Tuesday, November 21, 2006

Hati Kering

"Aunty tak basah?"

Aku senyum simpul pada abang sambil kunyah kuey teow cepat-cepat. Cuba menikmati rasa udang sambil melupakan baju yang mula melekat di belakang.

Purrrsshhhh... angin dari bukit sebelah terus buat kami - aku, b, mak aji, mak uteh, pak uteh & abang mengerekot di bawah kanvas kecik. Semua berdiri sambil perhatikan aku makan kuey teow lambat-lambat.

"Generator tu tak apa?" Tanya aku sambil melawan bunyi angin & hujan yang bergesel dengan lalang.

"Yang, generator tu tak apa?"Mak uteh ulang balik ayat aku. Pak Uteh geleng sambil menyepetkan mata, barangkali tempias pada cermin matanya buat dia makin seriau.

Lepas makan aku & b lari laju-laju masuk kereta. Terus berlalu sambil lambai mak aji, pak uteh, mak uteh & abang di bawah kanvas kecik.

"Allahhh.." Kenapa?

"Pak Uteh call. Lepas je kita gerak orang majlis datang nak saman."

Ha..?!

Di gerai kanvas kecik..? Dengan mak aji, pak uteh, mak uteh & abang mengerekot di bawahnya..?

Gila.


Gambar hiasan :

~ Malu ah ding dong.. nak turunkan gamba pun tak reti.. makasey la kat Pa'chik yg ngajaa.. huhu

13 comments:

apai said...

apsal sampai jadi camtu?

sekarang mcmne?

R j u n A said...

"kalau lebih..lebih-lebihkanlah membantu,

Ringan..ringankanlah bebanan nya,

Agar nikmat hidup dirasai,

Tidak kira bangsa ataupun agamanya,

Hulurkan tangan bantu...membantulaaaaah

Mawi & Bini Pak Menteri

Pa'chik said...

kalau nak letak gambar bawah, tarik turun la.

sinaganaga said...

"Aunty tak basah?" Aku tanya.

Sunan_Jati said...

is kesian kat depa.. zalim betuila....

Tok Rimau said...

Tok dan ayah Tok dulu buat rumah setinggan atas paya. Sudah siap rumah setinggan, kita dapat rumah kos murah pulak. Kami pun jual rumah tu. Bulldozer tak datang nak roboh sebab bulldozer tak boleh masuk paya.

debik said...

Banyak rupanya masalah masyarakat ni... YB kena la turun padang..

debik said...

Banyak rupanya masalah masyarakat ni... YB kena la turun padang..

Irwandy said...

Haa tu dia..sekali update...hehehe..apa khabaq?

debikdebuk said...

sori sebab keliru dengan link saya. Link saya betulnya http://debikdebuk.blogspot.com

oe~ said...

malu pun ada... bangsa yg menindas bangsa sendiri

areyoung said...

Apai ~ Esoknya pak uteh cuti meniaga.. malam ni dia bukak balik ; )

Rjuna ~ Nyanyi boleh lahhh...

Pa'chik ~ Tima kasih chegu!

Naga ~ Kat sana ujan? Kalau ya, cuba berdiri bawah cucur atap.. heheh

Sunan_jati ~ Haah, kesian kan?

Tok Rimau ~ *wink* Napa org haram tak terfikir nak buat rumah terapung je kan? Majlis susah nak datang roboh..

Debik ~ Ye.. kadang2 padang jadi semak tunggu dia ;P

Irwandy ~ Habaq baekk, dah jumpa model kamera?

debikdebuk ~ Dah mai dah ; )

Oe ~ Dorang cuma tunaikan tanggungjwb tapi yg tak best-nya kadang2 tu takde sifat belas kesian.. isk

Pa'chik said...

kat sini ada rumah terapung, tak la banyak sangat, tapi kalau datang banjir besar, boleh hanyut ke laut rumah tu.