Wednesday, November 23, 2005

Risau

Susah hati aku.

Sejak akhir2 ni... err okey maybe macam selalu aku mula rasa rimas dengan bising.

Satu waktu dulu aku tak kesah dengan bising. Aku boleh hadam bunyi tekno yang menggetarkan saraf otak sambil merenung jauh manusia2 kalut di sekeliling aku. (Dan aku masih tenang). Aneh sungguh.

Memang sejak kecik aku tak suka bunyi air paip yang tak tertutup rapat, tapi tak sangka dah sampai satu waktu ni aku tak suka lagi apa sahaja bunyi yang boleh buat aku serabut. Paling tak tahan, bunyi orang bercakap banyak tapi maksudnya sama saja. Makin lama makin elergik & doa aku, TuhanKu jauhkan diri ini dari menjadi golongan sebegini. Annoying betul!

Mujurlah. Habis saja meeting hari ni hari sudah petang & nyaman. Dan aku tenang semula.

(Moga B tak bertanya antara cd Ari Lasso yang pertama @ kedua, mana lagi best waktu perjalanan balik nanti).

No comments: