Tuesday, January 23, 2007

Not Into Blues

Kadang-kadang aku rasa nak lari jauh-jauh sampai sesat.

Di satu tempat asing, aku ingin bercakap lama-lama dengan orang pertama yang menegur aku.

Aku nak ceritakan semua, segalanya.
Apa yang sudah berlaku, apa yang telah dilalui, apa-apa sahaja.

Setelah diluahkan segala, aku akan meminta diri untuk balik.
(cukuplah)

Sayangnya,
HIDUP INI BUKAN MUDAH SANGAT.

16 comments:

~inilah saya~ said...

Aku lebih senang bercakap dengan diri aku sendiri.

Mungkin ini adalah kegilaan...

Iya!, memang kadang-kadang kita kena menjadikan kegilaan sebahagian daripada hidup kita.

Hu hu huh....

sinaganaga said...

>>>Kadang-kadang aku rasa nak lari jauh-jauh sampai sesat.

AreYoung,
Kau pun nak jadi 'wanita hutan' itukah?; berbogel dan berkelakuan seperti kongkang.

Eeeeeeiiiuuuuoooo!

Pa'chik said...

aku nak lari jauh-jauh sampai sesat dengan kau buleh? dan jadik orang yang pertama tegur kau.

Pegawai Khalwat said...

Nak sesat tak payah lari, tak payah pergi jauh-jauh.

Dalam diri pun bole sesat.

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau di Kay Ell ni tak payah pergi jauh. Kalau tak tau jalan pun boleh sesat...!

13may said...

baik naik keta...naik bas ker...kalau berlari...penat...tak sempat nak sesat, dah pengsan:D

Unknown said...

Larilah laju2 sampai kau puas.

lagipun aku bukan orang pertama yang menegur kau.

TheBlogMaster said...

cakap saje tak gune..
Larilah woooi.. lariii!!!
bleh aku tgk camner ko berlari.. hehe :p

mba2u said...

You said:
Hidup ini bukan mudah sangat

I said:
Hidup ini bukan indah sangat

Sri Diah said...

Areyoung;
Duduk borak-borak di kafe hari itu boleh membuatkan kita sama-sama sesat dalam hutan selera. Huwaaaa... akak tak mahu sama-sama sesat dengan kamu. Jom angkat punggung!

faizalmukhtar said...

apa nak jadi akan tejadi.

kita semua berada dalam ruangan apokalips... susah dan senang bersilih-ganti.

"Fikir-fikirkanlah".

saharil said...

> Setelah diluahkan segala, aku akan meminta diri untuk balik.

"Eh! bayar bil dahulu!" kata orang tu (dia caj by the hour)

Amiene Rev said...

Kalau di tepi pantai, boleh. Seronok. Asalkan tidak ketemu muaranya.

tuan tanah said...

Mungkin kamu perlukan seorang Good Samaritan.

Saya agak-agak saja.

shazrol said...

Selagi kita boleh fikirkan apa yang kita boleh buat, walaupun kadang2 dikaburi dengan senario sekeliling...maknanya kita boleh.

Pemikiran 3 tahun dulu menjadikan kita sekarang tahniah, anda sudah dapat. Sekarang anda sudah sedia untuk menjadi siapa anda lagi 3 tahun?.

Fikirkan dari sekarang bayangkan dari sekarang...jangan dikaburi,.. hanya diri saja yang mengenal diri.

yang lain tu..biar Dia yang buat.

areyoung said...

Awak ~ Persoalannya ada pilihan lain tak selain jadi gila? ;P

Naga ~ Kalau kongkang yang dibajai kasih sayang apa salahnya?

Eeeeeeiiiuuuuoooo!

Pa'chik ~ Janganlah. Aku takut kau akan menyesal ;)

Pegawai ~ Dush!

Blackpurple ~ Aku mmg blur bab-bab jalan, serius.

13Mei ~ Naik bas susah plak nak berenti mana2, kalau naik keta aku takut mandu. Camana?

Rjuna ~ Sorry la, hp aku takde kredit..

Otak-mu ~ Ko dok mana wei?

MBA ~ Ya, tak mudah dan tak indah selalunya. *sob

K. Sri ~ Sotong-sotong tu memang sesat dalam nasi Alin. Tempatnya bukan di situ!


Neo-seniman ~ Aku takmo terpengaruh dengan idealisme m. nasir. Syohhh. Haha!

Thanks Faizal, lama tak nampak komen ko kat sini.

Saharil ~ Kalau u charge tak?

Amiene ~ Takmo ketemu, usah dimudik ; )

Tuan Tanah ~ Tuan, aku pernah menunggu samaritan tu di atas tangga. Tapi, dia tak datang2 sampai ke hari ini. Terlambat sudah.

Abg Roy ~ Ya, setelah kita congak dan kira, kita serahkan saja kepada DIA ;)