not another review that can influence me to watch this movie~~~~

Aku masih 50-50 mahu menonton atau tidak.

kel@mbu said...

mcm serius best je..

areyoung said...

amyz ~ erm, nampaknya perlukan 1% je lagi ;P

kel@ambu ~ serius best(bagi aku la!) haha.

WaWa said...

err.. cd cetak rompak ada jual sampai uk x? aku nak tonton juga.

areyoung said...

Wawa! aku takut adlin marah kau karang.. hahah ;P

Indera Kencana said...

Bagaimana dengan lakonan Betty Benafe dalam filem tu..??

areyoung said...

cam biasa, betty banafe takleh buang slang arab dia.. hahah. kalau nak tengok dia bukak pintu ngan flying kick boleh la tgk filem ni ;P

oe~ said...

ahad mlm baru ni aku gi tgk rat.ta.to.ee. tp tertidur dlm panggung sebab keletihan.. :)

areyoung said...

aida tgk filem tu isnin lepas ; )

khys said...

"Dud, aku fikir cuma orang yang pernah duduk dalam kepompong boleh tulis kisah rama-rama dengan bagus kan? Haha!"

tak juga. dgn pemerhatian tajam dan penyelidikan yg teliti, seseorang penulis skrip yg bagus mampu meyakinkan penonton yg dia berkemungkinan besar 'seorang perompak yg ganas', 'bekas pembunuh kejam', 'pernah travel ke angkasa lepas', 'pernah hisap dadah' dan sebagainya, sedangkan itu semua hanyalah sekadar cerita rekaan berdasarkan pemerhatian dan penyelidikannya.

tapi, betullah, kalau ada experience sendiri, lagi senang nak tulis skrip, tapi tak semestinya kena ada experience sendiri, mungkin hanya dgn mengkaji experience org lain. penulis skrip yg membuat penyelidikan berkemungkinan besar lebih mempunyai pengetahuan tentang sesuatu topik berbanding org yg ada experience itu sendiri.

- sori, panjang :)

areyoung said...

khys ~ ya, ya. aku ngaku ko betul ; )

SANIBOEY said...

Bukan tak mahu berkarya lagi sebenarnya tetapi sedang menantikan peluang yang benar-benar boleh dianggap peluang. Aku sudah ada karya yang baru sebenarnya dan sekarang menantikan saat yang benar-benar pasti untuk melayarkannya. Insya-Allah air yang mengalir ini akan mengalir ke tempat yang sepatutnya.