Dia adik yang terjal. Memang dalam ramai2 adik badik B, dia lain sket. Walaupun sopan dengan keluarga & mak yang dah tua, dia ligat di luar rumah.
Semalam kali ke2. Setelah aku dibawa B melawat Ijat seminggu sebelum raya, semalam aku ikut serta lagi dalam perjumpaan keluarga itu. Dia yang selama ini bebas, mungkin yang paling bebas antara kami, terkurung di balik sana.
Sama seperti sebelum ini, aku lihat wajahnya makin gelap. Mungkin selalu berpanas kot kat dalam tu. Katanya sebilik dengan bekas anggota JI. Ceritanya menjadi juru latih kawad mengetuai kawan2 baru yang lain. Hm, cerita manusia sentiasa ada walaupun terkurung.
Tak lama pun lagi dia kat dalam tu. Hujung bulan depan keluarlah. Masa dia masuk ke dalam dulu, aku rasa gembira. Kalau B tau ini yang aku rasa, mungkin muka dia biru kot. Tapi memang aku rasa macam tu. Kerana aku tau, itu saja caranya untuk dia berpatah balik sebelum terlewat. Sebelum member2 dia yang berambut blonde tu menjahanamkan hidup dia, sebelum dia terpikat ngan pondan & tak reti balik rumah lagi... elok dia 'berehat' sebentar, untung2 dia tersedar.
Alhamdulillah, dengarnya dah 3, 4 kali khatam al-Qur'an.
Sebelum balik Kak Long tanya kalau2 ada perkara yang aku nak bisikkan kepada dia di balik sana menerusi gagang yang dia pegang tapi aku senyum sambil geleng kepala saja. Lagi pun aku dah ucapkan Selamat Hari Raya kat dia tadi. Kami semua melambai sampai dia hilang dari celahan besi & kaca.
'B, kat dalam tu dorang boleh baca paper @ tengok tv tak?'
'Ntah... napa?'
'Lupa nak soh dia pesan kat member sebilik dia... Dr Azhari dah takde..'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
D A H K E N A L
B A R U S U K A
- joe jauh
- gaban ke
- raja buah
- itulah dia
- dunia rena
- kau kenapa
- limau nipis
- bukan bank
- bang indera
- mental weng
- lelaki normal
- budak biadap
- longgok puisi
- longgok cerita
- 2 pemuda gila
- mummy pinat
- skrin berdarah
- bicara kamarul
- rjuna setia-wan
- mak andeh & co.
- jawa tepi hi-way
- rajin pakcik rajin
- rimau pakai spek
- pojok enche dolah
- tanah untuk dibaca
- dak lipis yang klaka
- ensiklopedia bergerak
No comments:
Post a Comment