Saturday, July 28, 2007

Tuhan menguji, kita menduga

Ada satu kejadian yang aku alami dalam dunia kerja, membuatkan aku belajar bahawa nilai sesuatu yang diberi itu bukan terletak pada 'besar harganya' tapi sejauh mana kita mengharapkannya. Apa yang berlaku biarlah aku simpan saja dalam otak selama mana aku mengingatnya, tapi ia memang mengajar aku sesuatu.

Oke, pernah tak alami macam ni.

(1)

Kau tengah sedap makan kat satu kedai dengan kawan-kawan. Tiba-tiba datang satu budak comot, muka ala Myanmar, tadah tangan dia sambil buat muka simpati.

Dalam masa 3 saat:

Kau pandang kopiah dia, susuri muka dia yang kau tengok tak adalah comot sangat, baju melayu kusam yang dia pakai, pastu selipar biru kedam di kakinya. Kau rasa, dia tak adalah susah sangat kot.

Cepat-cepat, kau geleng kepala dan sambung makan tanpa rasa apa-apa. Yang sempat kau cakap dalam otak cuma, 'sindiket ni'.

(2)

Kau jalan ke lrt Putra Masjid Jamek atau Puduraya misalannya, tuju ke kaunter nak beli tiket. Tiba-tiba, datang satu mamat pintas langkah kau.

"Assalamualaikum. Bang/kak, mintak tolong sangat. Saya nak balik Segambut ni, tapi dompet saya kena kebas. Kalau akak ada 2 ringgit pinjamkan saya dulu boleh, nak buat tambang la.. tolong la bang/kak."

Kau rasa cuak. Kau pegang beg kuat-kuat.

"Takde duit kecik ah-" Dan kau berlalu pergi laju-laju, tinggalkan dia terkulat-kulat.

Dalam fikiran kau mencongak, 'Kalau aku bagi, tah-tah dah sepuluh orang dia buat gitu... senang-senang dapat RM20. Tak nak aku tertipu sekali!'

GITULAH tuan-tuan dan puan-puan, corak pemikiran aku selama ini.

Faktor aku berfikiran macam tu mungkin kerana ketika aku masih hijau di KL ni, aku pernah bagi RM10 kat sorang mamat di Puduraya sebab dia kata, dompet kena kebas tapi dia kena balik kampung sebab bini dia sakit. Aku jatuh kesian bila tengok mata dia yang rabak. Aku mula terbayangkan kaki lima yang sejuk, mamat tu tidur mengerekot sambil mengenang nasib yang malang, tak cukup tidur semalaman sebab risau.. (Ya, masa tu aku tak tau apa-apa, tak kenal lagi muka orang pekena bal, dam dan sebagainya).

Punyalah sepupu aku marah, siap leter lagi kat aku kata aku dah kena tipu. Tapi sebab jiwa aku masih suci masa tu (hiks!) aku katakan padanya, biarlah kalau aku kena tipu pun sebab niat aku ikhlas. Kalau mamat tu tipu, itu soal mamat tu dengan Allah sebab yang penting, aku dah tunaikan tanggungjawab aku sebagai manusia. Sepupu aku terus terdiam, tapi dia tak tau apa yang dia katakan tadi telah mengasuh aku jadi prejudis.

Atau kalau pun tidak sebab sepupu aku tu sepenuhnya, aku fikir mungkin surat khabar dan majalah 3 jugak berjaya mendidik aku dan masyarakat supaya berfikiran negatif pada peminta sedekah atau mana-mana manusia yang datang meminta tolong, aku fikir. (Tapi, media tidak boleh disalahkan sebab apa yang dipaparkan ada benarnya juga, kan).

HARI ini, aku fikir aku mahu mensucikan sedikit jiwa aku yang kusam ni apabila memandang pada insan yang tak bernasib baik. Aku rasa aku perlu buat macam tu sebab bila aku fikirkan balik, kadang-kadang tuhan mungkin mahu menguji kita.

Sekeping syiling 50 sen mungkin tidak ada apa-apa makna bagi kita, tapi bagi seorang yang lapar, kegembiraannya mendapatkan sebungkus roti inti kelapa dari itu mungkin mengalahkan kegembiraan kita mendapat kerja pertama.

Nilai sesuatu tu bukan terletak pada besar sesuatu yang diterima, tetapi sejauh mana kita mengharapkan pemberian itu berada di atas telapak tangan kita.

Hei, cuba fikir. Kau terlalu risau kau akan tersilap memberi duit 20 sen pada anak kecil yang kau rasa anggota sindiket, hingga menghilangkan risau yang engkau sebenarnya membuatkan dia lapar sebab tak cukup duit nak beli makanan.

Bagaimana pun, kalau yang datang menadah tu kau lihat cukup sifat, cukup umur, sempurna pakaian, mata rabak lain macam, beg duit untuk mengisi huluran orang pun macam baru atau tiap-tiap hari dia itulah yang kau jumpa di situ menadah, hah.. itu mungkin kena fikir semula 2 kali sebelum menyeluk poket!

17 comments:

Pa'chik said...

kata seseorang yang aku kenal...
dia bagi saja, kalau orang tu tipu, itu dia ngan tuhan. Dia tak rugi. Tetap juga dikira sedekah. kata dia.
janji ikhlas.

Rjuna said...

aku pernah KENA.

selepas kejadian itu, aku agak memilih kalau ada orang mintak tolong, kalau nak tipu pon aku harap ilmu lakonan dia mantap.

aku paling bengang kalau diorang guna budak2--"bang derma untuk rumah anak2 yatim bang.. sambil hulur kalendar dan CD lagu nasyid"---nak je aku soal budak tu, ni buat kalendar ngan cd pakai duit mana pulak?

areyoung said...

pa'chik ~ aku mao jadi kawan ko tu. serius.

rjuna ~ haha. ko sama cam aku. kadang-kadang.

kingbinjai said...

aku mula berfikir....

meenzuleyka said...

cuba pergi kat CM, ada sorang mamat cacat ni duduk atas kerusi roda...tak tahu sekarang ada lagi ke tak. Tapi dulu aku pernah nampak dalam diam-diam dia mampu beli hp ya dgn mengutip duit sedekah orang...camne...

areyoung said...

kingbinjai ~ mari terus berfikir ;)

meen ~ mungkinkah henfon tu sedekah orang? ;P

oe~ said...

tangan yg memberi lebih baik daripada yg menerima... lapangkan dada, ikhlas, dan berilah, belanjalah, mungkin dgn perbuatan ini, dapat mensucikan jiwa dari sifat bakhil, tamak dan selfish. cuma berhati2 kpd siapa kita memberi. dapat gaji jgn lupa byr zakat pendapatan. sbb itu adalah wajib.

Delly said...

Biasanya pun akak akan bagi saja. Cuma kengkadang tu, namanya derma, tapi derma tu fixed ya..RM10 untuk dapatkan buku free. Derma apa kenamanya tu...
Dan kalau ingat masa pesta buku di PWTC, kat entrance dekat panpac tu selalu depa hulur buku kat kita, dan cakap buku tu free aje. Tapi bila kita dah pegang buku tu, mulalah cakap dermalah, apalah.
Daripada bengang kena tipu camtu, baiklah hulur derma kat pengemis2 jalanan tu.
At least diorang tak mengelirukan kita, diorang pengemis dan suka hati kita nak derma berapa saja.
Tak kisahlah kalau mereka pelakon yang hebat pun...

sinaganaga said...

Orang baru kahwin banyak duitkan (duit hantaran) - aku nak pinjam RM10 ribu dari kau boleh?

areyoung said...

oe~ betul : )

delly~ itulah. kadang-kadang derma secara terus tu terasa lebih telus kan?

naga~ cagarannya? ;P

debikdebuk said...

kedua2 nya aku dah kena. then aku bagi je. Niat aku, kalau betul, betul la.. kalau dia tipu...nak buat guane..

13may said...

dunia sekarang:
kesian la kat diri sendiri sebelum nak kesian kat org lain...

areyoung said...

debik ~ betul tu : )

13may ~ nanti org tak kesian kat kita sebab kesian kat diri dia dulu camne? ;P

kel@mbu said...

sejak beberapa kes berlaku kt diri sendiri prejudis aku hilang.

klau diorg minta duit aku prefer belanja diorg makan.

tp kalau diorg nak beli tiket. aku boleh belikan tiket terus di kaunter.

tp sejak aku mula berniat mcm tu dah jrg org nak pau aku lagi. aku tertunggu2 juga

tegezoot said...

saya pun pernah kena kes hilang dompet, byk kali. Ada skali tu kelmarin cerita sama, hari ni pun cerita sama(sebab dia tak perasan yg saya org yg sama)

areyoung said...

kel@ambu ~ tu cara paling tepat sebenarnya kan.. aku setuju

tegezoot ~ yg tu sah-sah kaki pau! ;P

ayobkelubi said...

itulah bila tak beri,kita dihambat rasa bersalah,bila kita beri kita dihambat rasa amarah!.

pening beb!