Saturday, February 25, 2006

Sayang Tak Terluah

Ehsan jalan pelan2, menahan panas yang memanah ubun tanpa belas. Dadanya kembang dengan harapan. Hidung pun macam tu.. tak tahan dengan bau baju yang dah seminggu diulang pakai.

Perhentian bas di seberang sana nampak kecil tapi dekat. Sekali sekala Ehsan dapat rasa rambut di dahinya bergerak diterpa angin kenderaan yang tiba-tiba meluncur. Panas, kereta yang laju, debu2 beterbangan & bau aspal biasanya membuatkan hati rasa tak sedap tapi bukan pada Ehsan.

Sesungguhnya hati Ehsan sudah melayang ke Ampang. Hari ini adalah sejarah. Sejarah yang benar seperti yang tercatat dalam buku teks, bukannya sejarah yang diuar2kan melalui sumber lisan belaka. Kalau pun sekarang dia berangan2, Ehsan tahu tiada apa melainkan takdir di luar kebiasaan yang mampu mengubah rencana hari ininya.

PINNNN!!!!!

Itu bunyi terakhir menangkap cuping telinga Ehsan sebelum segalanya menjadi tepu.

“Hang pernah tengok cerita Matrix? Macam tu lah yang kami rasa. Kami dapat tengok side mirror jatuh perlahan2 sebelum cermin berderai atas jalan,” cerita Ehsan sungguh2.

Aku, pandang mata Ehsan dalam2 mencari kebenaran. Lebih daripada itu, menikmati saat bercerita yang jarang kami adik beradik ada.

Segalanya terasa berat. Sampaikan Ehsan tak sangka tangannya kanannya mampu meraba dadanya mencari denyut. Kaki terasa kebas. Sedar2 dia sudah berada di tepi jalan. Pun dia tak sangka dia mampu sebab dia hanya sempat mengingat yang segalanya terlalu sukar untuk digerakkan sebelum itu. Allah yang tolong, dah tentu.

“Abang ingat kau dah mati!”

Itu ayat terakhir yang Ehsan dengar sebelum pintu teksi ditutup. Dia terus menyebut KL. Kenapa bukan Ampang terus? --Kalau kau berada di tempatnya kau tahulah.

Di tepi jejantas yang menghubungkan SOGO dengan stesen LRT STAR ada seorang pakcik tua yang tak jemu2 menghulurkan buku agama untuk melayu2 lalu lalang yang difikirkannya islam, Ehsan salah seorangnya.

Bagi seorang yang sedang bingung, yang tahu hanya Allah yang telah menyelamatkannya seperti Ehsan, buku itu tentulah seolah2 satu ironi yang tak harus dia biarkan. Ehsan seluk poket seluar keluarkan rm50 & menggoyangkan tangan apabila pakcik tu menyeluk jubahnya mencari baki.

“Buku apa tajuknya?”

“Tak ingat. Kami tinggal kat kedai makan dalam Pertama Compex,” Oh, aku tak hairan dengan jawapan itu. Yang aku hairan, kalau buku itu masih ada!

Panjang lagi cerita Ehsan ini sebenarnya. Perjuangan untuk mendapatkan bonus pertamanya telah menjadi kenangan yang takkan dapat Ehsan lupakan tentunya.

Di akhir cerita, aku tahu 2 perkara -- Satu, adik aku ni cuai, tak reti nak pandang kiri kanan bila melintas jalan hingga membimbangkan aku. Dua, aku kakak yang sungguh teruk. Ehsan tak talifon aku yang berada cuma beberapa kilometer dari Damansara Damai tapi dia lebih tega memberitahu abang yang bergegas balik dari JB sebaik dimaklumkan setelah kejadian ni berlaku.

Hujung bulan ni aku nak bawak Ehsan tengok wayanglah.

(Lalala... lagipun, dia dapat bonus lagi pertengahan bulan ni :)

1 comment:

psonica said...

Your are Nice. And so is your site! Maybe you need some more pictures. Will return in the near future.
»