Wednesday, July 18, 2007

Cerita yang besar untuk CINTA yang kecil























Susah kalau dilahirkan dengan gen pengkritik ni, heheh.

Minggu lepas, aku keluar dengan hati yang puas amat setelah menonton Haru Biru. Aku bertekad mahu meluahkan kekaguman itu di blog ini, tapi sampai ke sudah tak tertulis. Dan semalam, setelah menonton 'Love is Cinta' dan kebodohannya, aku boleh meluangkan masa untuk -ini- sedangkan ada kerja yang harus diselesaikan.


***

Aku fikir, kerana nama Irwansyah dan Acha Septriasa itu meledak, 'Love is Cinta' terburu-buru dibuat.

"Hei. Mari kita buat filem di mana Acha menayangkan paha dan Irwan menyanyi lagu-lagu cinta untuknya. Paling penting, Acha mesti menangis dari mula sampai ke akhir filem, jadi penonton akan larut dalam emosi.

Tapi.. Irwan itu kayu ya? Oke, kita gantikan saja dia dengan pelakon lain yang lebih cengeng. Irwan kita munculkan sedikit-sedikit, itu pun lebihkan scene dia tersenyum dan berpeluk saja." Agaknya, itulah yang ada di fikiran produser ketika berbincang dengan pengarahnya, Hanny R Saputra.

Hanny Saputra tu abangnya Nicholas Saputrakah? Kalau benar, adui. Kenapalah Nicholas sanggup berlakon dalam filem ini, (setelah ditolak unsur komersialnya).

Dan Hanny Saputra, setelah garapannya dalam Virgin, Heart (Cermin, Tanpa Pesan aku tak tengok) aku tak tau macam mana kesilapan kecil macam 'konti lari' pun dia tak perasan.

Bayangkan, filem yang diuar-uarkan membuai perasaan remaja, mengabaikan kesempurnaan hingga watak Doni yang diperankan oleh Raffi Ahmad boleh bergerak-gerak tekak dan perutnya sedangkan ketika itu dia sudah mati. Baju si Acha (Cinta) ketika menari macam orang bodoh dengan Nicholas Saputra, mulanya ada chewing gum yang terlekat (aku fikir untuk menyuntik unsur 'selamba' dalam filem ini mulanya), kemudiannya hilang begitu sahaja.

Apa pun, Raffi Ahmad adalah pelakon yang sangat baik sekaligus memberi nyawa pada filem ini. Tau apa? Ketika scene mula-mula Raffi berlakon sebagai orang mati, aku sebenarnya sudah berkata pada diri, "Alamak mamat ni.. berlakon jadi orang mati pun kantoi, inikan pulak nak jadi watak utama!" Hakikatnya, mamat ni memang pandai berlakon, terutamanya kalau disuruh menangis!

Begitu pun, semua produksi filem ini harus berterima kasih pada pelakon yang memeran watak ibu dan ayah Ryan, kerana merekalah yang membuatkan filem ini bagus sedikit, dan aku menagis juga akhirnya, menonton cinta si ibu pada anak yang lebih real.

Dan kalau di Malaysia ini bercinta di atas bukit adalah signature Yusuf Haslam, aku fikir filem-filem Indonesia pula lebih senang memilih bangunan tinggal @ tak siap untuk memaparkan pasangan bercinta mereka. Mungkin kerana bangunan sebegini lebih bernilai 'seni'? Entahlah. Secara ikhlasnya, aku rasa filem Indonesia gemar sangat mengadunkan elemen perdana seperti cinta dan seks dengan sedikit elemen yang lebih 'seni' menerusi muzik, mainan props & budaya. Memang ada yang menjadi, namun ada juga yang kurang berjaya, dan menjadi mengada-ada.

Eh, sepatutnya aku menulis sedikit tentang 'cinta' dalam filem ini kan?

Itulah dia. Filem ini yang cuba mengangkat kebesaran cinta 'tak terluah' Ryan dan Cinta, bagi aku masih tidak berjaya membesar-besarkan sesuatu yang kecil. Ya, cinta Ryan nampak agak besar sebab Raffi Ahmad pandai menangis, tapi cinta Cinta terlalu kerdil sebab dia sangat bimbang jika dia tidak dicintai sehingga berkali-kali aku lihat dia mahu pergi kepada Nicholas Saputra yang pandai menyanyi (please la!) walaupun si Ryan dah hampir keluar biji matanya menangis, merayu dia percaya cintanya yang tak terluah dengan kata-kata.

Kata Hanny Saputra: Film yang bagus? Tidak harus dengan ide besar, tapi digarap secara detil. Didukung semua elemen film yang bagus. Dan harus ada pesannya, sekecil apapun, kalau tidak ada pesan hanya akan jadi sensasi. Dan harus pesan moral yang baik, karena unsur itulah yang membuat film disukai orang.

Apa yang aku rasa : Filem ini ideanya kecil, tapi cuba digarap menjadi besar. Sudahlah begitu, secara teknikal detilnya pun aku tak nampak. Kecuali unsur-unsur untuk membuai perasaan penonton seperti lagu-lagu mellow, sedikit sentuhan 'art & indie' (kononnya) dan skirt pendek Acha.. ya itu memang difikirkan secara detail.

Dan dialog ini yang bermaksud - 'Tutuplah pintu syurga kalau aku tidak dibenarkan untuk meluahkan perasaan cinta pada seorang gadis yang sedang tertunggu-tunggu ungkapan itu dari aku'. Woaa, terlalu besar untuk sebuah cinta yang kerdil seh!

Dahlah, terlalu banyak yang aku karutkan di sini sedangkan ada kerja yang belum selesai ;P

18 comments:

Unknown said...

Dengar tajuk dia pun dah rasa geli, LOVE is CINTA,

Soundstrack dia tak sedap, belum habis dengar, aku dah delete.

Pa'chik said...

rebiu la dead silence...

boe~ said...

tajuk pun dah nampak mcm dah takde idea.

apa rangkaian cerita 'mukhsin' ye selain sepet? yg mana dulu ikut turutan? ada cd tak? boleh tolong burn tak? hehh..

areyoung said...

Rjuna ~ Aku benci dengar Nicholas Saputra menyanyi. Wek!

pa'chik ~ bak seploh hinggit, nak beli tiket wayang.. heheh

oe~ Kalau nak tengok filem2 yasmin cuba dapatkan vcd/dvd Rabun, Sepet, Gubra then Mukhsin. Oke?

Pegawai Khalwat said...

hadoi.... penat..penat...

Pa'chik said...

takpe ah.. aku dah muat turun..kehkehkeh..

kingbinjai said...

"Minggu lepas, aku keluar dengan hati yang puas amat"

ayat kau ni, kau bayangkan benda lain hahahahaha

TheBlogMaster said...

biase laa tu king.. orang dah kawen.. mmg la ayat puas puas tuh kuar.. hahaha

Kemat said...

nasib kamu dah review..tak payah la buang masa pergi tengok kalau camtu

zizie ali said...

kau mangsa promosi berlebihan. lewat tv tentunya. bagus brebiu ni. kau menyelamatkan ramai orang dari terus menjadi mangsa.

areyoung said...

pegawai ~ penat napanya nih :/

pa'chik ~ ;P

kingbinjai ~ kau ni.. ;p

blogmaster ~ ;P

kemat ~ tau dek komponi pengedar filem ni abeh aku ;p

zizie ~ aku pergi tgk kerana kerjalah (percuma).. hehe

Yatt said...

Tak teringin pun nk tengok sbb tak suka tgk muka Irwan Syah yg poyo itu.

Juga tak suka suaranya yg dikatakan 'sedap' itu.

hahaha

13may said...

hehhe...aku tak minat filem Indon..

Anonymous said...

tapi ada acha!

areyoung said...

yatt ~ dah dok sini pastu dapat jemputan nonton.. pegi jelah, ye dak ; )

13may ~ ko minat filem hindi ek ; )

kamarul ~ ya. acha dan skirt-nya!

Meen Zuleyka said...

sebuah cite merapu...

areyoung said...

meen ~ cinta merapu.. haha

Unknown said...

irwansyah memang lembik.
berlakon takde feel.
menyanyi suara hampeh.
tak tahu la sape bleh minat diorang nieh.

acha bukan stakat pakai skirt pendek. tapi siap nak tunjuk lurah tetek (bukan menarik pun!). tak tahan sungguh, mcm saje nak murahkan diri kasi laku.

kesimpulan: dua2 pelakon memang tak best~!