Wednesday, February 17, 2010

Emo

Lame la kalau aku mulakan entry ni dengan menulis ' pergh, lama gile tak update'.

Hakikatnya bukan sebab sibuk, tapi malas di samping ruang yang kian terbatas bila err.. blogspot dah diblok di pejabat.

Sesungguhnya, banyak yang boleh berlaku dalam masa sehari, apatah lagi berbulan-bulan. Tanpa sebarang niat untuk menceritakan segala-galanya di sini, cukuplah aku katakan, saaaangat banyak yang sudah berlaku dalam hidup aku ini.

Satu waktu dulu, ketika aku sangat mentah - masih mengenakan pinafo putih biru gelap, aku sudah pandai menulis diari.

Lama aku menulis pada kertas, sementelah dengan cara itu juga aku dapat merawat hati jika luka. Apa yang belajar lama kemudian, segala catatan di diari kadangkala cuma hanya menambah emo. Jadi aku berhenti.

Apa yang aku ingin katakan di sini ialah, mungkin ini juga sebabnya aku malas menulis di sini. Mungkin aku terlalu takut ada tulisan yang kemudian harinya akan menyakitkan hati sendiri agaknya.

Tapi. Tunggu saja kalau ada siapa-siapa yang tega mahu menyakitkan hati aku kembali lepas ini, nah waktu itu aku mungkin akan kembali rancak menulis di sini (setelah ditolak malas).

Pun mungkin saja.

Tapi buat masa ni;

Alhamdulillah, aku ok. Sangat ok. Terima kasih TUHAN.

6 comments:

kingbinjai said...

syukur alhamdulillah

afza said...

bagus kalau begitu

Fariz said...

emo ye cik kak.. uhuhuhhu

boe~ said...

emo ada suka ada duka. kalau menulis jadi perisa pada emo, maka tulis lah yg suka je... yg duka tak usah tulis.

boe~ said...

menulis juga mempengaruhi fikiran

boe~ said...

selamat hari raya, selamat hari jadi. maaf zahir dan batin.
pelita oh pelita
taruk minyak taruk api
raya oh raya
kenyang perut suka hati :)