Friday, February 16, 2007

Babi Yang Comel

Van buruk tu menyaksikan rosli, k. sheri dan em, aku berhimpit di tengah-tengah. Bahagian belakang penuh dengan majalah.

Tiba-tiba.

Sebuah lori memotong van kami. Di belakangnya ada pagar kayu yang jarang. Di balik pagar kayu itu ada sesuatu berwarna pink.

Pinky-pinky itu memerhatikan kami di balik pagar kayu. Mata pinky terkejip-kejip menahan angin yang menyapa. Lubang pada mukanya mengeluarkan titis-titis halus. Serta merta tingkap van bagai disapa gerimis.

"Ei, babi!" Aku separuh menjerit.

Comel betul.

~ Selamat bercuti sempena Raya Cina (ni bukan merahlah kak gee..)

25 comments:

  1. happy new year. cuti panjang.

    ReplyDelete
  2. Haah. Cuti panjang.

    YEAY!!!

    ReplyDelete
  3. Nasib baik tak bukak tingkap tu kan? haha..

    Selamat Cuti juga..

    ReplyDelete
  4. hepi holidays:)

    ps: dulu aku penah ligan babi hutan...hahha...best betoi:D

    ReplyDelete
  5. Ingatkan ini cerpen 3 muka surat yang kamu katakan itu...

    Ha! ha! ha!

    Selamat bercuti...

    Berhati-hati dijalanraya...

    ReplyDelete
  6. Aku sentiasa terlupa untuk melengkapkan komen aku.

    Eh..bila boleh pekena egg toast + white coffe sambil melepak-lepak di Kopitiam?

    ReplyDelete
  7. caissssssssssssssssssssss

    ReplyDelete
  8. Ya, babi sebenarnya comel juga.
    Sudah tengok filem Charlotte's Web?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. nasib baik naik van. kalau naik motor, kecomelannya boleh menjangkit menjadi bau.

    ReplyDelete
  11. Kau pun comel juga. :)

    ReplyDelete
  12. Aduss... yg tak sanggup baca bila terkena gerimis kecil itu. Haiya...!

    ReplyDelete
  13. haha.
    thn ni seperti thn memperjuangkan hak babi sebagai haiwan.

    ReplyDelete
  14. Selamat kembali dari bercuti Aida!

    Haha, cakap pasal babi ni teringat la pulak satu email ni, tentang cacing kat dalam perut orang yang makan babi, hehe, kesian betul ...

    ReplyDelete
  15. Pa'chik ~ Haah. Mujo tingkap tak bukak, kalu tak jenuh nak samak ;P

    13Mei ~ Ko ligan babi utan? Gila ah!

    Itulah dia ~ Takk.. saya masih dibelenggu sumpahan. Hahah.

    Bila? Err.. bila dari BARUSUKA jadi DAHKENAL la ; )

    Kingbinjai ~ Bakper nih?

    Tuan Tanah ~ Ya. Kat mid valley ada banyak toys babi yg comel2 tapi tak tergamak nak dibeli. Charlotte's Web tak tengok lagilah, nanti nak cari dvd dia.

    Saharil ~ Comel tapi busuk. Babi kan?

    Naga ~ Enche Naga apa kurangnya ; ))

    Kak Sri ~ Haha. Mmg tak sanggup. Tapi lori bawak pinky tu dah jarang keluar kat jln shah alam mcm satu ketika dulu kan?

    Kelambu ~ Rasanya babi bukannya peduli pasal hak sapa2 pun.. haha

    Zack ~ Selamat naik cuti Zack. Tak silap, Gerard tak makan babi kan? ;P

    ReplyDelete
  16. Piglet memang comel..! he he he..

    ReplyDelete
  17. mcm nak pengsan ketawa baca entry nih...memang bengong punye babi..

    ReplyDelete
  18. Ya. Selamat Hali Laya olang Cina..

    ReplyDelete
  19. Awak! Tahniah.

    Sila lawat blog saya.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  20. babi pun glamer. leh jadik ikon..apalah nasib liepan..huhu

    ReplyDelete
  21. Anonymous10:57 AM

    hai...

    ReplyDelete
  22. Anonymous10:57 AM

    Lama tak dengar citer...masih lagi 'Fokus'?

    ReplyDelete
  23. Blackpurple ~ Kat saluran ceria ada katun anjing Keeper, kawan dia yg nama Pig tu lembut dan comel je suaranya.. tak padan ngan ba-bi. Hahah.

    Faisal ~ Tak taulah babi2 tu bengong ke tak, tapi muka nampak pasrah je dalam lori tu ;P

    Indera Kencana ~ Yg penting lhoo.. ;)

    Kemat ~ Nasib lipan laa.. sapa soh tak masuk kalendar cina ;P

    Pengeran Cinta ~ Ni pengeran yg mana satu nih..?

    ReplyDelete
  24. Indera ~ PEMBETULAN: Yg penting cuti lhoo..!

    Itulah awak ~ Adehhh, kena tag ye. Ok, jap lagi dah siap artikel Karam Singh Walia aku kerjakan yek.

    Tung-guu! (poyo)

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete