Wednesday, September 27, 2006

Manusia Berselirat

Ada satu tabiat pada diri yg dari dulu buat aku rasa nak muntah sebab benci. Ianya bila aku sedih @ resah @ rimas.

Sewaktu aku tengah rasa perasaan2 yang tak best tu, aku akan rasa serabut, pastu aku akan menyanyi lagu2 yg ada dalam simpanan otak dalam hati. Boleh gitu?

Bayangkan aku tengah frust.. nak cari kedamaian.. patutnya mengingat istighfar @ ayat2 lazim tapi secara otomatik yang akan berdengung di jiwa adalah lagu!

Gila.

Thursday, September 14, 2006

Aku & Binatang

Minggu lepas aku pegi tengok kelip2 kat Sg Kuantan. Pengalaman tu sepatutnya menakjubkan bagi aku & suma yang ada masa tu tapi disebabkan iklan tenaga nasional ke hapa tah yang menunjukkan kelip2 terbang berkumpulan macam cantik sesangat, ada antaranya yang berkeluh kesah sebab 'tak nampak cam iklan pun?'

Panorama kelip2 kat sana sebenarnya cantik gak, cuma menatang tu takdelah terebang segerombolan, sebaliknya cuma tergantung banyak2 kat pokok apekenamatah di tebing sungai. Kata budak yang kayuh sampan tu, kelip2 jantan lagi terang cahayanya daripada yang betina. Kalau malam gelap.. lagi nampak cantik kelip2 tu rasanya. Itu hari pun dah macam pokok krismas dah.

Satu sampan muat 4 orang. Masa tengah dok mengharung sungai tu, terdengar plak bunyi satu jenis serangga tu. Mamat yang dok kat depan aku kata, "Tu bunyi riang2.." Waah, terus aku dapat speku dia ni mesti org utara pasal mak ayah aku rajin dok sebut nama binatang tu masa aku kecik2 dulu. Memang betul, pasal mamat tu masa perkenalkan diri kemudiannya kata dia datang dari Langkawi.

Erm, bila pikir2 balik banyak sebenarnya binatang yang jadi teman sepermainan aku, adek badek & kengkawan masa kecik2 dulu. Antara yang aku ingat:

Kupu2
Masa kecik2 dulu kupu2 rajin sangat masuk rumah waktu malam. Kupu2 tu plak jenis yang besar.. kepak kaler itam + putih & coraknya ala2 muka kelawar. Ee.. eerie.. Mak kata kalau kupu2 masuk umah maknanya ada orang nak datang. Jadi bila aku tengok kupu2 masuk umah je aku halau cepat2. Bukannya tak suka orang datang umah, tapi tak suka ah nanti kena bancuh air... kacau je orang nak tengok tv.

Kumbang
Kat belakang umah dulu ada bangsal burung. Kayu bulat kat bangsal tu memang feveret sejenis kumbang ni untuk buat sarang. Apa yang aku ngan abang selalu buat, kitorang amek botol cili yang dah kosong pastu tala lubangnya kat lubang kecik pada kayu tu. Dah tu kitorang ketuk2 kayu sampai kumbang tu keluar dari sarang. Kenakalan tak terhenti kat situ. Satgi kumbang tu dah terperangkap dalam botol kitorang taruk plak bunga kat dalam tu banyak2, pastu pakat2 gelak tengok kumbang tu dok kuis2 bunga nak keluar. Isk.. isk...

Menatang hapa tah
Dulu2 rumah felda biasanya ada beranda kayu kat depan. Bawah beranda tu memang port baek melepak ngan kengkawan. Biasanya kitorang korek tanah buat lubang congkak. Bila dah banyak kali main, tanah kat lobang congkak tu pun jadi licin. Buahnya pakai batu kecik2 @ guli jek. Dah bosan main congkak @ nyampah tunggu turn lambat sangat (pasal main congkak kan 2 orang je boley) aku ngan kengkawan suka tiup tanah pelan2 sampai nampak satu binatang kecik ala2 kutu. Ekceli nak tiup tanah tu ada lagunya tapi aku dah lupa. Kiranya tiup sambil nyanyi2 gitu. Tiup tu plak ada caranya, kalu tak alamatnya makan pasir ah ko. Apa nama menatang kecik tu eh.. aku pun dah lupa. Dan aku jugak lupa apa motif menatang tu dicari sampai macam tu sekali. Mungkin sebab masa kecik bila dapat menganiaya binatang kita rasa puas hati kot.. hahah.

Riang2 @ Reriang
Haa.. sama cam kumbang, riang2 gak kalau dapat ke tangan aku & abang kitorang masukkan dalam botol. Bezanya, nasib dia malang sket. Abang aku suka no masukkan pasir bukan bunga pasal bila riang2 tu kuis tanah, bunyinya lebih kuat lagi. Kata abang aku bunyi cam frekuensi radio.. haha. Eh ko tau tak riang2 ni camana rupanya. Alaa.. menatang ni kaler ijau pastu suka buat bunyi. Tapi tak pastilah plak bunyi yang dibuatkan tu menandakan dia riang ke tak sebenarnya..

Belalang
Kalau kau budak kampung, jangan kata kau tak pernah tangkap belalang. Masa kecik2 dulu aku suka tangkap belalang ijau kat daun keladi tepi longkang depan umah aku. Tapi tak brapa best sebenarnya belalang2 ijau kat situ, pasal dorang kecik2 je. Kalau dapat tangkap belalang kunyit yang kaler kuning yang besar tu memang bangga gila ah, pasal susah sket nak tangkap yang tu. Ini kerana belalang kuning suka hinggap kat rumput laman masa panas lit lit... banding ngan belalang ijau kat keladi. Kalau dapat tangkap belalang kitorang biasanya akan buang kaki dia yang belakang, pastu dok sama2 perati belalang tu sejauh mana dia bleh lompat. Huduh tul perangai kan?

Mentadak
Kalau bernasib baik masa cari belalang tu kitorang jumpa mentadak. Mentadak biasanya kitorang tak kacau pasal dia statik je kat daun tak lari2 kalau kantoi. Apa lagi bermula la ayat popular di kalangan budak2, "Mentadak mentadu... camana dia ni tido..?" Lepas ayat tu disebut kitorang akan gelak kuat2 sambil mengajuk apa yang mentadak tu buat. Haha!

Pepatung
Pepatung susah nak tangkap oo... dia terbang punyalah laju sampai ada orang kata mata bleh buta kalau dia rempuh. Betul ke? Ntah laa. Apa pun menatang ala2 helikopter ni tak terlepas dari cengkaman kenakalan kitorang kalau dapat tangkap. Aku tak sanggup buat tapi budak2 lelaki kalau dapat pepatung ni dorang suka ikat benang pada hujung abdomen menatang tu. Zalim kan? Dah tu, dorang akan lepaskan pepatung tu terbang tapi bila agak2 dah tinggi benang tu ditarik plak. Kononnya main layang2 versi pepatung la kot. Hii.. yang ni aku tak main. Tak sampai ati. Setakat menumpang kegembiraan & bertepuk tangan tengok pepatung tu menggelabah nak terbang tinggi adalah. Histt.

Kucing
Aku sebenarnya tak minat sangat kucing masa kecik2 dulu tapi sekarang baru rasa menatang ni comey. Camana pun aku takleh lupa cara abang aku buat kucing jadi mainan. Dia suka tangkap kucing, pastu ikat 2 kaki depan & 2 kaki belakang kucing tu ngan tali. Pastu tau apa dia buat? Dia amik kayu, masukkan tengah2 kucing tu & taruk kat bahu ala2 dalam filem melayu lama. Alaa.. yang scene kalau ada yang nak pergi merantau kan dorang suka letak beg bungkusan kain pada kayu tu.. cuma bezanya abang aku andaikan kucing tu macam bungkusan kain tu.. atau lebih tepat mungkin konon2nya binatang yang dia dapat masa berburu la kot. Siannn kucing tu kan. Menjadi mangsa kekreatifan abang.. hiks.

Anak Ikan
Kat belakang umah cikgu ngaji yang kitorang panggil Mak Long ada paya. Paya tu mengalir ke kubur sebenarnya, tapi budak2 kalau dah sonok main mana nak peduli sangat, ye dak. Tapi yang ni abang aku tak join skali. Kalau pegi paya biasanya aku la jadi mastermind-nya bawak kengkawan & adik lelaki. Sebelum pegi biasanya kitorang balik ambik besen jarang buat penyauk. Kadang2 dapat udang2 yang kecik tu sekali. Selalunya mana yang dapat tu kitorang taruk dalam botol nescafe, pastu taruk air sungai & sikit rumpai paya. Balik umah kalau lupa tutup botol tu esoknya mesti ikan2 ngan udang dah mati pasal lompat keluar botol.

Hmm, rasanya ada beberapa binatang lagi yang telah menyerikan zaman kanak2 aku tapi biarlah aku simpan je dalam lipatan kenangan.. cheewah. Seronok bila kenangkan sumer pengalaman ni sebab aku tau budak2 zaman sekarang kebanyakannya tak lalui semua ni lagi walaupun dok kat kampung @ felda.

Halaa, rindunya zaman kanak2..!

Wednesday, August 30, 2006

Menilai Kita

Ko sedar tak..?

Jika hari ni seseorang bercerita pada ko tentang kisah malang hidupnya, misalnya kena rogol.. ko mungkin berdiri bertepuk tangan sambil memuji ketabahan hatinya. Tapi esok2 kalau dia lupa nak senyum kat ko, tak mustahil kau akan bercerita pada orang sekeliling betapa kasihannya ko pada dia sambil menyelitkan sedikit hint yang membawa maksud lebih kurang, 'padan muka dia kena rogol.. sapa soh pakai seksi?'

Macam tu jugak kalau hari ini ko rasa ko dah jumpa kawan yang ko rasa ikhlas mencari kawan sepertimana ko, & ko bercadang untuk mengambilnya sebagai kawan dunia akhirat, hingga ko berkongsi segala perasaan ko tentang dunia kepada dia, sambil mendengar dia mengeluh tentang ketidakadilan manusia lain terhadapnya, dan ko pun menangis bersama mendengar keluhannya ditinggalkan seseorang, kau & dia tak pernah berkira tentang duit & masa... sampai satu ketika kau akan rasa sangat-sangat sebal & kecewa & terkilan & sedih & menyesal & tertanya-tanya apa sebabnya dia masih tak mampu menulis nama ko di barisan nama kawan yang boleh dipercayainya.

Kerana kita manusia, kadang-kadang bila kita membaca coretan kawan kita & kita terluka, kita biasanya lebih cenderung kepada rasa sakit hati & menyalahkan dia kembali tanpa mau mengenang & datang menyapa kembali kawan yang makin lama makin jauh kita tinggalkan.

Mungkin kerana itu, seorang pengarah yang sering terluka kerana tak difahami dalam dunia realiti mampu menghasilkan filem-filem terhebat di negaranya?

Friday, August 11, 2006

Kenapa Curang..?


















Waah.. rupanya aku dah silap menilai filem2 Hindi. Banyak yang dah bagus sekarang, antaranya baru aku saksikan pagi tadi, Kabhi Alvida Naa Kehna (Never Say GudBye).

Filem ke4 Karan Johar ni cukup mengagumkan peminat drama cam aku. Gila! Gila!

Sapa2 tlg bagi tau macam mana si Karan ni boleh buat filem yang sarat ngan konflik jiwa yang sangat2 benar ni? Mana dia dapat buat skrip yg sangat2 real ni? Gila!!

Filem ni berkisar tentang Dev (SRK) & Maya (Rani) yang bertemu buat kali pertama beberapa minit sebelum perkahwinan Maya. Maya ni pompuan yg tak pernah merasa jatuh cinta & bakal berkahwin ngan kawan sejak kecik, Rishi (Abishek) manakala Dev plak lelaki yg berlawak kasar & dah berkawin ngan Rhea (Preity). Pendekkan cite, si Dev soh Rani kawin je ngan Rishi tu.. tok sah tunggu cinta pasal kalau kita tunggu cinta belum tentu kita akan jumpa, silap2 tak kawin sampai ke sudah.

Tak lama pastu Dev eksiden & kejadian tu mula mengubah pendangan Dev terhadap hidup. Siot.. betul sungguh. Kadang2 walaupun kita dah ditemukan dengan org yg baik kat kita, kita terlalu mengada2 sampai sibuk nak gali kata2 pasangan kita sampai ke akar walaupun dia kadang2 tak bagi kita ayat bermetafora bagai.

Si Dev yg ego sbb hilang keupayaan sbg ketua keluarga rasa tak berguna & melindungi kelemahannya dengan menjadi perengus manakala si Maya ni plak terlalu emo, sibuk bertanya kat hati camana agaknya bila jatuh cinta.

Bila kau tak bersyukur ngan apa yang tuhan dah bagi, setan memang senang sangat nak menyusup. Kau namakan itu prsahabatan, kononnya atas dasar nak bertukar bicara hati, sudahnya sama2 hanyut.

Melihat Dev & Maya menemui kegembiraan apabila menjalin hubungan terlarang membuat aku merasa sedih. Sungguh benar sekali. Kau tau kenapa orang boleh curang walaupun pasangannya perfect? Sebab aku rasa camni. Masa kau bercinta kau rasa nak tau sangat tentang diri dia. Bila kau berborak ngan dia, berkongsi cerita.. kau dengar sungguh2 sebab memang berminat. Alah, ko fikir macam ni ajelah. Kat ofis kau ada sorang awek cun. Satu hari kau nampak dia menangis kat tangga, masa tu tak ada orang. Ko tanya dia kenapa? Dia pun ceritalah, balak dia mat rempit, pastu pukul & pau duit dia.. dia nak berubah.. bla bla bla.. masa tu ko tentu akan cair kan. Balik rumah malam tu silap2 takleh tido pikir macam mana nak selamatkan hidup awek cun tu kan?

Tapi bayangkan pulak masa ko balik rumah tiap2 hari.. pastu bini ko merungut pasal makanan kat kafe ofis dia tak sedap, dia teringin nak cat umah kaler purple muda, nak pergi tengok filem remake kat wayang... berapa kerat yang akan dengar penuh minat & respon macam yang diharapkan? Itulah yang Maya tak dapat daripada suaminya. Dan Dev.. kesibukan bini dia buat dia kian tercabar.

Curang biasanya bermula daripada perasaan rasa terabai. Perasaan ni akan melahirkan berontak yang akhirnya membuatkan kita rasa tak salah walaupun crang. Bila dah curang & kita rasa bersalah pun, akan ada perkataan TAPI yang akan menghalalkan tindakan kita tu akhirnya.

Aku nak tengok balik filem ni.

Karan Johar.. I LOVE YOU-lah!!!

Tuesday, August 08, 2006

Aku Perempuan

Ko pernah tak rasa apa yang aku alami ni?

Macam ni.. ko rasa bila ko borak ngan satu orang tu kan, ko dapat rasakan ko sangat2 faham apa yg dia nak katakan walaupun ayat dia belum abis. Bila dia bercerita, ko boleh nampak emosi yang nak dia sampaikan melalui matanya aje. Kalau dia semangat, ko rasa pancaran semangat dari mata dia tu hampir buat kau rentung!

Tapi ngan satu orang ni pulak, ko rasa kekok abis. Bila dia bercakap ngan ko, ko dapat tengok anak mata dia cam lari-lari.. rasa tak selesa sangat macam kita ni ada skandal ngan bapak dia. Pastu bila dia wat lawak, kita gelak tak seikhlas hati.. gelak sebab kita sama-sama Melayu je. Kita nak buat lawak ngan dia? Takde feel lah!

Pastu bayangkan camni pulak. Ko nak suruh orang terdekat ngan ko bagi semangat ni. Ko pun ceritalah ko plan tu.. plan ni... nak buat tu.. nak buat ni... tapi orang terdekat tu tak bagi respon yang ko harapkan. Ko hangin. Ko nak suruh dia berubah. Ko sepatutnya cuma kata kat dia, "Supportive la sikit.. nanti saya pun wat camtu kat awak, okey?" (sambil tersenyum manja). Jadi dia pun akan kata, "Eh mana ada.. takdela..." dan keadaan jadi biasa, tak tegang, tak girang.

Masalahnya ko tak cakap camtu. Nak suruh dia jadi supportive je, tapi ko sibuk mukadimah berjela2. Ko ceritakan kat dia tentang kisah ko masa kecik-kecik dulu... masa ayah rotan ko depan kawan-kawan, pastu ko jadi marah.. & bertekad nak satu hari nanti nak ada famili yang bahagia.. bla bla bla.. by the time sampai part nak suruh dia jadi supportive tu muka dia dah biru bosan!

Sebenarnya apa masalahnya kat sini? Mula-mula ko akan fikir orang terdekat tu bukan dalam kelompok orang para dua.. tapi kemudiannya ko akan mula risau..

.. barangkali ko yang berlebih-lebih!

Monday, August 07, 2006

Apa Yang Tinggal?

Aku baik hari ni.
(Astaghfirulah.. baru satu hari puasa ganti dah kata baik?)

Kurang 2 jam waktu bekerja tamat - hari ni dateline kerja dah siap (merdeka!) - dah berpinar mata berforum kosong..

Sudahnya,

Aku mengabiskan sisa2 masa menyelongkar hidup sorang mamat cool.. yang tulisannya sentiasa buat aku sedia untuk pergi kepada dia bila2 masa pun kalau dia sudi...

Tapi kini baru aku ketahui dia rupa2nya GAY!

Isk.

Thursday, August 03, 2006

Yeay!











Uishh.. aku taklah sekronik Edward Bloom okke..!

Ko bayangkan ek.. di sekeliling penuh ngan rumput2 empuk saujana mata memandang. Ko berlari2 anak menikmati hamparan hijau yang turut ditaburi bunga2 kuning yang harum & mekar2 belaka. Angin.? Angin?! Ahh.. angin bertiup sepoi2 bahasa betul2 macam suasana sebelum ujan.

Oh, tengok sana. Ada kambing putih tengah meragut rumbut. Dan tak jauh dari situ, ada gadis sedang menyidai baju sambil menyanyi girang. Eh, eh. Kat sana ada pulak awek cun sedang tersenyum manis menjulang baldi kayu di bahu. Rupanya.. isk! Sebijik macam muka awek yang menghias pembalut gula2 susu yang harganya seposen 2 biji. Alah, yang selalu kita kunyah masa kita budak2 dahulu tuu.. sweet kan?

Ok, aku memang berlebih2.

Tapi itulah. Lagi 4 tahun jadi 1 dekat wei.. akhirnya hari ini. Ya, hari ini! (Walaupun jalan masih lagi panjang).

Err sapa ada mp3 lagu2 meleleh Axl, Scoin, Spoon, Sting...?

Friday, July 28, 2006

Yuck!

Hiss... pasal apa ah. Aku melayu jugak, orang kampung jugak.. malah lagi kampung dari engkau barangkali.

Dah lama aku tak paham, kenapa ada yang sanggup menggadai nyawa.. & berlagak seolah2 ustazah kat sekolah tak pernah ajar pasal najis mukhoffafah. (Ok, ok. Yang part najis tu aku ngaku saja tulis sebab nak bagi ayat lagi sedap)

Tiap kali masuk toilet aku benci betul bila tengok ada hamba Allah mana tah tak reti2 nak buang tisu yang dah digunakan, sebaliknya mendalah tu ditaruk molek je kat atas tempat flush. Helloooo! Ko fikir ada orang yang sanggup buang tisu bekas ko lap tahapa2 tu dalam lubang jamban untuk ko?

Camtu gak bila tengok ada kesan tapak kasut kat atas pelapik mangkung tandas. Adui.. makhluk manalah yang sanggup bertenggek kat atas tu.. kan ke dah tahap membahayakan nyawa namanya tu?

Tahlah ek.. masa kebanyakan tandas awam kat Malaysia dulu jenis cangkung, kita rasa geli nak masuk sebab lantainya yang berair & berlendir. Sekarang ni bila kebanyakannya jenis duduk pulak, dah orang tak reti guna pulak dah.

Lain kali aku kena ingat, selesaikan segala hajat sebelum keluar rumah!

Wednesday, July 26, 2006

Belasungkawa

Kau pernah rasa hati macam digaru2? Bukan, bukan kiasan. Sungguh, aku rasa macam hati digaru2!

Macam mana nak terangkan ek.. kau rasa macam nafas tak lepas, jantung berdebar2, tangan jadi sejuk.. & semua tu membawa kepada perasaan berbaur yang aku rasa cam gatal semacam kat dalam dada~ bagai digaru2!

Mula2 pagi tu aku tengok MHI sekilas pandang pasal adik sultan pahang kena bunuh ngan anak sendiri & aku dah rasa tak sabar nak gi ofis baca paper online. Sekali pagi tu, aku dapat plak berita pasal kematian pelakon Hani Mohsin. Arghh.. berita kematian mmg mengecutkan org yg kurang buat pahala macam aku ni!!

Ya Allah, mmg kematian tu akan datang kepada sesiapa sahaja, tak kira tua muda, termasuk ngan cara yang tak disangka2.

Semoga, aku sentiasa diberi petunjuk, kekuatan & dilorongkan jalan untuk terus menuju ke arah yang benar jadi aku tak ralat bila2 masa pun dipanggil olehMu.

Al-Fatihah buat Tengku Datuk Putri Kamariah, Tunku Rizal Shahzan & Hani Mohsin. Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali...

Tuesday, July 18, 2006

Dihempap Roda

Bermula petang semalam bila si Maman terlupa bawa cd 507 untuk dapatkan signature So7 & aku keras / kepanasan kat ofis sampai jam 8.

Aku perlukan terapi Jasmine Woman pagi ni, tapi malangnya roda hidup ni sedang berada di bawah, jadi seeloknya aku duduk diam2 kat kubikel ni & belajar utk jadi orang yg bersabar & beryukur.

Huwoii, tolong jangan cakap banyak tepi telinga aku @ jap lagi aku hempuk ngan lighting board ni!!!

Tolong Jangan Bercakap Dengan Aku Kalau Tak Nak Aku Maki (dalam hati)

Kadang2 untuk jadi manusia yg bagus kita jadi bodoh macam ungka. Berapa ramai perempuan / lelaki yg bodoh, jumpa manusia berlainan jantina & bila dengar orang itu dalam kesusahan mau jadi hero. Kalau ko terror sangat tak apa, ini kononnya atas dasar manusia.

Kata sorang manusia panas yg pernah kesian kat aku lalu menjadi bodoh, syaitan itu suka mengumpan manusia atas tiket kebaikan sebelum menjerumuskannya menjadi sahabat rapat dia. Sudahnya, dia sendiri memakan kata2nya, haha.

Returning Lily memberitahu aku perkara yg sama. Kalau engkau perempuan yg sedang memberontak, tonton cerita itu. Kau akan rasa lega sebab pada mulanya dia membuat kau bersorak sebab kau fikir akhirnya ada org asing yg memahami engkau, tapi kemudiannya engkau tambah lega sebab ia akan mengajar engkau apa yg sebenarnya betul. Dalam kata lain, kau akan kembali jumpa kenapa engkau perlu bersabar.

Syukurlah, aku tak perlu mengambil heroin hari ni.

Wednesday, July 12, 2006

Tuhan, berikan aku kekuatan!

Hmmphhh...

Monday, May 08, 2006

Jangan Ketawa
















sekadar gambar hiasan walaupun err.. sama kiutnya :P

Sebaik aku bertukar ke sekolah tu, aku dah terdengar tentang kegarangan dia. Sebat sekuat hati dia kalau kantoi isap rokok, ketuk kepala ngan buku kalau tak siap kerja sekolah, gunting seluar kalau kaki seluar berkibar2… & manyak lagi. Dia menjadi legenda cikgu disiplin paling garang kat sekolah yang memiliki murid teramai di negeri Pahang itu.

Tup, tup satu hari dia muncul kat sekolah tu, kembali semula. Jawatan cikgu disiplin kembali bertukar ke tangan dia. Nama cikgu tu, Alim.

Aku tak biasa sangat dengan Cikgu Alim sebab aku murid yang baik masa sekolah dulu, serius. Lagipun, bukan dia yang nak aku ceritakan ni & aku sendiri tak paham buat apa aku tulis panjang2 ni semata-mata nak bagi tau pasal dia yang tak terbabit secara langsung pun dalam kejadian yang berlaku dalam hidup aku hari ni.

Cuma yang aku nak cakap, ko letakkanlah orang segarang Cikgu Alim tengah pegang tali pinggang kat depan aku dengan zip seluar dia terbukak, aku dah tak nampak misai melintang dia dah. Yang aku pasti, aku akan gelak. Gelak sungguh-sungguh, bukan main-main punya!

Pernah sewaktu bekerja di kompeni lama dulu, satu mesyuarat diadakan antara pihak pengurusan & jualan. Bila ada sorang manager menegur kaki tangan jualan tak pakai baju yang sesuai untuk membawa imej syarikat ketika bekerja, sorang eksekutif jualan cuba mempertahankan anak buahnya. Kami panggil dia Chip.

Mungkin Chip terasa ngan teguran tu sebab dia ni sendiri walaupun dah tua, suka betul mengenakan seluar slek dengan baju turtle neck hampir setiap hari. Chip ni kalau cakap meleret2, dan aku dah dapat menghidu akan berlaku lawak yang tak disengajakan sekejap lagi.

Betul. Apabila dia berkata ngan muka serius, “Yaa… kalau nak cakap pasal disiplin yaa… ada macam2 cabang disiplin ni. Erti disiplin tu kalau nak dihalusi yaa… bla..bla..bla..” pehh! Orang cakap pasal pakaian je, boleh dia terangkan pulak definisi disiplin kat dalam mesyuarat tu!

Aku pandang kiri kanan. Semua orang tekun mendengar kata2 Chip kecuali sorang geng yang sama kepala ngan aku dah merah2 muka tahan gelak. At last aku terpaksa keluar gi toilet, semata2 untuk ketawa sepuas2 hati.

Tadi, aku buat lagi perangai tu.

Alien, aku & Izwa duduk satu barisan. Cam biasa, tak ramai yang datang screening filem omputeh. Dah pukul 10.30, tak sampai 10 orang memenuhi wayang membuatkan kerusi rompong sana sini termasuk seat depan kami.

Tiba-tiba masuk 2 lelaki, nampak 'maskulin' ngan seluar jeans lusuh & plastik merah tersembul dari kocek belakangnya.

Tanpa terus duduk, yang sorang lagi bersuara kepada yang sebelahnya. “I think this seat is better…bla bla bla” katanya sambil tangan kiri diangkat untuk mengukur ketepatan kedudukan kerusi yang dia pilih ngan skrin.

Baru member dia nak duduk, dia bersuara lagi, “But I like no 9.. let me seat here.. bla bla bla..” dan member dia terpaksa menipiskan badan untuk bagi dia bertukar tempat duduk.

Isk! Aku pandang Alien ngan harapan dia akan cakap apa2 saja ngan aku jadi aku tak terbabit ngan masalah negara kat depan tu. Malangnya, Alien dah herot2 muka tahan gelak. Aku? Hoh… tak mampu dikawal lagi!

Sudahnya, Alien & Izwa terpaksa kedepankan badan memasing untuk berborak sekaligus melindungi muka aku daripada mamat kat depan tu nampak pasal aku dah takleh berenti gelak dah. Sumpah. Bukan aku tak cuba cool down, tapi memang tak boleh.

Aduh, aku harap mamat tu tak bengang ngan aku walaupun aku perasan dia banyak kali toleh ke belakang ala2 tengok ramai ke yang datang screening tu padahal aku rasa dia sebenarnya mungkin nak usha sapa yang dok gelakkan dia tak berenti. (Dalam hati aku, mati la kalau dia tunggu kat parking nak lempang aku kang).

Berat.. berat..

Wednesday, April 05, 2006

Ayah Sayang Kaulah..!
















~ Orang tua ngan mata sedihnya

Aku mungkin rasa nak nangis menyaksikan sorang ibu mengendong anak melalui titi gantung semata2 untuk bagi rawatan terbaik kepada anaknya yang sakit; tapi ada lagi perkara lain yang menyentuh hati ni. Emak –macam yang semua orang pun tau –akan sanggup berbuat apa saja untuk anaknya. Ayah? Sayang kat anak, tapi sesetengah keadaan takkan mampu mendahulukan anak daripada dirinya. Maaf, tapi bagi aku itulah.

Kerana tu, masa nak pergi sekolah pagi masa zaman belajar dulu aku cukup syahdu bila tengok ada ayah yang membonceng kadang2 bukan satu –tapi 4 anak naik motor untuk dihantar ke sekolah. (Jangan cakap pasal isu keselamatan, itu cerita lain oke).

Oh, aku dah jauh melalut.

‘Riding Alone for Thousands of Miles’ (menunggang seorang diri untuk berbatu2 jauhnya – kata translator GSC) menyentuh hati aku. Aku fikir bila direktornya Zhang Yimou (Hero, House of Flying Daggers) dah tentu ceritanya mesti ada sinematografi cantik, unsur drama sikit & ada sedikit aksi untuk menjadikannya sesuai dengan arus perdana. Aku silap.

Sinematografi? Ada laut, bukit & batu & kampung tapi bukan itu yang mencantikkan filem ini. Mula2 tengok lagi aku dah rasa sikit goyah pasal mainan kamera terlalu biasa2 & tak ada @ tak perasan pun yang diambil mengikut kaki pelakonnya berjalan @ menerusi celahan daun @ dinding @ bumbung.

Beberapa minit pertama gak aku asyik tertanya2 bila Pokcik Takada (Takakura Ken) nak bercakap. Dia ngan perangai orang tuanya yang mudah merajuk (lari keluar dari hospital bila dia dengar anak dia tak nak jumpa dia) & keegoannya (menantu dia emo gile cerita tentang Ken-ichi tapi dia cuma mendengar) buat aku terdetik, “Keraslah aku tengok drama yang watak utamanya dahlah tua… tak reti bercakap plak tu!”.

Simple. Orang tua yang suka menyimpan perasaan tu apabila mendapat tau betapa sukanya anak dia pada Opera Bertopeng Cina, hingga bercadang datang ke China semula untuk memfilemkan nyanyian Li Jiamin, membuatkan dia memutuskan mahu menyiapkan impian anaknya tu –sebagai tanda kasih yang selama ni tak terucap.

Dari sini flow cerita mula membuatkan aku rasa best.

Di China, Takada terpaksa berdepan ngan kesusahan yang tak disangka (selain masalah bahasa yang dah tentu). Semuanya jadi caca marba bila si Li Jiamin yang cam bagus tu kena tangkap plak membuatkan Takada terpaksa berurusan dengan pelbagai pihak ngan susah payahnya demi memastikan rancangannya tak tergendala cam tu aje.

Dan aku takleh menahan perasaan hiba apabila melihat Takada memegang kain tertulis kaligrafi terima kasih yang menutupi mukanya, hanya kerutan dahi yang merah padam tanda dia menangis ketika merayu agar dia dibenarkan berjumpa Li Jiamin dalam penjara. Betapa dia, mula belajar menjadi manusia yang mampu melepaskan perasaannya apabila terpaksa. (Sepertimana dia mula belajar untuk menunjukkan kasih sayangnya hanya setelah mengetahui anaknya akan pergi).

Dalam pencarian tu Takada mula belajar tentang anaknya & dapat dilihat, kalaulah anaknya tu panjang umurnya tentu dia akan menjadi ayah yang sama cam Takada. Kedua2nya suka memandang gunung @ laut & diam di tengah keriuhan -kata anaknya Opera Bertopeng itu jambatan untuk dia bercerita tentang kesunyiannya & Takada juga mula faham mengapa anaknya tu suka ke China -yang membuatkannya rasa asing. Janji anaknya untuk memfilemkan nyanyian Li Jiamin sebenarnya hanya untuk menjaga hati; hakikat sebenarnya dia gembira apabila berada dalam masyarakat yang tahu menghargai kehadiran & usahanya.

Pertemuan Takada & anak luar nikah Li Jiamin, Yang Yang menguatkan lagi kebenaran yang mula disedari Takada. Betapa anak harus difahami & dihormati perasaannya. Kejauhan akan membuatkan sang anak benci kerana kerinduannya tak berbalas. Sayang, kemuncak perasaan sedarnya -ketika Yang Yang yang menjadi perlambangan anaknya sendiri satu ketika dulu tertidur & didakapnya kemas di balik batu; orang yang sepatutnya menerima pelukan itu pun pergi buat selamanya.

Cerita tak habis kerana Zhang Yimou mahu menunjukkan kepada kita Li Jiamin pun harus belajar apa itu tanggung jawab sebagai ayah yang peduli jadi Takada kembali ke penjara -bukan untuk memfilemkan nyanyian Li Jiamin tapi untuk menunjukkan slide gambar (semua orang tertunggu2 bila slide Yang Yang sedang berak akan keluar :P) sekaligus menunjukkan kepadanya inilah anak yang ko harus hargai supaya tak jadi cam aku.

Judulnya… cerita… pelakon.. segalanya aku suka. Aku benci jalan berdebu, batu2 bosan tapi itu sebenarnya elemen yang menguatkan emosi dalam filem ni sebab ngan cara tu ko akan cuma fokus pada apa yang hendak disampaikan. Takada yang dingin & serius dineutralkan oleh ‘translator’nya yang lawak -reti cakap Jepun sikit2 & asyik tersasul menyebut perkataan english apabila bercakap ngan Takada.

Lakonan budak yang pegang watak Yang Yang pun cemerlang sekali (dia terpilih daripada 70,000 budak2 yang datang audition!) & setiap langkahnya dalam filem ni aku turuti dengan bisikan hati, “Budak2 yang tak dapat kasih sayang normal takkan buat camni..” (dia tak menangis ketika berlari mengejar kereta Takada sambil meniup wisel) & dia tak buat itu & satu ketika aku terdetik, “Oh, sekarang dia mesti melepaskan perasannya sebab budak2 takkan mampu menahan ini.” (menangis bila disergah ketua kampung sedangkan dia tak tau nak jelaskan maksud hatinya) dan itulah yang aku dapat tonton.

Ok, aku sayang ayah aku. (Dan cerita ini aku suka sebab aku melihat ayah di dalamnya.)

Saturday, February 25, 2006

Sayang Tak Terluah

Ehsan jalan pelan2, menahan panas yang memanah ubun tanpa belas. Dadanya kembang dengan harapan. Hidung pun macam tu.. tak tahan dengan bau baju yang dah seminggu diulang pakai.

Perhentian bas di seberang sana nampak kecil tapi dekat. Sekali sekala Ehsan dapat rasa rambut di dahinya bergerak diterpa angin kenderaan yang tiba-tiba meluncur. Panas, kereta yang laju, debu2 beterbangan & bau aspal biasanya membuatkan hati rasa tak sedap tapi bukan pada Ehsan.

Sesungguhnya hati Ehsan sudah melayang ke Ampang. Hari ini adalah sejarah. Sejarah yang benar seperti yang tercatat dalam buku teks, bukannya sejarah yang diuar2kan melalui sumber lisan belaka. Kalau pun sekarang dia berangan2, Ehsan tahu tiada apa melainkan takdir di luar kebiasaan yang mampu mengubah rencana hari ininya.

PINNNN!!!!!

Itu bunyi terakhir menangkap cuping telinga Ehsan sebelum segalanya menjadi tepu.

“Hang pernah tengok cerita Matrix? Macam tu lah yang kami rasa. Kami dapat tengok side mirror jatuh perlahan2 sebelum cermin berderai atas jalan,” cerita Ehsan sungguh2.

Aku, pandang mata Ehsan dalam2 mencari kebenaran. Lebih daripada itu, menikmati saat bercerita yang jarang kami adik beradik ada.

Segalanya terasa berat. Sampaikan Ehsan tak sangka tangannya kanannya mampu meraba dadanya mencari denyut. Kaki terasa kebas. Sedar2 dia sudah berada di tepi jalan. Pun dia tak sangka dia mampu sebab dia hanya sempat mengingat yang segalanya terlalu sukar untuk digerakkan sebelum itu. Allah yang tolong, dah tentu.

“Abang ingat kau dah mati!”

Itu ayat terakhir yang Ehsan dengar sebelum pintu teksi ditutup. Dia terus menyebut KL. Kenapa bukan Ampang terus? --Kalau kau berada di tempatnya kau tahulah.

Di tepi jejantas yang menghubungkan SOGO dengan stesen LRT STAR ada seorang pakcik tua yang tak jemu2 menghulurkan buku agama untuk melayu2 lalu lalang yang difikirkannya islam, Ehsan salah seorangnya.

Bagi seorang yang sedang bingung, yang tahu hanya Allah yang telah menyelamatkannya seperti Ehsan, buku itu tentulah seolah2 satu ironi yang tak harus dia biarkan. Ehsan seluk poket seluar keluarkan rm50 & menggoyangkan tangan apabila pakcik tu menyeluk jubahnya mencari baki.

“Buku apa tajuknya?”

“Tak ingat. Kami tinggal kat kedai makan dalam Pertama Compex,” Oh, aku tak hairan dengan jawapan itu. Yang aku hairan, kalau buku itu masih ada!

Panjang lagi cerita Ehsan ini sebenarnya. Perjuangan untuk mendapatkan bonus pertamanya telah menjadi kenangan yang takkan dapat Ehsan lupakan tentunya.

Di akhir cerita, aku tahu 2 perkara -- Satu, adik aku ni cuai, tak reti nak pandang kiri kanan bila melintas jalan hingga membimbangkan aku. Dua, aku kakak yang sungguh teruk. Ehsan tak talifon aku yang berada cuma beberapa kilometer dari Damansara Damai tapi dia lebih tega memberitahu abang yang bergegas balik dari JB sebaik dimaklumkan setelah kejadian ni berlaku.

Hujung bulan ni aku nak bawak Ehsan tengok wayanglah.

(Lalala... lagipun, dia dapat bonus lagi pertengahan bulan ni :)

Thursday, January 19, 2006

Bukan Azam

"Dah nak kawen eh?"
"Azam tahun baru?"

Aku senyum sambil dalam hati berkira2. Perlukah aku bertanya pada boss :

"DAH RASA2 TAK LAMA, TU YANG PERGI HAJI NI..?"

Antara yang aku suka (of course selain B) -abang Gayour. Katanya :

'Cik Aida lebih manis -walaupun seharusnya dada itu lebih bertutup!' : )

Wednesday, December 21, 2005

Azam

(Bukann! Ni bukan sempena tahun baru! )

Tatkala :
...dateline lambat lagi
...dah bosan jenguk setiap blog yang disisip di favorites
...mata dah rasa kabur sebab kontek lens free tak cukup power
& semestinya cuaca kat luar mendung (sebelum ujan)

Waktu tulah aku akan rasa nak jadi wanita paling solehah:
...lap abuk kat rak tv
...mop lantai sampai rumah berbau epal
& sangkut baju mengikut saiz panjang lengan.

Bila dah sampai rumah..?
(ko pun tau endingnya)

Sinambungan

Isnin, 19 Disember.

Tengok wayang sorang2 lagi, naik tren (pun sorang2 lagi). Bebas memang bebas, tapi yang lebihnya, letih.

Asalnya nak tengok Harry Potter tapi mak datuk punyalah panjang barisan, rasa cam nak nangis. Pastu dok congak2 Narnia ke Rock. Narnia jap je dah kluar dvd tapi kalau Rock?

Rock memang Rock (kangkang).

Rock ou..!

Friday, December 16, 2005

Sekali Sekala

Selasa tu hari aku menyedari satu perkara tentang aku :

naik tren seorang diri membuatkan aku rasa tambah konfiden & bebas!

Monday, December 05, 2005

Demi

Setelah lama berfikir akhirnya aku memutuskan mereka lebih penting dari Narnia.

Maka dengan relanya aku serahkan 2 keping tiket tayangan eksklusif malam ni kepada Diana. Tak apalah... filem akan sentiasa berlangsung sedangkan masa berkualiti tu bukan selalunya ada.

Atau mungkin untuk mengubat terkilan ni, aku nak ajak B pergi kedai DVD kat Sri Hartamas yang heaven tu.

Uaa...!