Monday, May 08, 2006

Jangan Ketawa
















sekadar gambar hiasan walaupun err.. sama kiutnya :P

Sebaik aku bertukar ke sekolah tu, aku dah terdengar tentang kegarangan dia. Sebat sekuat hati dia kalau kantoi isap rokok, ketuk kepala ngan buku kalau tak siap kerja sekolah, gunting seluar kalau kaki seluar berkibar2… & manyak lagi. Dia menjadi legenda cikgu disiplin paling garang kat sekolah yang memiliki murid teramai di negeri Pahang itu.

Tup, tup satu hari dia muncul kat sekolah tu, kembali semula. Jawatan cikgu disiplin kembali bertukar ke tangan dia. Nama cikgu tu, Alim.

Aku tak biasa sangat dengan Cikgu Alim sebab aku murid yang baik masa sekolah dulu, serius. Lagipun, bukan dia yang nak aku ceritakan ni & aku sendiri tak paham buat apa aku tulis panjang2 ni semata-mata nak bagi tau pasal dia yang tak terbabit secara langsung pun dalam kejadian yang berlaku dalam hidup aku hari ni.

Cuma yang aku nak cakap, ko letakkanlah orang segarang Cikgu Alim tengah pegang tali pinggang kat depan aku dengan zip seluar dia terbukak, aku dah tak nampak misai melintang dia dah. Yang aku pasti, aku akan gelak. Gelak sungguh-sungguh, bukan main-main punya!

Pernah sewaktu bekerja di kompeni lama dulu, satu mesyuarat diadakan antara pihak pengurusan & jualan. Bila ada sorang manager menegur kaki tangan jualan tak pakai baju yang sesuai untuk membawa imej syarikat ketika bekerja, sorang eksekutif jualan cuba mempertahankan anak buahnya. Kami panggil dia Chip.

Mungkin Chip terasa ngan teguran tu sebab dia ni sendiri walaupun dah tua, suka betul mengenakan seluar slek dengan baju turtle neck hampir setiap hari. Chip ni kalau cakap meleret2, dan aku dah dapat menghidu akan berlaku lawak yang tak disengajakan sekejap lagi.

Betul. Apabila dia berkata ngan muka serius, “Yaa… kalau nak cakap pasal disiplin yaa… ada macam2 cabang disiplin ni. Erti disiplin tu kalau nak dihalusi yaa… bla..bla..bla..” pehh! Orang cakap pasal pakaian je, boleh dia terangkan pulak definisi disiplin kat dalam mesyuarat tu!

Aku pandang kiri kanan. Semua orang tekun mendengar kata2 Chip kecuali sorang geng yang sama kepala ngan aku dah merah2 muka tahan gelak. At last aku terpaksa keluar gi toilet, semata2 untuk ketawa sepuas2 hati.

Tadi, aku buat lagi perangai tu.

Alien, aku & Izwa duduk satu barisan. Cam biasa, tak ramai yang datang screening filem omputeh. Dah pukul 10.30, tak sampai 10 orang memenuhi wayang membuatkan kerusi rompong sana sini termasuk seat depan kami.

Tiba-tiba masuk 2 lelaki, nampak 'maskulin' ngan seluar jeans lusuh & plastik merah tersembul dari kocek belakangnya.

Tanpa terus duduk, yang sorang lagi bersuara kepada yang sebelahnya. “I think this seat is better…bla bla bla” katanya sambil tangan kiri diangkat untuk mengukur ketepatan kedudukan kerusi yang dia pilih ngan skrin.

Baru member dia nak duduk, dia bersuara lagi, “But I like no 9.. let me seat here.. bla bla bla..” dan member dia terpaksa menipiskan badan untuk bagi dia bertukar tempat duduk.

Isk! Aku pandang Alien ngan harapan dia akan cakap apa2 saja ngan aku jadi aku tak terbabit ngan masalah negara kat depan tu. Malangnya, Alien dah herot2 muka tahan gelak. Aku? Hoh… tak mampu dikawal lagi!

Sudahnya, Alien & Izwa terpaksa kedepankan badan memasing untuk berborak sekaligus melindungi muka aku daripada mamat kat depan tu nampak pasal aku dah takleh berenti gelak dah. Sumpah. Bukan aku tak cuba cool down, tapi memang tak boleh.

Aduh, aku harap mamat tu tak bengang ngan aku walaupun aku perasan dia banyak kali toleh ke belakang ala2 tengok ramai ke yang datang screening tu padahal aku rasa dia sebenarnya mungkin nak usha sapa yang dok gelakkan dia tak berenti. (Dalam hati aku, mati la kalau dia tunggu kat parking nak lempang aku kang).

Berat.. berat..

1 comment:

dugongsenyum said...

Aida,

jom join Jiwa Kacau;
http://jiwakacau.blogdrive.com

Regards,
Basri