"Reverse! Reverse!" aku menjerit dalam nada gementar.
"ALLAHUAKBAR!"
Bas di hadapan semakin laju meluncur. Air yang pecah di tengah-tengah bercantum semula. Semua tergamam.
Aku yang berada di kerusi hadapan penumpang dapat mendengar bunyi halus air menerobos lubang kecil di mana-mana ada. Di kiri kanan manusia-manusia yang berdiri di kaki lima berteriak dengan muka cemas.
Mahu buka pintu?
Aku takut!
Mahu buka pintu?
Sudah tidak boleh!
Syukurlah (nak pakai font apa untuk tunjukkan aku benar-benar maksudkannya?) , dalam kelam kelibut tadi pintu tingkap sempat dibuka. Dan kami, keluar seorang - seorang melalui pintu tingkap bahagian pemandu.
Tidak, episod cemas belum berakhir.
Tahu apa, semasa aku menjengulkan kepala, kereta tiba-tiba bergerak kira-kira 35 darjah lantaran arus yang makin menggila.
Syukurlah (mahu guna warna apa untuk tunjukkan aku benar-benar maksudkannya?), pembahagi jalan yang sedikit tinggi menyekat tayar kereta dari terus mengikut arus. Kami selamat menyertai manusia lain di kaki lima itu.
Tidak, episod cemas belum berakhir.
Tiba-tiba datang sebuah bas yang dipandu oleh manusia bebal. Dia cuba memintas air, namun sudahnya terkandas di depan mata kami, di dalam air yang sudah mencecah paras dada.
Pintu terbuka, sepasang penumpang cuba memperjudikan nasib (nyawa) untuk menyertai manusia-manusia kaki lima yang mungkin pada pandangan mereka lebih selamat. Apa yang berlaku, salah seorang daripada mereka terjatuh dan di depan mata aku, aku dapat melihat rambut blonde-nya sahaja - bagaikan sabut yang terapung laju.
Syukurlah (kalau aku bersyukur, apatah lagi dia), kawan yang seorang lagi sempat menangkap baju atau seluar atau apa-apa pun milik perempuan itu. Mereka pun menyertai kami di kaki lima, menunggu air surut.
Beberapa jam kemudiannya aku hanya mampu melihat dengan perasaan berbaur air yang keruh, periuk besar yang berputar-putar, pokok palma dalam pasu besar yang bagaikan melayang dan air coklat yang malu-malu mencecah bumbung kereta.
Bakul ungu, periuk nasi, vakum, kasut oren, bil-bil, dokumen, kad touch n go, gula-gula hacks, Reader's Digest milik library, baju hujan, cd Dewa, cd Tribute to Titiek Puspa, cd Keane, cd Radja, cd Coheed & Cambria, kaset Zamani.. sesetengahnya masih oke, tapi nilai fizikalnya sudah susut.
Ya, ya.
Apa-apa pun, aku sangat-sangat BERSYUKUR kepadaNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
D A H K E N A L
B A R U S U K A
- joe jauh
- gaban ke
- raja buah
- itulah dia
- dunia rena
- kau kenapa
- limau nipis
- bukan bank
- bang indera
- mental weng
- lelaki normal
- budak biadap
- longgok puisi
- longgok cerita
- 2 pemuda gila
- mummy pinat
- skrin berdarah
- bicara kamarul
- rjuna setia-wan
- mak andeh & co.
- jawa tepi hi-way
- rajin pakcik rajin
- rimau pakai spek
- pojok enche dolah
- tanah untuk dibaca
- dak lipis yang klaka
- ensiklopedia bergerak
19 comments:
wow..pengalaman yg hebat.
dapat dibayangkan betapa kau memang benar-benar bersyukur. bukan 'syukur' sebagaimana yg selalu kita sebut dalam suasana biasa.
entri ni lebih sesuai diberi tajuk "aku yang basah". tajuk 'aku benci kuala lumpur' agak menggerunkan.
whoa... pengalaman tuh...
syukur pada tuhan kamu selamat...
zizie ~ oh.
sebenarnya aku fikir tajuk itu pun belum cukup untuk terangkan maksud sebenar yang aku rasa ; P
pa'chik ~ ya. SYUKUR.
Mendiang Loga pernah memuji Kuala Lumpurkan...
Aku tak suka Kuala Lumpur(bukan benci cuma tak suka) walaupun masa ia tak berlumpur...
salam.. maaf mengganggu.
Boleh bagi saya 5 minit?
anda dijemput ke http://bajukerja.blogspot.com untuk menjawab beberapa soalan survey mengenai pakaian kerja secara ikhlas. boleh ya?
terima kasih
periuk nasi? vakum?
ko pindah rumah ke?
syukur kau selamat (font dan wanran apa yang harus aku gunakan utnuk menunjukkan aku benar benar maksudkannya?)
artis ~ yg memuja pun ramai ; P
tegezoot ~ sebab jem kan? ; P
pa'chik ~ taklah. dah takdir tuhan, punyalah lama nak beli brg2 tu, masa hari banjir tu pulak gi belinya.. : (
kingbinjai ~ wow!
Terima kasih.
wah! dasat....
syukur hang tak lemas....
alhamdulillah kamu selamat..
Syukur Alhamdulillah. awak selamat. yg dlm bas pun selamat. Syukur jugak dapat pengalaman yg mcm tu. mcm naik solero kat genting. takut tp bestttt....bukan sume org dpt pengalaman ni tau. huuuuu best..... main banjirrr.
Kesian ko... Kiranya ko ni dah jadi mangsa banjir la...
Alhamdulillah kamu selamat.
Amin.
Hang selamat.
Kira selamat.
Nasib baik kau tak tenggelam. Kau tu dah le kecik. Haiya!
Syukurrrr....
13may ~ makaseh.
rena ~ ya. alhamdulillah.
oe~ best? busukkk.
debik ~ kesian kan ;P
kamarul ~ alhamdulillah.
pegawai ~ betul..
naga ~ syukurrr.
Tuhan masih mahukan kau terus bernafas. Syukur!
blackpurple ~ terima kasih
Post a Comment