Friday, April 20, 2007

Bercakap Dengan Botak

Inilah wallpaper bagi desktop pc aku.
(aku curi dari saharil -kau kenapa) hiks!














*
Semalam Botak datang, duduk berhampiran aku.

Katanya: Kau suka Kahlil Gibran?
Tak, aku suka Saharil - kata aku.

Kahlil Gibran Yahudi - kata Botak.
Jawab aku : Dia Kristianlah Tak.

"Oh, lain kali jangan percayakan aku sangat"
Botak tersengih sambil berlalu.

**
Aku sebenarnya percayakan Botak.

Bila aku periksa, rupa-rupanya Kahlil Gibran orang Lebanon, tapi sebahagian besar usia produktifnya dihabiskan di Amerika.
***
Bercakap pasal garam, aku fikir garam banyak beri rasa pada hidup manusia. Rasa pada makanan, rasa pada kehidupan. 'Aku lebih dulu makan garam!'-kata orang tua-tua.

Garam juga digunakan untuk menghalau makhluk halus dalam kehidupan mistik Melayu (eh, kenapa garam yang ditabur tok imam dalam Jangan Pandang Belakang nampak basah ek?)

Oleh kerana Kahlil kuat agama, aku cuba periksa apa kaitan garam dengan anutannya. Hasilnya, aku mendapat tahu jesus pernah menyamakan pengikutnya dengan 'salt of earth'.

Patutlah.
Kahlil membesar dengan Bible sebab keluarganya yang miskin tak mampu menghantarnya ke sekolah. Jadi, pandangan dan karyanya apabila dewasa banyak berlandaskan itu.

Oh, ya.
Aku lebih suka cucur masin dari cucur manis tau!
( kalau ada yang berminat nak taulah ;P )

17 comments:

INDERA KENCANA said...

Kalau terlebih masin pun tak sedap jugak.
Areyoung agak-agak Gibran pernah makan cucur?

Pa'chik said...

garam murah.. takpe la kalau nak ditabur-tabur, gula, mahal...

blackpurple @ jowopinter said...

Gibran Agi sekarang mana menghilang ek... ?

he he

zizie ali said...

a.ghafar ibrahim (agi) amat meminati khalil gibran. lalu menamakan naknya gibran agi.

gak..gak..gak
bukan hendak berlagak (agi)

Anonymous said...

kamu tahu bikin cucur? aku mahu!

tegezoot said...

garam yg dicampur cuka, sbb tu basah.

areyoung said...

indera ~ semua benda, kalau terlebih, tentu tak sedap kan? ;P

pa'chik ~ teh, kalau kurang gula lagi sedap ;)

blackpurple ~ cuba tanya zizie ali. dia kenal bapaknya gibran ;P

zizie ~sambungannya..?

kamarul ~ tau! (tapi belum tentu aku mahu beri) ;P

tegezoot ~ cuka boleh menghalau syaitan? serius?!

tegezoot said...

Guru ajar pakai cuka dgn garam, dgn izin Allah menjadi. Apapun dengan IZIN ALLAH.

sinaganaga said...

Ini rumors, entah betul entahkan tidak: Gibran Agi sedang dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah majalah berbahasa Inggeris. Rakan kongsinya adalah anak kepada seorang 'Dato' sastera yang tersohor.

13may said...

garam besar atau garam halus???

Unknown said...

gibran?
gaban tau la..
hahah

tuan tanah said...

Dulu-dulu ketika saya hidup dalam zaman jahiliyah dan barbarik, saya taruk garam pada siput babi supaya ia menderita dan mati.

(Kejam gila zaman kanak-kanak aku rupanya.)

tegezoot said...

TUAN TANAH tak pernah cuba pada lintah? Bukan lintah dalam sawah atau paya, tapi lintah darat!

areyoung said...

tegezoot ~ iya : )

naga ~ aku pernah terbaca gibran agi seorang yg bertabiat unik dalam sebuah majalah hiburan besar.

sekarang aku tau kenapa.

13Mei ~ kasar

kelambu ~ sian ;P

tuan ~ saya tak pernah buat begitu, tapi abg saya pernah. Dan saya memekik2 suruh dia berhenti sebab rasanya kejam la ; P

tegezoot ~ lintah sawah pakai liur pun boleh ; )

boe~ said...

aku suka cucur ikan bilis. aku suka ikan pekasam utara sbb aku juga suka yg masin campur masam. aku suka sambal belacan yg banyak asam, bukan yg bergula. aku juga suka masak asam pedas.... hehh.. terliur la tu..

Encik Din said...

aku mahu beri kamu cucur..

areyoung said...

mohd ~ mana?