Friday, January 25, 2008

'Live for nothing, or die for something'

Jika engkau lahir pada tahun 80 dan sebelumnya, jangan tipu dengan menyatakan engkau tak kenal siapa Slyvester Stallone. Atas sebab itulah, aku tak sabar-sabar nak tengok apa jadinya Rambo 4 bila ia difilemkan sewaktu Stallone dah tua, dah cecah umur 62. Oke2, aku ngaku aku juga penonton tipikal yang tertarik nak tonton bila tengok ada ular dalam trailer.

Sebenarnya aku silap bila menyangka seperti Rocky, ini adalah filem terakhir Rambo. Rupa-rupanya kata Stallone, Rambo bukan atlit cam Rocky jadi dia tak ada had umur untuk bersara.

Pun begitu, sedap (dan meloyakan) filem ni. Sedap kerana Stallone masih mampu mengekalkan ketak badannya (haha - gurau je wehh) dan meloyakan kerana ada banyak babak yang membuatkan aku tak dapat nak masukkan popcorn dalam mulut. Bluek! Ko kena tengok sendiri untuk tahu.

Aku fikir, Stallone galas cabaran besar untuk buktikan dia masih mampu berlakon filem aksi. Setelah dia keluarkan beberapa statement lazer yang menyatakan tak ada pelakon filem aksi yang bagus di zaman ini, dia kena telan kata-kata tu dan buktikan macamlah dia tu bagus sangat. Sebab itulah agaknya, dia macam lepas geram habis-habisan dalam filem ni.

Bagi aku, Rambo bukan action movie yang baik. Ia adalah action-packed movie terbaik!

Woohoo.

17 comments:

  1. beh ke rembo nih? tak berapa nak suka lah... kalau pilim ala-ala the saint, bourne bertiga, oke lah...
    rembo ni.. ganas sangat.. tak suka ganas.. ekekek...

    ReplyDelete
  2. pa'chik ~ tak suka ganas? huh, belahh. hahah. ;P

    ReplyDelete
  3. Tak minat Rambo.

    Bilalah Mark Dacascos nak buat filem baru ek..? Hehehe!

    ReplyDelete
  4. mata aku iras2 dia! mata saja la, badan tengah in the making lagi! haha!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. perasan atau tidak
    rambo kali ini tidak ada aksi john berlengging (tak pakai baju)
    kekekeke, cover kedut kot

    tapi aku tetap suka style kau john
    exp masa kau bercakap

    ReplyDelete
  7. Blackpurple ~ cuba tanya en wiki. kabarnya dia ada muncul dalam satu episod csi..

    tegezoot ~ yg ada bibir cam dia aku dah jumpa ;P

    afza ~ ko suka orang jenis berlagak ek. heheh. ;P

    ReplyDelete
  8. berlagak ke?
    bukanlah,
    yang aku suka italian accent dia tu
    sejak zaman rocky lagi

    ReplyDelete
  9. "Dikhabar Stallone itu bekas bintang porno.

    Tentu asyik jika dapat menonton filemnya sekitar 70 an.

    Lebih aksi mungkin." kata kawan aku bernama Mobius.

    Aku kena pimpin dia ke Masjid.

    ReplyDelete
  10. tokrimau, kawan aku kata... otot-otot dia je yang besar... itu.. tak berapa nak nampak.. ekekek... sabit tu lah kot bridgette nielsen tinggalkan dia... ekeke...

    ReplyDelete
  11. afza ~ ohh. gitu ke ; )

    tokrimau / pa'chik ~ aku tak fikir stallone akan menjadi bintang porno kalau asetnya tak cukup bagus.

    tapi, mungkin juga setelah badannya berketak-ketak, efek pada yang 'itu' pula.

    siapa tahu? ;P

    ReplyDelete
  12. kirk hammet metallica pun penah gak.. hahaha... aset dia tak banyak gak.. ekeke...

    ReplyDelete
  13. adakah rambo4 berkisarkan zaman 80an? ini bermakna stalone memainkan watak org muda.(mgkn 40an, dah bersara sbg army)tp dia bukan membawa watak seorg veteran perang yg dah berusia 62 tahun.

    ReplyDelete
  14. pa'chik ~ mana taww ni. Dah tgk eh? ;P

    oe ~ dia mmg membawa watak veteran perang.. tapi tak pasti lak umurnya brapa. Rambo 4 sinambungan drpd Rambo 3 tahun 1988.

    ReplyDelete
  15. oh itu ke.. kawan aku bagi tau jugak.. ekekek...

    ReplyDelete
  16. pa'chik ~ mesti ko selalu borak ngan kawan ko tu kan ;P

    ReplyDelete
  17. Hang kena sebut tagline tu dengan mulut senget.

    ReplyDelete