Wednesday, January 31, 2007

Kenalkan Aku Dr. Mata

Okey, mari kita serahkan tanggung jawab mendidik minda pembaca dengan kupasan isu-isu semasa / ilmiah kepada blogger-blogger yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman luas (jangan BACA - tua) ye. Hari ni aku teringin nak menulis pasal cinta. (Eh takkk, aku bukan salah sorang pompuan yg mengharap utusan mawar tanggal 14 hb ni tau, huhu.)

Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada mana-mana manusia yg kisah cintanya begitu lancar dan polos. Masa seragam putih biru cuba-cuba menulis / terima surat cinta, balik rumah berangan-angan, jumpa kat library konon belajar bersama, putus lepas spm, masuk ipt jumpa teman baru, berpeleseran sana sini, dapat kerja, kahwen.

Bagi yang kisah cintanya terkandas di tengah jalan kerana engkau meninggalkan atau ditinggalkan, tak ada pasangan sebab nafsu yang tersilap arah atau mungkin engkau tak cantik / tak hensem (ok, ok kita tukar alasan yg itu kepada cerewet memilih).. cerita kita mungkin tidak berapa sama. Penghujungnya, kita masih menanti pasangan yang tepat sedangkan kalendar terus bertukar.

Satu hari, katakan kita jumpa seseorang yang mula buat kita terbuka hati untuk membuat pinjaman bank. Mula berkira-kira nak anak berapa, rumah konsep macam mana hiasannya, macam mana nak tetapkan giliran balik beraya... tup-tup kita dapati dia dan kita makin tak searah pulak. Engkau bercakap dia pandang kiri kanan tak selesa, bila dia bersuara pulak engkau rasa nak radak perut orang yang lalu berhampiran sebab bosan. Perlukah engkau meneruskan hubungan sedangkan engkau dah tak sabar-sabar nak posing macam-macam atas katil pengantin (dan pelamin)?

Dalam banyak keadaan, cinta memang membutakan. Seorang kawan aku bercinta macam nak rak selama 3 tahun, sanggup tidur kat tangga hostel sebab balik lambat pintu dah ditutup. Boyfren pulak garang macam apa, asal marah campak helmet pada dinding, sepak tiang lampu sampai jalan dengkot-dengkot. "Kalau semua orang tak nak bersama dengan orang panas baran, sapa nak kawen dengan mereka dalam dunia ni?" Aku ingat lagi kata-kata akak tu dengan leher merah-merahnya. Sudahnya kahwen, tapi sebaik lahir anak pertama terus bercerai. Alasan?

"Sebab dia tak nak sembahyang,"kata akak tu semasa aku terjumpa dia di mahkamah tinggi berhampiran masjid jamek bersama seorang lelaki berkopiah.

Berbaloikah kita bersabar dengan harapan segalanya akan oke-oke saja satu hari nanti kalau dah hari ini pun kita dah lihat yang cinta tu lebih membawa kita ke arah negatif?

Banyak juga kisah di mana perempuan yang menerima huluran surat / emel cinta, tapi mereka tetap cam bangang mengejar lelaki 'abnormal'. Kadang-kadang lelaki yang mengejar mereka ni ada semuanya tapi kenapa tetap kena reject? Jawapannya ialah lelaki-lelaki ini terlalu mencuba. Kenapa banyak lelaki 'abnormal' menjadi pilihan perempuan? Sebab mereka biasanya cool, tak terlalu mencuba dan lelaki-lelaki ini juga tahu bila dan bagaimana nak menggatal dengan perempuan.

Kalau dalam kerja kita mungkin sanggup bersabar demi gaji setiap bulan, tapi dalam hal cinta sesama manusia, aku rasa kita patut berani membuat keputusan awal-awal. Ini kerana bila engkau dibuang kerja secara tiba-tiba sekalipun, engkau masih boleh menapak ke mana-mana syarikat untuk bertanya kalau-kalau ada kekosongan tanpa dipandang serong oleh orang tapi kalau engkau berpisah atau bercerai? Kau tak mungkin boleh menadah tangan di kaki-kaki lima ajak sesapa dating atau kahwen! (Abaikan cerita mana lagi pedih antara hilang kerja dgn hilang aweklah).

Tapi itulah, cinta itu kan boleh buat orang jadi gila. Membodohkan. Kerana itulah ada antara kita yang sedang mengulit cinta abnormal atau sudah ditinggalkan kekasih tak sebulu tahu mereka perlu buat sekian, sekian tapi mereka tetap berlambat-lambat mengambil tindakan atau tetap mahu mengenang yang telah pergi sehingga merana, terbaring kering, melungkup di tepi, bawah, atas katil sambil menjerit why? why me? pada tuhan.

Apa yang penting ialah kita tahu ke mana hubungan tu nak dibawa, adakah kita bersama dengan org yang tepat dan jika kita rasa ia tidak berbaloi utk diteruskan, blah saja.

Ya, ya. Apa pun kita mesti berbalik pada Yang Di Atas. (Terima kasih untuk komen anda)

15 comments:

sinaganaga said...

Ada dua perkara:

SATU, "Jawapannya ialah lelaki-lelaki ini terlalu mencuba." Yes yes yes, inilah kata kuncinya. 'Terlalu mencuba!"

Tok Rimau, jika kau membaca blog ini, perkataan 'terlalu mencuba' inilah yang telah hilang dari ingatan dan yang aku cuba cari2 ketika berkomunikasi melalui telefon dengan kau hari tu.

DUA, tu lah... aku dah cakap awal2 lagi dah, hari tu... Tu lah...

Aiseymannnnn... dont worilah dude (seorang kawan lain yang bukan Tok Rimau)... kalau kau rasa nak minum teh tarik sambil dengar aku bercakap tak berhenti2 (sambil kau diam) - give me a ring, huh!

Pa'chik said...

Cinta? aku tak tengok pun.
Orang kat best, tapi kawan aku kata tak best pun.

tuan tanah said...

Bagus entrimu ini.

Saya rasa macam baca artikel majalah wanita dalam bahasa Melayu (yang saya dah lama sangat tak baca)

13may said...

ish....
adakah aku ini normal, abnormal atau paranormal????

hahha....

Unknown said...

Apa yang penting ialah kita tahu ke mana hubungan tu nak dibawa, adakah kita bersama dengan org yang tepat dan jika kita rasa ia tidak berbaloi utk diteruskan, blah saja.<-- kadang2 manusia tau pilihan tu tak tepat. tapi perasaan sayang dah melekat. susah utk patah balik or blah.

btw.. takot dapat pasangan yg panas baran. mintak simpang malaikat 44

Pa'chik said...

*sniff* *sniff*

oit.. aku rasa entri ada kaitan dengan entri lepas, ye ke? yang kawen dalam ujan tu.

debikdebuk said...

ibarat kata 13may... Lelaki mudah terpedaya dengan pompuan...pomuan pun mudah terpedaya dengan lelaki... So, aleki pompuan lebih kurang je perangainya...

Apai said...

kau nk tuju kat sape ni... hmmm
macam boleh baca je.

~inilah saya~ said...

Wow! isi yang sangat matang.

Apa pun jangan lupa untuk berikan peluang yang sama rata pada diri lelaki seperti saya yer.

* Ini bukan cuba-cuba. Tapi ini memang realiti hidup seorang bujang trang-tang-tang.

Tok Rimau said...

"Cinta itu berhala yang disembah-sembah." - Kiamat Sudah Dekat

Adzakael said...

entri yg best
rasa mcm boleh jadikan peluru lak
hahahahaha

www.adzakael.com

INDERA KENCANA said...

Huuiii, Areyoung. Kalau engkau bosan, engkau ada rasa nak meradak perut orang ke..??

blackpurple @ jowopinter said...

Cinta itu macam kurap. Seksa tapi semakin digaru semakin sedap. Agaknyalah...

~inilah saya~ said...

Saya terlupa untuk meletak ketawa saya seusai komen yang terdahulu.

Ha! ha! ha!

areyoung said...

Naga ~ SATU, aku tahu kau terlupa sebab kau bukan golongan tu kan, hiks

DUA, "I want a ring too.. the platinum one! Can aa?"

Pa'chik ~ Huh?

Tuan Tanah ~ Terima ksih -Kerana rasa cam majalah wanita bukan majalah budak2, ;)

13Mei ~ Aku rasa tak lama lagi kau bakal jadi abnormal.. hahah

Lindosh ~ Yup, jauhi org2 panasss

Pa'chik ~ Taklah. Tapi aku rasa hujung tahun musim org kawen, awal tahun musim org break. Aku rasalah. Ko tak rasa? ;)

DebikDebuk ~ Ye, kadang2 kini ini mangsa tapi boleh jadi jugak pemangsa ;)

Selipar ~ Tuju kat diri sendiri pun ye jugak, huhu

Itulah Awak ~ Peluang setiap org sebenarnya terletak pd keberaniannya, serius.

Tok Rimau ~ Ya, tok. Kita meratap bila putus cinta tapii. ah seganlah nak masuk bab agama ;P

Khairul ~ Peluru? Siapa yg nak ditembak tu?!

InderaKencana ~ Eh, tu dah habis baik tau? Haha

BlackPurple ~ Agaknya? Ko tak pernah rasa gitu ke?

Itulah Awak ~ Ingat, peluang terletak pada keberanian.

Oh ya, dan agresif juga.

Haha!