Monday, August 27, 2007

Lelaki ini

Hari itu.

Semua mata melirik pada pemilik kemeja putih berambut paras bahu. Wajah kokonya manis dicalit kompak warna senada lengan.

Tangan dihulur; meja demi meja. Kebanyakannya membalas senyuman lelaki itu dengan pandangan penuh takjub pada mata, pada hidung, pada mulut, pada rambut, pada gigi, pada baju, pada seluar, pada jam, pada segala-gala yang ada pada dia.

Zie, yang sejak dulu tergila-gila pada lelaki itu - hingga pernah berkata mahu jadi perempuan kalau lelaki itu suka padanya, mengambil kesempatan bertukar ciuman di pipi. Iklan --> "Ah, berlaga pipi lelaki-perempuan pada zaman sekarang tidak membawa sebarang makna istimewa ya," kata Fasya Sandha dengan penuh sopan.

Lelaki itu pun sampai di meja kami.

Masing-masing. Tangan dihulur. Senyuman manis.

Pst, aku bukan seperti mereka tahu. Aku malah sempat menyokong lawak lelaki tulen di sebelah dengan mengekek apabila dia memperkatakan sesuatu. Tentang lelaki itu dan peminatnya, sudah tentu.

Tapi. Kenyitan mata separa spontan itu! Baru kini aku tahu, kenapa mereka tergila-gila padanya.

(Uh.. tapinya, aku belum termasuk dalam kelompok mereka oke?)

Ohhh...

14 comments:

Rjuna said...

Shahrul Anuar Bin Zain kah?

aaaa!! aaa!!

aaaaa!! aaaa!!

bang anuar sain kat dada.

doff said...

dan juga lesung pipitnya

cuma belum la sampai tahap aku nak bergambar berlaga pipi dengannya ;)

Pa'chik said...

err...
(Uh.. tapinya, aku belum termasuk dalam kelompok mereka oke?)

mungkin kah akan termasuk suatu hari nanti?


kekekek...

afterwork8 said...

Apa kurangnya i dari dia ha!
Tak kuasa tau! Mmhpst!!

areyoung said...

rjuna ~ hiks!

doff ~ tak nak jadi fasha? ;P

pa'chik ~ err.. tak mungkin!

afterwork8 ~ dah u asyik bz je!? ;D

kingbinjai said...

sejujurnya, aku tak faham

kemat said...

aku macam king..mungkin kami ini masih dibawah umur utk memeahami kisah disebaliknya

blackpurple @ jowopinter said...

Lelaki ini, lelaki itu. Isk!

oe~ said...

lelaki itu? aku pegi gym nak dapat badan mcm brad pitt dlm filem troy

oe~ said...
This comment has been removed by the author.
areyoung said...

kingbinjai ~ alaaa.

kemat ~ haha ;D

blackpurple ~ sama saja ;P

oe ~ woaa! ;P

TheBlogMaster said...

ko laga pipi ngan dia gak ke aida?
hehe

areyoung said...

theblogmaster ~ aku masih belum masuk kelompok mereka ok ;P

amyz! said...

ah, biar org kata lelaki itu tak termasuk dalam kelompok lelaki tulen pun. aku tetap gilakan dia. haha.