Sebenarnya apabila adik yang itu -yang menjadi rebutan di kampung kerana cantiknya, rajin, peramah, pandai mengambil hati orang tua, boleh dibawa ke tepi ke tengah datang ke sini, aku tahu dia akan menghadapi cabaran maha besar. Silap-silap, kemungkinan untuk dia mendapat calon terbagus bagi gadis dalam kategorinya mungkin akan terhapus jika dia tersilap langkah.
Malangnya, sudah lumrah kehidupan perempuan lebih tertarik kepada yang nakal.
Kalau kau pergi ke mana-mana sekolah, kau akan dapati pelajar yang menjadi ketua penyangak akan lebih diminati berbanding pelajar cemerlang subjek Kimia -percayalah. Para lelaki, mungkin ini jawapannya kalau kamu masih tertanya-tanya kenapa hingga ke hari ini tak ada perempuan yang sangkut dengan kamu!
Dia bukan adik betul aku, jadi aku diam sajalah apabila kakak-kakak dan abang-abang bising risaukan pilihan hatinya. Sehinggalah ketika meredah banjir bersama lelaki itu untuk ke rumah pengantin perempuan, aku rasa tak sedap hati pula. Bukan sebab dia tak berbual langsung di sepanjang perjalanan (walaupun mengucapkan terima kasih kepada wali pengantin perempuan yang sanggup membuang tenaga demi majlisnya) dan bukan juga kerana dia tak menghulurkan langsung duit minyak (atau sekurang-kurangnya turun mengisi minyak), tapi kerana satu insiden ketika menunggu bot ke kota.
Kalau pun engkau memang orang yang tak reti berbasa basi atau tidak diajar mengucapkan terima kasih, sanggup ke engkau berpayung sorang-sorang masa hujan sedangkan bakal-bakal ipar, anaknya dan ada orang tua turut berhujan di tempat kejadian?
Wajah semulajadi masam? Tak pandai berborak? Psiko? Tak sabo nak naik pelamin? Seingat aku, sepanjang perjalanan yang aku betul-betul dengar suaranya cuma ketika dia bertanyakan beg berisi pakaian pengantin. Hamboih!
Apa pun aku mendoakan adik akan bahagia dan penilaian mata kasar aku ni silap. (Paling utama, semoga lelaki itu tak mengulangi sejarah melibatkan balai polis yang pernah dia catat bersama isteri pertamanya).
Moralnya, lain kali nak buat majlis kawin jangan buat masa banjir eh? ; P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
D A H K E N A L
B A R U S U K A
- joe jauh
- gaban ke
- raja buah
- itulah dia
- dunia rena
- kau kenapa
- limau nipis
- bukan bank
- bang indera
- mental weng
- lelaki normal
- budak biadap
- longgok puisi
- longgok cerita
- 2 pemuda gila
- mummy pinat
- skrin berdarah
- bicara kamarul
- rjuna setia-wan
- mak andeh & co.
- jawa tepi hi-way
- rajin pakcik rajin
- rimau pakai spek
- pojok enche dolah
- tanah untuk dibaca
- dak lipis yang klaka
- ensiklopedia bergerak
12 comments:
Malangnya, sudah lumrah kehidupan perempuan lebih tertarik kepada yang nakal.
*Apakah aku tidak cukup nakal untuk kamu?
Ha ha ha
aku pun nakal gak....
nehehehehe....
apa jenama manusia la macam ni.
Tp udah jodohnya kan.
errr.... kakak yang cantik, rajin bekerja tapi malas tulis entri tu, nak carik yang nakal jugak ke?
lumrah kehidupan perempuan lebih tertarik kepada yang nakal...
SETUJU SESANGAT... ha ha
Pelajar penyangak juga genius sebenarnya...!
Majlis perkahwinan semasa banjir adalah satu yang kreatif...!!!
Kalau dah nak kawin...jangan katakan banjir...rtedah air longkang pun sambut... Ko ni macam tak paham pulak...
Salam Maal Hijrah...
Kau tak terasa ke nak minum2 teh dengan dude2 nakal Sindiket Sol-Jah?
Oh ya, BUKAN semua yang nakal; Vovin terutamanya. Ha ha.
Mudah-mudahan mereka kekal berbahagia...
"Ketua penyangak akan lebih diminati daripada pelajar cemerlang sujek kimia"
Kenapa pelajar perempuan lebih berminat pada ketua penyangak ye..??
sebab tuh mat salleh kata...
Big Boob Blonde had a small brain..
sama la kat malaysia pun..
pompuan yang cantik banyak akal yang singkat.. dan juga..
lelaki yang hensem selalu hidup tak hebat (sebab kawen awal, sebab terlebih cinta, terlebih ghairah, terrrrlanjur dan macam2)..
yang tak hensem, yang gelap, yang ketot, yang tak kacak mana jer kaya2 hidup... sebab mereka kene cari sesuatu yang boleh menunjukkan mereka tak hensem tapi jauh lebih hebat.. ;)
- teman sepejabatmu.
Awak ~ Itu tidak dapat dipastikan lagi ;P
13Mei ~ Ya. Kebanyakan org mmg lebih betah mengishtiharkn dirinya nakal drpd mengaku dia baik ;P
Pa'chik ~ Jenama X kot. Hahah.
Selipar ~ Alah, ni mesti kes dipilih sbb nakal ni kan? Kan?
Blackpurple ~ Ya. Mereka genius dalam kelas yg tersendiri ;P
DebikDebuk ~ O, gitu ye?
13Mei ~ Slmt Tahun Baru Islam :)
Naga ~ Vovin tak nakal. Sbb tu dia susah nak dapat awek ;P
Indera Kencana ~ Mungkin kerana mereka melihat penyangak lebih berani (bodoh) namun menterjemahkannya kpd cool?
Otak-mu ~ Setuju dgn kau.
Cumanya, lelaki @ perempuan yg merasa dirinya tak lawa perlu berhati-hati supaya tak termasuk dlm kategori 'dahlah tak lawa, poyo plak tu!'
habis klu budak tu nakal&cemerlang subjek kimianya?:)
Post a Comment