Saturday, January 19, 2008

coklat berinti kacang (dan Halim Othman)

Kau suka makan coklat?
Aku suka, tapi kadang-kadang.
Dan bila mahu makan, aku hanya mahu cicip coklat berinti kacang. Apa-apa kacang pun boleh la.
Kenapa teringatkan coklat berinti kacang sedangkan aku mahu menulis tentang Halim Othman?
Kerana Halim dan kacang berinti coklat berada di bilik yang sama, dalam satu daerah otak ini.
Lawak atau kata-kata yang terkeluar dari mulut lelaki berwajah 'bukan jenis saya' ni bagi aku umpama coklat berinti kacang itulah. Yang aku tak jamah setiap hari, tapi buat aku sentiasa ingin mengerling setiap kali membayar di kaunter stesen minyak (ya, aku bayangkan coklat Vochelle di sini).
Aku tak makan setiap hari, tapi ada kalanya aku teringin!
Justeru aku terasa dan mengambil keputusan untuk membiarkan Sofaz di Planet tanpa aku bila tahu Halim akan diraikan dalam satu majlis perpisahan semalam. Kata Halim, dia mahu berundur untuk menulis kaligrafi dan mendokumentasikan surat dan gambar-gambar lama.
Tak, aku tak dengar Sinar Pagi sebelum ni. (Kalau dengar pun, aku mungkin lebih sukakan Salleh Yaccob agaknya.) Dan aku jugak pernah menaruh curiga macam mana dia boleh menang 5 kali untuk kategori penyampai radio popular. Dan aku tak teruja langsung dengan rekod-rekod yang dia buat untuk Malaysia Book of Record tu.
Cuma, sekali sekala aku suka mendengar lawak-lawak dia yang membuatkan sesetengah orang kata dia berlagak nak mampus. Malah, aku antara yang gelak bila dia bercakap besar semasa genggam trofi dulu. Ini kerana, aku rasa aku faham apa yang dia mahu katakan sebenarnya. Marilah, dia hanya berlawak dengan caranya sendiri!
Kata Halim, dia hanya seorang anak kampung yang teringin menjadi DJ (masa itu belum diguna istilah penyampai radio) satu waktu dulu tapi malu untuk bagi tau pada mok dia. Jadi, dia ke AS untuk belajar Bahasa Inggeris. Kata dia lagi, kalau anda berasal dari Kerteh dan tidak pernah ke luar negeri selama 9 tahun, anda mungkin tidak akan menang trofi seperti dia.
Di AS, selain Bahasa Inggeris dia belajar bahawa wajah adalah tulang yang ditampal isi dan kulit, lalu dipupuk mekap. Tapi kita masih boleh hidup tanpa mekap, tambahnya.
"Sesungguhnya saya tidak bermaksud untuk membuat syarahan di atas ini dan membuatkan saya kelihatan lebih pandai daripada anda di bawah sana."
Aku, penggemar coklat berinti kacang ini pun ikut mengekek dalam samar-samar cahaya Zeta Bar.

13 comments:

zizie ali said...

tanpa kacang, apalah ada pada coklat.

Pa'chik said...

aku jarang dengar celoteh halim, err.. aku jarang dengar radio pun.. ekekek...
coklat? tak suka.. kacang.. buleh lah...

areyoung said...

zizie ~ betul ;)

pa'chik ~ oit. halim org kampung ko apa ;p

Pa'chik said...

aku bukang oghang ganu... apa lagi oghang kemamang... ekekek..

Yatt said...

Halim? Hahah... seorang lelaki yg berusaha gigih utk membuat lawak, tapi malangnya lawak itu sering tidak menjadi.

Elok la tulis kaligrafi pun...

areyoung said...

pa'chik ~ cess. tak ngaku ye ;P

yatt ~ tak baik taww. uhuhu.

Meen Zuleyka said...

Tak tuju pada sesiapa...kalau tak suka coklat jangan makan coklat, tak suka kacang jangan makan kacang, tak suka halim othman, jangan mengumpat belakang2....i peminat dia walau pun tidak sesetia mana...tetapi i respek dia sebab blh bertahan lama...dia ada peminatnya yang tersendiri...terutama makcik2 yg mudah lupe diri..oppsss laser sgt ke...

sinaganaga said...

Coklat kosong adalah kebahagian. Coklat kacang gemar menyelit di gigiku yang berlubang. Brengsek!

Mao minum kok panas bersama-samaku? *ahaks*

areyoung said...

meen ~ rumah urut puchong perdana dah bukak ke.. kalu dah i nak uar-uarkan ni ;)

naga ~ apa'kok'yang panas? ;P

boe~ said...

aku suka kacang goreng, coklat berkacang, susu coklat, mentega kacang.. tp kurang suka satay kajang

Meen Zuleyka said...

hmm...war2kanlah...OPENING SOON...hanya utk batin sahaja...k

areyoung said...

oe ~ satay kajang takleh celen sate gombak.. urmmm sedapnya!

meen ~ nanti i bagi tau kawan2 i skalik. i rasa tau kot u nyer taste.. heheh ;P

seorangsoultan said...

aku suka sotong sumbat ganu..ok jek