Monday, January 08, 2007

Antara Pen dan Dapur

* Sejak kecik hingga sekarang aku percaya kita mesti ada respek pada setiap manusia walaupun bayi. Ini kerana setiap manusia ada perasaan, cuma bezanya adakah dia mampu untuk menzahirkannya?

* Dulu-dulu bila balik dari sekolah rendah, aku suka mengerekot di tepi simen dinding mencuri sejuknya. Bila lenguh aku suka menulis pada buku latihan tahun lepas. Paling aku benci bila pen tak ada dakwat. Aku masih ingat, aku terlalu geram sampai aku tulis dengan mata bolpen 'Aku Benci Bila Pen Takde Dakwat', tenyeh kuat-kuat sampai muka suratnya koyak.

Kenapa aku mulakan ayat cerita pasal simen tu eh? Entah, mungkin sebab simen itu sebenarnya lebih aku ingati berbanding kisah pen dan dakwatnya.

* Kini bila aku meninggalkan alam persekolahan dan memasuki alam bekerja, apa yang dapat dirumuskan adalah aku paling benci bila internet connection lembab.

Oh, ya. Di ofis lama dulu perkara ini juga satu kepantangan bagi kawan-kawan yang lain. Salah seorangnya adalah orang yang duduk bersetentang dengan aku. Nampak skema, tapi masalah internet boleh membuatkan dia mencarut-carut pada status ym-nya. Dia adalah orang sama yang meng-sms aku di hari jadi tahun lepas dan membahasakan aku dinda hingga aku terperasan sekejap. Hampeh.

* Aku baru lepas menulis tentang Chairil Anwar untuk majalah (ilmiahku - oh). Aku dapat tahu sajaknya 'Aku' dijadikan pembakar semangat oleh mereka-mereka yang nak memberontak di Indonesia. Aku percaya ini, sebab ada juga sesetengah tulisan yang aku baca membuatkan aku rasa nak membunuh, nak mencurangi dan bermacam-macam lagi perlakuan yang biasanya bukan aku.

Ada antara mereka yang membuai perasaan aku rupa-rupanya gay. Apa boleh buat, penulis agung semuanya wajib menjadi gay, kata Vovin.

Sebelum tu, aku nak tujukan sajak (please-la!) di bawah untuk mereka yang tidak menghormati perasaan bayi -

Keji
pergi jauh-jauh
tinggal aku kering di sini.

Jangan datang semula
hampiri aku
anjing.

Sekian, tima kaseh.

9 comments:

Pa'chik said...

harga simen dah naik oo..

suka sajak AKU,
aku ini bintang jalang...


aku mau hidup seribu tahun lagi.

Orang tua tuN kata, no place for gay PM in Malaysia.

sinaganaga said...

>>>
Ada antara mereka yang membuai perasaan aku rupa-rupanya gay. Apa boleh buat, penulis agung semuanya wajib menjadi gay, kata Vovin.

MUEREKEKEKEKEKEKEKEEE...

INDERA KENCANA said...

Antara marah dan berontak bergabung menjadi satu...

Menarik entri Areyoung.
Salam Perkenalan.

blackpurple @ jowopinter said...

Suka sajak itu.


..tapi kenapa anjung..? Kasihan anjing menjadi manifestasi kejahatan...

~inilah saya~ said...

Chairil Anwar, hanya dikenali selepas pemergiannya...

Aku pulak, cuma ingin dikasihi selama hidup ini...

* Pagi yang sungguh jiwang

tuan tanah said...

Aku.

Sajak itu ada tertulis di dinding di Leiden, Holland.

Alangkah bagus kalau saya dapat berdiri di hadapan dinding itu suatu hari nanti.

kingbinjai said...

dulu dulu cikgu akau cakap "u kalau tak respek sama itu barang, itu barang pun tarak respek sama u!"

zizie ali said...

awak nakal.

areyoung said...

Pa'chik ~ Wep, gay ni susah nak dikesan tau? Hiks!

Naga ~ Aku harap Naga tidak.

MUEHEHEHEEEE......

Indera ~ Selamat berkenalan. Entri saya tidak setara mana dibandingkan dengan Indera.. ecehhh

Blackpurple ~ Anjing tak tau tu. Jangan bagi tau ye?

Qasseh-hati ~ Ko tak cukup 'nakal' utk menarik hati perempuan kot? ; P

Tuan tanah ~ Agak-agak ada sejarah org hantuk kepala kat dinding tu tak?

King Binjai ~ Apa barang? Hahah.

Zizie ~ Ya, ya. Saya ngaku.