Itulah sekali aku makan sotong 'sumbat lauk' tu.
Sekali sekala aku teringat balik akan masakan tu tapi aku tak pernah lagi bertemu dengan hidangan serupa itu kecuali sotong sumbat pulut. Ah, sotong sumbat pulut tak berapa sedap bagi aku kalau nak dibandingkan dengan sotong sumbat lauk tu. Aku tak ingat sama ada aku pernah tanya pada mak pasal masakan tu tapi seingat aku tidak sebab aku tau masakan tu tak termasuk dalam senarai menu masakan mak. Sampai satu waktu, aku sangka sotong sumbat lauk tu adalah cuma satu mimpi indah semasa kanak-kanak atau mungkin makanan dari syurga yang termasuk dalam mimpi aku, tahu.
Kini, salah satu makanan kegemaran aku ialah bubur nasi berlauk. Beberapa minggu lepas aku ke Kg Baru untuk menikmati bubur tu di sebuah kedai yang dah lama aku tak jejak sebab biasanya kedai tu sesak. Tapi oleh sebab masa tu petang hari dan aku merupakan pelanggan pertama di kedai tu, aku singgah la jugak kat kedai susah-nak-dapat-parking tu.
Teka apa? Di situ aku terperasan sotong yang aku sangka makanan dari syurga tu, sebenarnya benar-benar wujud. Maka, aku pun beli 2 ekor dan makan dengan gembira.
Sekian, terima kasih.

(Bukann. Bukan yang ini..)
*Aku agak kecewa sebab tak sempat nak kata apa budak yang jual tu dah potong sotong kecik2 sedangkan aku nak makan seekor-seekor macam yang aku buat 'dalam mimpi'.
*Taklah sedap sangat, kuat pulak tu baunya. Tapi, aku puas hati sebab berakhirlah sudah salah satu persoalan dalam hidup aku ~ ; P
34 comments:
sotong sumbat pulut? haha..
kat sini orang panggel tup'pak sutung...
tak suka bau sotong...
Tapi sykur dapat juga jumpa. saya pon tak tau ada ka makanan macam tu.
Kat sini sotong pon tak pernah jumpa.
entri ini adalah benda pertama yang saya baca hari ini.
terus jadi lapar..
tahniah di atas pertemuan kembali dengan sotong sumbat lauk.
woo! entri yang mengghairahkan! :p
Teringin nak tengok kau sedang berahi. He he.
Yang aku tahu, Tauhu Sumbat je.
Dulu masa sekolah, aku agak fobia bila makcik kantin masak sotong masak kicap, tulang sotong nya masih ada, aku tak kisah, tapi bila kawan2 cakap..
"Mil tu bukan kicap, tu dakwat dia.."
berahi betul aku tengok makcik itu.
Nape la semua orng dok tayang makanan sedap2 ni..aku rasa nak tangguhkan dulu program diet aku laa..
Alamak! tambah lagi satu agenda besok! 1-buat storyboard 2-Habiskan tengok kesemua siri Mask Rider Kabuto dan 3-CARIK SOTONG BERLAUK!!!
'Kauu lah segalanya untuk kuuu..kau lah curahan hati iniii....'(gembira nampak aku ni)
aku memang tgh berahi skang ni. ha ha ha
Sotong Sumbat.
Mem saya suka buat tu.... (dan saya juga berahi makan).
masa kecik aku jumpa rojak (yg berkuah kacang) paling sedap dan mee kari paling sedap.
sekarang aku juga suka pada bubur nasi
aku suka sotong goreng tepung...
Oh, sotong! Aku adalah peminat sotong terutama sotong masak kicap dan sotong sumbat pulut. Tapi sotong sumbat lauk? Lauk apa?
Lupa plak nak bagi salam kat tuan rumah. Assalamualaikum wbt!
pa'chik ~ bau sotong ok lagi apa, compared to bau ikan ;P
hakim ~ kat sana banyak kambing ya ;)
rena ~ terima kasih.
kamarul ~ kan ;P
naga ~ ;P
rjuna ~ sesetgh org mmg masak tak buang dakwat sotong tu. serius.
debik ~ hehe.
afterwork8 ~ haah.hepi nampak. tahniah! :)
king ~ berahi ke s/apa?
mba ~ bestlah gitu.
oe~ bubur nasi (berlauk) mmg sedap ;D
13mei ~ suka jugak. tapi tak suka yg pesen bulat2 mcm cekodok tu.
nur ~ w'salam ;)
sotong tu disumbat ngan ayam.. sayur apa tah sikit.. & selainnya tak pasti plak, heheh.
Kalau di Medan, sotong sumbat itu biasa. Perut sotong disumbat isi ikan, kadang-kadang ayam, termasuk inti kelapa juga...
Kalau di Kuchai Lama ini, perut sotong disumbat dengan kepala sotong dan kuah kari !
itu yang mentah la.. ikan bila dah masak, takde bau, sotong, ada lagi ooo...
sotong sumbat lauk? sotong bukan lauk ke?? boleh lawan ke keghairahan nasi kandaq?
blackpurple ~ oh,makanan medan rupanya. aku fikir, makanan org kuale pahang..
pa'chik ~ apapun, seafud sedap ; )
tegezoot ~ kebanyakan lelaki yg suka nasi kandaq kan ; P
Yalah. Ingatan zaman kanak-kanak tu memang seperti mimpi sahaja. Tetapi ianya memang telah berlaku di alam nyata.
Belajarlah areyoung, macam mana nak masak sotong tu. Boleh makan hari2..
arghh..sedapnya...
nak kena cari ni..
anyway aku rase bau kambing lagi sedap..xgitu?
Hi,
saya sedang melakukan singgah2 blog. saya suka cara awak bercerita. tambahan pula, awak sorang yg comel walaupun sebelah muka je nampak.
soalan saya: apa binatang tulangnya satu?
Kat sini (Tanjung) ada sotong bakar dengan sotong kangkung.
Tapi mahal nak mampos!
sutung umar rs merupakan bekas editor ruang sastera berita harian. harap maklum.
pernah tengok beliau deklamasi sajak:
"..berapa kepala yang harus kupancung.."
mak ai..........
sedap betoi tengok.........
ni yang buat aku tak leh tahan ni............
aaaarrrrrmmmmmmm........
kena p makan ni..............
indera ~ nak blaja kat ne.. heheh
mohd ~ setuju ;P
taiko ~ jgn terpedaya dgn gambar ;P
pegawai ~ penah makan rojak kat padang kota.. pehhh mahai gilaa!
zizie ~ sutung umar buat apa ya skrg?
jinggo ~ cubalah cari kat kg baru ; )
dulu masa kecik teruja pertama kali tgk singapore pie.
Hoi Aida! Aida kau ingat aku lagi tak? Haha! seperti dahulu, aku tak pernah bosan membaca tulisan kau. Kau hebat nokkkk!!!
BTW, aku baru perasan emel kau, ofis aku baru masuk internet semalam. Terima kasih sebab masih suka menjadi kawan aku. Aku pun suka kat kau jugak! Ahaks! suka jadi kawan kau lah... Marilah kita terus berkawan ya!
(Jangan lupa dapatkan novel kedua aku "Jelita" kat pasaran edaran Buku Prima!)
mak aku masak pun sedaaaaaaaaaap!!
hi there.. :p
lain kali buat sendiri jer...lagi sodap..
salam aida,
hehehehe. tentu sedap lauk sotong sumbat tu. apapun kalau nonton SUMO-LAH dan makan sotong sumbat tu sure best. hehehehe. take care my old friend.
regards,
Yusairi
Wei! Sotong byk cholestrol la. Takleh makan selalu!
Lu ni keja kat KKSB ka?
Bera dah ko nih aida..
berahi2 lah .. sumbat2.. isk²
nikah² la oiiii.. hahaha :Þ
opie ~ singapore pie? american pie tahulah.. ;P
raedenputri ~ tahniah nokk. tak nak bagi aku copy ke.. hahah
crunchy ~ mak sapa masak tak sedap kan ;P
tomodachi ~ tak reti laa ;P
yus ~ tak tgk pun lagi sumolah ; )
yatt ~ i know u mannn ; )
catborg ~ sebok la ko! ;P
Post a Comment