Monday, January 14, 2008

Kala Malam Bulan Mengambang

UPDATE.
Rupa-rupanya, post asal yang aku dakwa hilang, terselit dalam draft di bawah tajuk 'Mamat buat gila (lagi)!' Maka, aku mengambil keputusan untuk delete entry sebelum ini dan menggantikannya dengan yang ini walaupun semua pengomen kat bawah tulis berdasarkan entry yang sudah aku delete tu! ; p
Seharusnya kita, penggemar-penggemar filem kat Malaysia ni bersyukur sebab ada Tayangan Unggul yang ada bajet besar untuk suntik dana supaya pembikin filem kat negara ini tidak mati. TU best sebab mereka tak ralat untuk salurkan dana kepada filem yang tidak bersandarkan komersial semata-mata.
Contohnya macam Syaitan. Walaupun kutipannya mengalirkan air mata, filem tu sebenarnya tidaklah seburuk mana. Kalau tak takkanlah Bade boleh menang pengarah terbaik dan kata Bade, biar pun filemnya tidak lulus di hati penonton, dia tetap bangga sebab filem tu dijadikan rujukan dalam kalangan pelajar perfileman di negara ini.
Sekarang, TU keluarkan dana lagi (1.5 juta) untuk filem Kala Malam Bulan mengambang yang ditangani oleh pengarah yang mengaku dia ‘gila’, Mamat Khalid. Aku antara yang hadir sewaktu tayangan untuk press baru-baru ni. Dalam ucapan pembukaannya, Mamat beria-ia ingatkan, KMBM adalah sebuah filem noir. Katanya lagi untuk perhatian orang yang buta filem macam aku, noir bukanlah sebuah genre, tapi istilah yang digunakan untuk sebuah menggambarkan filem bergaya Hollywood yang merentangi zaman 40an hingga 50-an.
Maka sepulangnya aku ke ofis, aku pun mencari ‘apa barang’ noir ni. Ohh.. rupanya filem noir (kelam) ialah filem hitam-putih bergaya Hollywood yang dibikin merentangi zaman 40 hingga 50an. Biasanya filem noir mengangkat drama kriminal yang disuntik unsur moral dan seksual.
Aku rasa, gaya noir Mamat memang menjadi dalam KMBM. Selain visual hitam-putih, pencahayaan yang rendah dipraktikkan dalam filem ni menepati ciri-ciri noir biar pun tidak terhidang secara ekstrem. Kata penerbitnya Gayatri Su-Lin Pillai, gaya noir dalam KMBM lebih terkawal kerana jika terlalu mengikut gaya Hollywood, barangkali tiada penonton yang akan ke panggung.
Sebenarnya, aku sudah hampir menyampah dengan Mamat. Aku tidak tonton Lang Buana, tapi Rock betul-betul buat aku jatuh cinta walaupun rasa loya tu masih ada bila dikenangkan adegan 'burung belatuk'. Semangat Man Laksa pula aku salute walaupun filem tu tak termasuk dalam karya Melayu yang boleh buat aku ternganga. Zombi Kg Pisang plak, buat aku terus muak dengan semangat 'syok sendiri' Mamat.
Jadi oleh sebab expectation yang rendah atau filem ini memang bagus, aku rasa mahu melaung sambil melompat-lompat untuk menyatakan 'KMBM best oiii!'. Persetankan aspek bagus secara teori, kerana aku menilai filem yang bagus dari persepsi aku dengan cukup mudah - filem yang best ialah filem yang membuatkan aku sentiasa teringat padanya setelah selesai menonton.
Justeru itu, aku ucapkan terima kasih kepada Mamat kerana menutup tirai perfileman (yg aku tonton pada 2007) dengan filem sebagus ini. Barangkali aku tidak pandai menilai filem lebih jauh sehingga mampu menghadap setiap subteks dalam KMBM, tapi itu sebenarnya berita baik buat Mamat kerana ia membawa makna filem ini masih mampu melekat pada penonton kebanyakan macam aku. Lebih dari itu, KMBM membuatkan aku terfikir, gen kreatif dan kritis sebenarnya boleh diwarisi.

10 comments:

Amyz! said...

aku suka scene rosyam menggigil2 lepas kena rogol.
aku suka david teo cakap, mau massage ka?
burung wak-wak pun aku suka.

pendek kata, aku suka gila cerita ni. hahaha.

areyoung said...

betul. tangan gigil dia nyala rokok yg mahal tu ;P

Pa'chik said...

wei... tak leh tengok neh... nak kena tunggu bisidi lah... dibidi ke...
cerita orang tua gagah perkasa dan kawan dia tu takde? ekekekek...

areyoung said...

pa'chik ~ kata kawan aku, pakcik tu gagah sehh.

kata kawan akulah.

Pa'chik said...

kawan aku pun kata macam tu jugak... ekekek...

Tok Rimau said...

Aku rasa nak tengok filem ini 5 kali. Visualnya memberahikan. Humornya macam teka-teki, ada yang engkau tahu dan ada yang tidak.

Kena tengok lagi, di mana humor itu tersorok.

Dalam babak pembuka, hanya seorang sahaja yang ketawa dlm panggung melihat betapa bersungguh-sungguhnya pintu bilik dikunci. Ramai yang miss humor itu.

Ayang, memang kena tonton lagi.

areyoung said...

pa'chik ~ mungkinkah kawan kita tu org yg sama? eheheh ;P

tok rim ~ rasa saya, org yg ketawa tu tentu org yg teruja dgn mamat. mmg kena tgk lagi sbb kali kedua & seterusnya kita tentu akan lebih bersedia mengutip segala yg ter-miss tu.

tok, lakonan rosyam mmg superb la. i likee!

boe~ said...

aku belum ada rasa dgn cerita ni

Delly said...

Girl, im back!

areyoung said...

oe ~ ei, janganlah serius sgt ; )

delly ~ wohoo! ;D