Friday, March 13, 2009

Perkara ajaib nombor 3

Aku tak fikir akan jumpa lagi lelaki sehebat abang, sekurang-kurangnya untuk tempoh yang sangat lama (kalau tak jumpa pun lagi bagus.)

Kata abang, ada 3 perkara ajaib pernah berlaku dalam hidup. 1, baik dari penyakit gila. 2, pergi umrah tak guna duit sesen pun. 3, dilamar untuk jadi suami (sedangkan abang dah ada 3 isteri). Gila kan.

Lagi gila, isteri-isteri abang masih tersenyum manis dan manja setiap kali wajahnya muncul di depan tangga.

Sementara abang bercerita tentang bakal nombor 4, yang nombor 1 menghidangkan kami teh o ais manakala yang nombor 2 menjamu mi rebus. Kata abang: Kakak kau kalau masak letak cili boh dengan air je la jawabnya.. (pun masih dibalas cubitan manja nombor 2).

Sejurus kemudian datang dua budak perempuan. Kata abang, tu anak dari nombor 1 dan nombor 2, sama baya. Dua-dua salam abang dengan tertib, cium pipi sebelum berpaut bahu pergi sekolah. Gila tak gila la.

Sebenarnya ada cerita bagaimana yang nombor 4 datang bergolek pada abang (tapi dia minta kami off record). Cakap saja peminat setia, katanya.

Selesai menghirup mi rebus nombor 2 dan menghabiskan sisa teh o ais nombor 1, kami meninggalkan abang dan nombor 2 di tepi rumah nombor 1 berpeluk-peluk pinggang balik ke rumah.

Nombor 3? Rumahnya tak jauh dari nombor 1 dan nombor 2 juga tapi dia mungkin sedang berehat sebab letih membawa kandungan yang kian sarat.

16 comments:

Tok Rimau said...

Aku pun minat Abang tapi tidaklah aku akan meminangnya. ha ha ha. Anyway, aku ucapkan selamat berbahagia hingga ke syurga.

(kalau ada tips dari abang, kongsi la kat sini. hi hi hi)

areyoung said...

Tipnya abang tak sebut tapi dia ada tiga kereta mewah tak termasuk satu kereta sport ;P

oe~ said...

no 1 dan no 2 patut diundang untuk memberi ceramah kepada semua isteri2 di m'sia

mohdfazli said...

ini abg salih ke akak,..

umar_skyscooter said...

Aslkm,hai,nice blog walking,erm nak jmpt tuan rumah ke kenduri blog saye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkan blog ni yer,ok bye

zan said...

Rasa macam ada dengar pasal cerita abang dapat no. 4 ni...hmm. Abang memang dahsyat. Tak semua orang dapat macam tu..hehehe

Tumpang lalu..

kingbinjai said...

wow terer!

Rjuna said...

Memang king la abang kak aida tuh, tak risau ke suami mintak petua nanti

areyoung said...

OE ~ IYA?

Pali ~ Hang rasa?

Umar ~ bye

Zan ~ Dasat?

King ~ Terer?

Seriusnya, aku dah mula terhidu Maya Darina kat sini ;P

Rjuna ~ Enche Rjuna tanak mintak petua? He he.

TheBlogMaster said...
This comment has been removed by the author.
TheBlogMaster said...

Salleh yaakob?

wah.. ko menulis semula ye aida setelah sekian lama!

yay! suker..
(berzaman aku tgk dah terbengkalai, frust betul!)

ahmad said...

the moral of the story....duit duit

AbnormalSuam said...

tak semestinya duit... duit tu satu hal yang kecik saja... tapi ada daya tarikan yang sudah pasti menyengat kalau dihindarkan... tu sebab nombor 1, 2, 3 dan 4 boleh jadi bahu-membahu...

Pegawai Khalwat said...

Ohh... awat tak habaq Aida ni adik SY.

Yatt said...

Salih yaacob le ni. Tak semua lelaki dapat peluang mcm dia dan x semua lelaki mampu spt dia...

Riniey Ariannie said...

Kak Aida..really suke bace karya akak..bile ar ilham akan dtg utk menulis sebegitu..