Tuesday, April 10, 2007

Jangan Pandang Belakang

AMARAN: Kalau berhajat nak tengok filem Jangan Pandang Belakang, entry ini boleh 'menyepoilkan' anda!

JANGAN Pandang Belakang adalah 'cite antu' kedua aku tengok sengsorang lepas filem The Shutter. (Aku menganggap pergi tengok wayang seorang diri adalah satu terapi. Untuk menjadikan anggapan tu satu kenyataan 'feel gud movie' adalah pilihan terbaik, biasanya).

So semalam, lunaslah keinginan untuk tengok filem yang asyik dok tayang trailer dan the making of yang 'macam seram' je ni.

Bagi aku, JPB taklah seram sangat tapi unsur suspen yang dirancang Piere (selaku penulis skripnya) menjadi, dan boleh dibanggakan. Camana pun filem ni mempunyai kontra antara bagus dan tidak, jadi kalau ditanya pada aku berapa bintang, separuh daripada markah ekspektasi la yang aku boleh beri. Antara kontra yang aku maksudkan adalah pemilihan pelakon -ada yang berlakon dengan bagus, ada yang kurang (jurang bagus dan kurang bagus tu ketara benar sebab ada Piere (Darma) berganding dengan Intan (Seri) yang masih terlalu hijau untuk diangkat menjadi heroin. Kadangkala, kekakuan dan 'ke-skema-an' Intan aku rasakan mengikis bakat besar Piere). Paling superb, pemegang watak Opah-lah (Ruminah Sidek) - ah, siapa bleh lupa masa dia jadi Puteri Gunung Ledang dulu kan?

Elemen kelakar banyak memberi nyawa pada filem ini sementelah jalan ceritanya sangat apartment (pinjam kata2 Hattan, haha) dan boleh diagak. Walaupun cuma pada satu dua babak, kelakar yang dicipta menjadi dan melucukan. Scene guard di bangunan tempat kerja Darma, pemandu bas ekspres (Cat Farish) baiki kereta dan semua babak-babak yang diisi oleh Opah menerbitkan ketawa penonton. Selain tu ada jugak scene kelakar yang orang tak gelak, tapi aku gelak sorang2. Contohnya:

1) Masa hantu dok kat belakang kereta Darma -aku rasa hantu tu tak larat dah nak terbang mengikut kereta Darma sebab jauh kampung mamat tu jadi lebih baik dia tumpang je.
2) Masa kereta Darma rosak -aku tiba-tiba teringatkan kartun Lambok (salah sorang kartunis Apo yang suka jadikan hantu sebagai subjek dalam kartunnya). Kalau hantu tu ada dalam kartunnya, dah sah-sah hantu tu kena tolong baiki kereta.

3) Dalam gambar kat kamera digital, tunang Darma (Rose) yang mati bunuh diri tu kelihatan posing ngan rambut 'terlebih' kat pinggang. Mesti tersepit hantu raya yang dok kat belakang dia tu sebab Rose duduk kat sofa yang berpenyandar!

4) Aku tak paham apakah Metrowealth cuba membeli jiwa atau secara terang terangan nak mengutuk RTM. Setiap kali Darma menonton tv, dia akan menekan channel RTM. Tekan tv1, tv2 lepas tu buat muka bosan, pergi buat kerja lain atau tidur. Nampak sangat RTM bosan, digunakan hanya untuk menidurkan diri, hahah.

Sebenarnya kat atas meja ada remote astro, tapi Darma tak guna. Agaknya Astro kena potong pasal tak bayar, tu yang tengok RTM je, hiks.

5) Ada sekali tu masa hantu raya menyerang Darma, nampak sangat hantu tu didudukkan atas kerusi pastu ditolak. Ha ha hampeh!

6) Scene hantu muncul kat tepi cermin kereta tu memang seram, tapi boleh tak kalau tali yang digunakan untuk mengikat encik hantu tu dikendalikan dengan cermat sikit so dia tak nampak tergoyang2 macam tersangkut?

(Dalam Mukhsin, aku juga kecewa ketika Mukhsin nampak tergoyang2 masa diangkat ke atas dari bangku kat tepi sawah tapi aku maafkan sebab itu cuma mimpi).

7) Dan hantu raya tu. Masa dia muncul dalam keadaan terang benderang, topeng muka hantu tu especially bijik mata kaler putih yang nampak plastik gile buat aku rasa dia ni adik beradik ngan hantu scary movie.

Helloo. Kalau rasa tak nak keluar bajet lebih untuk mekap hantu betul2, lebih baik munculkan hantu tu dalam keadaan gelap atau suram2 je! Aku tengok mekap tangan, pakaian, rambut dah real dah, tapi muka hantu fake gile!) Kalau pun hasil *research Piere menyatakan hantu boleh kelihatan di tempat terang, tak yah diikut sangat la kalau bajet mekap hantu tu ciput, oke ;P

Apa pun, Jangan Pandang Belakang 14 kali ganda lagi menghiburkan AKU daripada filem2 profesor (madya) yang aku pernah tonton sebelum ni (tolak 7 Perhentian-lah, sebab filem tu masih boleh diterima kalau Erra tak berlakon).

Oke, cukuplah semua spoiler ni. Sekarang ni nak tanya, tau tak apa kaitan antara jagung dan hantu raya?

Jawapannya ada dalam... Jangan Pandang Belakang!
Haha.

*Dikatakan, Piere banyak membuat research untuk filem ni. Aku rasa research yang dimaksudkan adalah apakah jenis hantu yang selalu ganggu kat bangunan (hantu anak beranak takde muka), macamana rupa hantu terbang (masa hantu tu terbang ikut kereta meremang jugak bulu roma aku), kejadian seram yang selalu berlaku (dengar bunyi pinggan pecah tapi bila check takde, pintu kena ketuk kuat2) dsb. Yang aku tak suka, hantu main tv. Adush.
p/s : Lagi satu, kalau tangan antu raya tu tak tergapai2 lagi seram rasanya! ;P

30 comments:

Kamarul said...

woo! macam menarik filem ni!

MaMan said...

best ker?
baca aida punya entry ni pon da macam pi menonton! maleh r tengok.

tahniah kerna byk cakap! huhu

Rjuna said...

-Selamat Rm8 aku(pawagam)

-Selamat Rm8 aku(DVD wayang)

-Selamat Rm19.90 aku(VCD ori)

-Selamat Rm5 aku(vcd pirate)

TORON(Torrent) je, tak pon tunggu Astro tayang kih kih.

Pa'chik said...

tunggu torrent la... heheh..

dia pakai mekap artis, bukan pakar kesan khas untuk mekap hantu.. apa ra.. bagi la orang yang belajar benda ni buat, baru riyel. ni minah yang buat mekap tu pes taim mekap hantu...

errr... cerita propese tu, kalau takde budak-budak kat melaya ni, tak de nak lakunya...

Mersik said...

Alahaii tu yg kadang2 maleh nak nonton pilim hantu melayu nih. Yg agak menyerlah dulu2 pun kisah Pontianak Sundal Malam jek..

Lepas tuh seme berebut2 nak ikut wat pilim hantu..tapi..alahaii..

Meh tgk pokcik nye versi kisah jgn pandang belakang.. oooo

[fakapunch] said...

:)

debikdebuk said...

Entry ko best la. Aku sebenarnya nak tgk JPB tu, tambahan lagi bila ko buat entry ni.

~inilah saya~ said...

Aku sedikit teruja...

yusairi said...

salam aida...
tghari sabtu lalu, yus layan meet robinsons (kartun animasi). nice filem. sorg2 pi The Mines dan ngadap TGV. rasa terapi sungguh.
apapun, yus dah biasa sejak 2 bulan stay bangi, mmg sorg2 je layan movies.

mlmnya yus pi metro kajang, nonton, Jgn Pandang Blkg. filem yang menyeramkan & malam tu yus mcm tak ebrani rumah sorg2. hahaha. penakut juga aku ni.

oh yer, yus baru temui lagu filem sinetron DIA siri 1. lagu bertajuk Masih Ada. best juga lagu tu. boleh dgr kat blog yus. first song to hear.

take care.
my mobile : 013-4445723.

org phg,
yusairi
http://yusairi.blogspot.com

doff said...

yer aku sokong bila ko kata g tengok wayang sorang diri adalah satu terapi. nak2 pulak kalau tengok siang hari masa orang lain tengah keja.

the reaping pun best.

thesandman said...

aku tak tengok lagi dan mungkin ada sebab aku tak tengok lagi.

sebabnya ialah .....

[ kau taulah sebabnya! HAHAHAH ]

INDERA KENCANA said...

Setahu sangatlah kan, Hantu Raya ni bukan jenis yang mengganggu kehidupan orang sembarangan. Cara dia mendampingi manusia itu adalah kerana manusia itu sendiri yang berhajat dengannya seperti nak jadi kuat dan memudahkan kerja tuannya. Kemudian, dia tidak akan mengganggu kehidupan orang lain melainkan keturunan orang yang membelanya melalui "saka" yang memberikan kepayahan untuk seseorang yang membelanya untuk mati ataupun dalam kes yang lebih teruk, dia mendampingi tidur isteri tuan. Tentang jangan pandang belakang ini, kisah yang dipaparkan lebih mirip Pelesit atau Polong yang gemar mengamuk menghuru-harakan kampung.

oe~ said...

aku puh baru tgk filem ni smlm. ishh...

setengah bintang boleh la. skrip lemah. saspen kurang. aku terkejut sekali je masa pintu rumah darma diketuk(yg 1st).
banyak yg tak logik. cnth:
1) ade ke seri boleh tanya darma kat bumbung tu "ade ape nk jumpa aku?" dh tentu smlm darma dh cakap nak siasat pasal kematian kembarnya.
2) seri tak nampak sedih langsung. (xde scene nk tunjukkan keakraban diantara mereka semua)no feel lah.
3) dah brapa hari berlalu baru seri boleh terjumpa kamera simati. takkan la biar je barang simati tu.
4) ni kan kes bunuh diri. rumah simati tu patut dah kene 'seal' dgn pihak polis. dah tentu brg2 kepunyaan simati pun polis dah ambik seperti kemera tu. ni rumah elok je sape2 boleh masuk.
5) si darma ni takut ke tak sebenarnye....?

areyoung said...

kamarul ~ memang menarik pun, bagi aku filem ni lebih elemen kelakar dari seram.

maman ~ kan dah warning kat atas tu?

rjuna ~ jangan la gitu. masih berbaloi utk ditonton apa.

pa'chik ~ tu la dia.. sayang je.

mersik ~ dah lawat pokcik dah.

fakapunch ~ ;P

debik ~ tolong la tengok.

kamu ~ sikit je?

yus ~ saya masih ingatlah.

doff ~ ya benar. aku pergi semalam masa korang tgh sibuk bekerja. haha.

sandman ~ ko memang.

indera ~ bukan. ni mmg hantu raya -kata piere lah.

areyoung said...

oe ~ betullah. seri tu dia punya sedih tak macam kakak kembar dah mati. haha.

blackpurple said...

Filem ini rasanya sangat sesuai untuk menguji tahap dan darjah 'ketakutan' dalam diri penonton yang takut dan yang tak takut. Tapi bukan aku la, aku tak berminat untuk tengok bukan sebab aku takut tapi aku rasa aku tak tertakut tengok kot..Itu masalahnya..ha ha ha..

Gimik amaran untuk perempuan mengandung dan berpenyakit jantung tu menjadi ke..? :)

afterwork8 said...

..Pak Imam yang menghalau hantu tu benar2 menunjukkan bahawa tiada kuasa lain yang paling hebat selain Nya.Sekali tepuk je!sedikit sebanyak boleh mengubat hati yang asyik takut ni.

- Aku lebih seram ungkapan, perwatakan serta kata2 Opah Darma berbanding hantu dalam cite ni.

13may said...

just wanna to say hi....and hi again...hahahahah

13may said...

and another hai....

13may said...

nak hoih hoih plak....

areyoung said...

blackpurple ~ Rasanya gimik tu menjadi bila ditambah plak ngan mindset bahawa pompuan ngandung takleh terperanjat @ tengok menda pelik2 ;P

afterwork8 ~ aida pun rasa opah darma tu yg paling outstanding dalam tu.

13mei ~ err.. hai.

afza said...

yeah
menonton filem sorang-sorang itu memang satu terapi

kingbinjai said...

disebabkan aku baca entri ini sengsrang pada tengah malam, aku skip terus ke komen!

Kamarul said...

aiseh. kelakar ke? seorang teman aku pun berkata benda yg sama.
aku ingat filem seram malaysia dh naik taraf!

amyz! said...

ahaha. sgt spoil oke? saya takut nak tengok cerita ini. sebab saya akan tengok tanpa rasa takut dan akan giggle2 teringatkan review anda. hahaha

tegezoot said...

Kurangkan kemunculan Hantu, pasti seram.

tuan tanah said...

Areyoung... Tulis la entri lain. Entri pasal movie2 di Malaya ni saya tak boleh nak mengomen. Huhuhuhu

zizie ali said...

tak payah pandang belakang. guna side mirror.

areyoung said...

afza ~ ; )

king ~ ait? takkan takut!?

kamarul ~ filem ni mmg tinggi jugak tarafnya nak compared to filem yg itu-itu ;P

amyz! ~ jangan takot. che abang anda berani orangnya ;P

tegezoot ~ ; )

tuan ~ baik cik ; )

zizie ~ ; P

amyz! said...

areyoung : Aaaaa.. che abang saya berani ye?? Hahaha. Ok. baru saya tau. Hihi. Malunya~